.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, December 31, 2014

Larilah Dari 5 Perkara

1. Pertama, mempermainkan/menghina agama sebagaimana perintah Allah ( فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ ) Janganlah kamu duduk dengan mereka [An-Nisa:140]

2. Kedua ialah orang yang menipu, kerana dibimbangi kita akan turut terpengaruh den
gan penipuannya sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tak diingini. Lagipun nabi SAW telah bersabda ( كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع) Cukuplah seseorang itu dianggap sebagai berdusta jika dia menyampaikan semua yang dia dengar [riwayat Muslim] Dibimbangi dengan mendengar cerita-cerita dari orang yang suka menipu sedikit sebanyak maka kita akan turut terpengaruh atau menyampaikannya kepada orang lain sesuatu yang tidak benar dan boleh membawa musibah kepada agama.

3. Ketiga, apabila ada orang yang mengumpat tentang orang lain maka hendaklah kita meninggalkan majlis tersebut kerana keberkatannya sudah hilang. Ini kerana orang yang mengumpat itu sentiasa dilaknat oleh Allah SWT seperti firmanNya, "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela." [Al-Humazah:1] Hendaklah kita menjauhkan diri daripada bergaul atau bersama dengan orang-orang yang suka mengumpat dan mencela.

4. Keempat, apabila wujud perdebatan atau pertengkaran dikalangan orang yang jahil. Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." [Al-Qasos :55]

5. Kelima ialah apabila ada orang mengajar tentang sesuatu yang menyelisihi sunnah. Berkata Fudhail bin Iyad ra, ' لا تجلس مع صاحب بدعة ؛ فإني أخاف أن تنزل عليك اللعنة 'Jangan duduk dengan pembuat bid'ah kerana aku khuatir kamu akan ditimpa laknat. [Kitab al-Shari’ah oleh al-Aajirri]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH