.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, December 25, 2014

SEMPENA MAULIDUR RASUL S.A.W : KEKASIH YANG DIRINDUI

Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

~Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
~Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
~Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
~Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
~Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
~Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
( Nama sebenar Shayma' ialah Huzafah bintu al-Harith bin Abd al-Uza bin Rufa’ah as-Sa’diyyah. Namun begitu, di kalangan Bani Sa’d, dia lebih dikenali sebagai as-Shayma’ atau as-Shamma’. Dia dipanggil demikian kerana di badannya terdapat banyak tanda berwarna hitam (tanda lahir) yang disebut dalam bahasa Arab sebagai as-shamat.

Shayma' ialah anak Halimah al-Sa'diyah, ibu susuan Rasulullah (s.a.w.). Shayma’ mempunyai dua orang adik kandung yang turut menjadi adik-beradik susuan Rasulullah (s.a.w.). Mereka ialah Abdullah dan Anisah. Abdullah masih menyusu daripada Halimah ketika ibunya itu mengambil Rasulullah (s.a.w.) sebagai anak susuan)

~Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

( Thuwaibah seringkali dilupakan oleh kita semua. Beliau adalah ibu susuan pertama Rasulullah SAW. Ketika itu Thuwaibah masih juga sedang menyusukan anaknya sendiri, Masruh. Untuk makluman, Thuwaibah ini pula adalah ibu kepada Ummu Ayman, iaitu pengasuh Rasulullah SAW. Kedua-dua mereka (Thuwaibah dan Ummu Ayman) adalah hamba kepada Abu Lahab ketika itu. Dan keizinan yang diberikan oleh Abu Lahab ketika itu kepada Thuwaibah untuk menyusukan Rasulullah menjadi salah satu daripada sedikit keringanan kepada siksaan Allah terhadapnya. Abu Lahab juga telah membebaskan Thuwaibah ini.

Kemudiannya baginda disusukan pula oleh Halimah binti Abi-Dhua'ib yang lebih kita kenali sebagai Halimah as-Saadiah, isteri kepada Harith Abd'lUzza yang juga dikenali sebagai Abu Kabsyah. Thuwaibah (wafat pada tahun ke-7 hijrah).


~Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

(  Halimah binti zuaib, kata halimah juga memiliki erti lemah lembut kerana ia berasal dari keluarga Bani sa'ad, maka orang menggelarnya dengan sebutan Halimah as Sa'diah atau Halimah yang berasal dari bani sa'ad.

Bani sa'ad merupakan salah satu suku besar dari suku-suku badwi hawazir yang terletak 170km sebelah timur kota mekah. Perkampungan Bani Sa'ad yang gersang memang tidak sesuai untuk di jadikan tempat bercucuk tanam. Itulah mengapa masyarakat Bani sa'ad sebagai pengembala kambing dan unta.

kekeringan yang biasa terjadi di perkampungan hawasik memaksa penduduknya untuk datang ke kota mekah untuk mencari alternatif penghasilan untuk kelangsungan hidup di wilayahnya, termasuk kaum ibu hawasik yang menawarkan Air susu untuk bayi Keluarga di kota mekah serta pengasuhan di perkampungan Hawasik. Bersama Rombongan dan keluarganya Halimah pun berangkat ke Mekah. Sesampainya di mekah keberuntungan seolah tidak menghampiri Halimah dengan mendapatkan berkah. Kecuali seorang bayi yatim yang membuatkan dia Ragu.

Di iringi perasaan bimbang dan ragu halimah akhirnya memutuskan untuk mengasuh sang bayi yatim yang merupakan cucu dari Bani Thalib. Tanpa di duga bayi yang awalnya ia Tolak jusetru menjadi sumber keberkahan bagi dirinya beserta keluarga, keberkahan yang terus menerus di rasakan selama Muhammad kecil tetap menjadi asuhan keluarga Halimah.Dengan sepenuh hati serta rasa tanggung jawab menjalankan amanah, Halimah menyusui dan mengasuh Muhammad Kecil.


Saudara sesusu :

Dari ibu susuan pertama - Thuwaiba:

1. Hamzah bin Abdul Mutallib ( disusui oleh Thuwaiba dan Halimah )

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

3, Masruh


Halimah Al-Saidiyyah (ibu susuan kedua)

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza

3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza

4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza


dan ada pendapat lain menyebutkan tambahannya seperti :


1. Anisah binti al-Harith

2. Hudzafah atau Judzamah binti Al-Harith


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)