.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, December 31, 2014

Teguran: Ditegur: Menegur

Imam Adz-Zahabi rahimahullah menyebut:

كلام الأقران إذا تبرهن لنا أنه بهوى وعصبية لا يلتفت إليه بل يطوى ولا يروى

'Perkataan mereka yang sebaya atau setaraf, jika terbukti kepada kita bahawa ianya didorong oleh hawa nafsu dan sifat asobiyyah (fanatik) maka ianya tidaklah perlu dihiraukan bahkan perlu ditutup dan tidak diriwayatkan.' [Siyar A'lam al-Nubala]

Beliau juga menyebut sepertimana di dalam kitabnya:

وكلام الأقران بعضِهم في بعضٍ لا يعبأ به لا سيما إذا لاح لك أنه لعداوة أو لمذهب أو لحسد وما ينجو منه إلاّ من عصمه الله، وما علمت أنّ عصرًا من الأعصار سَلِمَ أهلُهُ من ذلك سِوَى الأنبياءِ والصدِّيقين 

' Perkataan rakan sebaya di antara satu sama lain tidaklah diambil kira, tambahan pula apabila jelas kepada kamu bahawa ianya adalah disebabkan oleh permusuhan antara mereka atau kerana perbezaan mazhab atau disebabkan kerana hasad. Dan tidaklah ada sesiapa yang terselamat dari sifat-sifat ini pada dirinya kecuali mereka yang dimaksumkan oleh Allah (diselamatkan Allah) dan aku tidaklah mengetahui bahawa adanya dari zaman ke zaman mereka yang terselamat dari sifat ini selain para anbiya (nabi-nabi) dan siddiqin.' [Mizan al-Iktidal]

Dalam sejarah, kritikan seseorang tokoh kepada tokoh yang lain adalah merupakan suatu perkara yang lazim dan kerap berlaku. Ianya berpunca dari banyak sebab antaranya seperti perbezaan mazhab, perselisihan aliran pemikiran, hasad dan dengki, permusuhan dan pertengkaran serta wujud masalah peribadi. 

Maka sebagai Muslim, kita harus cerdik dan tidak taasub dalam menilai kritikan seseorang tokoh kepada tokoh yang lain. Contohnya Imam Yahya bin Ma'in rahimahullah pernah mendhaifkan Imam al-Syafi'ie dengan mengatakan (ليس بثقة) beliau tidak siqah. Begitu juga beliau pernah mendhaifkan para ulama' seperti Imam Al-Zuhri, Imam Thawus, Imam Al-Auzaie rahimahullah. Imam Al-Auzaie dikatakan tidak alim dan sebagainya. Namun hal ini dibantah oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dan lain-lain ulama'. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)