.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, April 24, 2015

Muhasabah di yaumil jum'ah

1.
Anas r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang bersolat pada waktu yang telah ditetapkan dengan wuduk yang sempurna dengan rasa penuh hina dan tawaduk dan dengan qiam,rukuk dan sujud dilakukan dengan memuaskan,maka solat yang sedemikian itu akan naik dengan rupa yang bercahaya dan indah serta akan mendoakan orang itu dengan kata-kata,”Semoga Allah SWT peliharamu sebagaimana kamu telah memeliharaku. Namun seseorang tidak teliti menjaga solatnya dan dia tidak mengambil wuduk dengan sempurna dan qiam,rukuk serta sujudnya tidak dilakukan dengan tertibnya,maka solatnya naik dengan rupa yang gelap lagi buruk dan ia akan mengutuk orang itu dengan kata-kata,”Semoga Allah SWT membinasakanmu sebagaiamana kamu membinasakanku,lalu dilemparkan sembahyang itu ke muka  orang itu seumpama kain buruk dilempar."

2.
Rasulullah s.a.w bersabda , “Jika engkau tidak merasa malu, maka berbuatlah sesukamu.”

Beberapa pendapat ulama mengenai penafsiran dari perintah dalam hadis ini, di
antaranya:

1). Perintah tersebut mengandungi erti peringatan dan ancaman
Maksudnya, jika engkau tidak punya rasa malu, maka berbuatlah apa saja sesukamu kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatanmu itu, baik di dunia mahupun di akhirat atau kedua-duanya. Seperti firman Allah:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

"………….. Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". " [Fushilat : 40]

2. Membawa maksud penjelasan
Barangsiapa tidak memiliki rasa malu, maka ia berbuat apa saja yang ia inginkan, kerana sesuatu yang menghalangi seseorang untuk berbuat buruk adalah rasa malu. Jadi, orang yang tidak malu akan larut dalam perbuatan keji dan mungkar, serta perbuatan-perbuatan yang dijauhi orang-orang yang mempunyai rasa malu. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.

“Barangsiapa berdusta kepadaku dengan sengaja, hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di Neraka.”[Sahih: Bukhâri (no. 110), Muslim (no. 30), dan selainnya dengan sanad mutawâtir dari banyak para Sahabat.]

3. Perintah tersebut mengandungi erti pembolehan.
Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Perintah tersebut mengandungi erti pembolehan. Maksudnya, jika engkau akan mengerjakan sesuatu, maka lihatlah, jika perbuatan itu merupakan sesuatu yang menjadikan engkau tidak merasa malu kepada Allah Azza wa Jalla dan manusia, maka lakukanlah, jika tidak, maka tinggalkanlah.” [Fathul Bari (X/523).]

Pendapat yang paling benar adalah pendapat yang pertama, yang merupakan pendapat jumhur ulama.[Rujuk Kitab Madarijus Salikin (II/270).]

3.
Marilah kita bersama2 bermuhasabah seketika....dengan menjawab persoalan2 ini :

Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?”

"Bisakah lidahku, lembutkah lidahku mengucapkan SYAHADATAIN?"

“Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di hari akhirat kelak?

“Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?”

"Bagaimanakah keadaan matiku ketika Izrail datang mengambil nyawaku?"

"Di manakah aku berada ketika Izrail datang mengambil nyawaku nanti"

"Sebelum Izrail datang kepadaku, bagaimanakah keadaanku?, adakah separuh mati dengan hanya terbaring dan diuruskan orang lain?, adakah menyusahkan orang lain dan ahli keluarga?"

"Bagaimanakah keadaan mayatku ketika itu?"

"Siapakah yang menyempurnakan jenazahku ketika itu?"

4.
Yuk fikir-fikirkan.....

Dari Abu Salh bin Sa'ad ra dia berkata seorang laki-laki yang hendak bertemu mengintip rumah Nabi saw melalui suatu celah dan ketika itu Nabi saw sedang memegang sisir besi untuk menyisir rambutnya kemudian baginda bersabdda kepada orang itu:
"Seandainya Aku tahu bahwa kamu  mengintip nescaya aku tusukkan sisir ini ke mata mu.sesungguhya perintah meminta izin sebelum memasuki rumah orang lain itu ditetapkan untuk menghindari mengintip"
(riwayat Bukhari )

5.
Prasangka selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.
(Imam As-Syafi'i)

Lagi pesanan Imam As-Syafi'i

Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia ! Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang-orang terhadapmu akan menjadi indah.

Janganlah memusuhi manusia, kecuali dengan sikap ramah. Nescaya akan ada yang menolongmu dan sahabat akan mengasihimu.

Tidak baik mencintai orang yang berwajah banyak (munafik) kerana ia akan mengikut arah angin ke manapun angin itu bertiup.

Apakah erti banyak kawan jika mereka tidak menolong di waktu kita susah.

Imam As-Syafi'i berpesan lagi

Jagalah lidahmu kawan ! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubahnya ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

6.
Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa pernah mendengar Imam As-Syafi'I berkata :

"Tumpukan wang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain, dan tidak tahu darjat kemuliaan mereka sendiri"

7.
Sangka Buruk

Surah Al-Hujuraat  : 12
12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain, terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan dari mereka. Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka.
Surah Al-Hujuraat  : 11
11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan.
Mencela diri sendiri juga bermaksud mencela para mukmin yang lain. Orang seperti ini sukar didakwahkan kerana mereka menganggap orang lain semua sama seperti mereka termasuk juga para ilmuwan dan pendakwah. Padahal di dalam Al-Quran jelas mengatakan orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil.
Surah Az-Zumar : 9
9. .......... Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
Hadis : Dari Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.”  [Sahih Bukhari]

8.
Seorang Muslim yang sejati, amat lekat Syaja'ah itu dalam kalbunya. Dia amat kuat menolak kehinaan, takut agamanya akan rosak, takut darjatnya akan luntur, takut masuk neraka, takut hidup tidak akan berguna, takut umatnya akan hina. Lantaran takut akan ditimpa segala bahaya itu, maka dia berani mengadap mati.

9.
Pesanan Rasulullah s.a.w dalam sabda Baginda:

” sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa – apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya “
(Riwayat Bukhari)

10.
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah saw:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. "
(Riwayat Bukhari)

11.
"Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)


والله تعالى اعلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)