FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Ini juga satu muqaddimah penting yang mesti
dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai kefahaman mengenai
pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh kebelakang
kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini
kepada mereka yang
melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh
dengan berbagai tuduhan palsu melalui agak dan sangka yang palsu.
Khullasah kepada hakikat ini, ialah bahawa Islam itu tidak
lain dan lanjutan kepada agama Hanif yang mudah dan lapang ruangnya, Allah
telah mengutuskan bapa juga datuk kepada para nabi, iaitu Ibrahim ‘alahi Sallam
membawa agama ini, telahpun dijelaskan oleh Allah mengenai ini melalui banyak
ayat-ayatNya dalam Al-Quran antaranya:
(Dan
berjihadlah kamu pada [ agama] Allah dengan jihad yang sebenarnya, Dia [telah
pilih kamu [ berjihad], dan Dia tidakjadikan atas kamu sebarang kesukaran dalam
agama ini, iaitu agama bapa kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu
“Muslimin” sejak dahulu dan di [Quran) ini… ) (Surah Al-Hajj: Ayat 78)
(Katakanlah: “Benar [kata] Allah itu” maka
ikutlah Millah [agama] Ibrahim yang hanif [yang lurus]; dan bukan lah dia
[Ibrahim] itu dan kalangan orang-orang musyrikin.)
(Surah Ali-Imran: Ayat 95)
Memang sudah ada di pengetahuan anda bahawa orang orang
‘Arab itu adalah anak-cucu Nabi Ismail ‘alaibi Sallam, maka semestinya mereka
mewarisi agama bersama selok-beloknya, ia itu agama yang telah Allah utuskan
datuk mereka membawa Tauhid dan perintah benbadat kepada Allah, tidak
mencerobohi batas laranganNya, mentaqdis dan menghormati semua yang disuruh
menghormatinya, yang utama sekali ialah menghormati dan mentaqdiskan
Baitul-Haram, menghormati segala syiarnya, mempertahankannya, melaksanakan
perkhidmatan terhadapnya, serta menabir (kelambukannya).
Tetapi dengan berlalunya zaman, kurun demi kurun, mulalah
orang ‘Arab itu mencampuradukkan yang batil dengan yang haq, haq yang mereka
pusakai dan datuk nenek mereka diadukkan dengan batil yang datang dengan tidak
disedari, lalu cacat dan tercelalah seluruh bangsa ‘Arab bila diselubungi
kejahilan, hanyut dan sesatlah mereka bersama mereka orang-orang yang terpukau
dan terpedaya oleh kepalsuan, dengan itu menyusup masukilah syinik ke dalam
mereka, dan akhirnya menyembah berhala sudah menjadi kebiasaan kepada mereka,
keruntuhan akhlaq dan perkara—perkara batil yang mereka tiru juga ikut sama
menyusup masuk. Dengan kerana itu maka jauhlah mereka dan suluhan Tauhid dan
ciriciri agama Hanif, akhirnya setelah jangka masa yang panjang menyeluruhlah
jahiliyyah yang ketat, yang sukar hendak dilekangkan, dan berikut itulah mereka
berhadapan dengan kebangkitan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak
bangsa ‘Arab menyembah berhala, ialah ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang
kepada suku Khuza’ah. Ibnu Ishaq meriwayatkan dan Muhammad Bin Ibrahim Bin
Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan kepada nya, bahawa
beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al—Kuza’i, mathumnya:
“Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik
berhala kayunya ke dalam neraka, saya lihat dia itu benar—benar menyerupai
engkau”; lalu kata Aktsam:
“Apakah penyerupaan itu membahayakan saya
Wahai RasuluLlah?”
“Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan ‘Amru itu kafir,
sesungguhnya dialah orang yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang
berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan Hami [tiga yang tersebut itu
adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati,
tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di
mana-mana]. (Sirah Ibnu Hisham.)
Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara ‘Amru Bin Luhay
menerapkan penyembahan berhala ke dalam bangsa ‘Arab; ia mengembara ke negara
Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab dalam daerah Baiqa’ yang
ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin
Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam — Amnu melihat mereka menyembah berhala,
lalu ia bertanya:
“Apa bendanya yang kalian sembah ini?”
“Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan
maka ia menurunkan hujan, kami minta pertolongan ia memberi pertolongan.”
“Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu,
saya akan bawa pulang ke bumi orangorang ‘Arab untuk mereka sembahnya?”
Lalu diberikan kepada ‘Amru satu berhala yang dinamakan
“Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke Makkah dan di suruh orang menyembahnya.
(Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam IbnulKalabi. H. 8-9.)
Begitulah cara berkembangnya penyembahan berhala di tanah
‘Arab, dan tersebarnya syirik dalam bangsa ‘Arab, dengan itu bertukarlah
keadaan asal mereka yang dulunya berada di atas ‘Aqidah Tauhid pusaka dan
Ibrahim dan Isma’il alaihimas salam kepada kepercayaan syirik, dan akhirnya
sampai ke peringkat sesat dan ber’aqidah buruk seperti bangsa bangsa lain yang
sesat.
Pendorong utama mereka kepada yang demikian itu semua, ialah
ketandusan pengetahuan dan buta huruf yang mereka miliki, dan pengaruh
persekitaran mereka dan berbagai qabilah dan berbagai bangsa.
Namun demikian ada juga di kalangan mereka orang orang yang
masih kekal berpegang dengan aqidah tauhid, walaupun hanya sedikit tetapi tetap
berada di atas manhaj agama hanifnya, tetap mempércayai kebangkitan nabi, tetap
mempercayai hidup semula sesudah mati dan tetáp yakin bahawa Allah pasti beri
ganjaran pahala kepada orang yang taat, balasan siksa kepada orang yang
derhaka. Golongan ini memang benci kepada segala apa yang diada-adakan oleh
orang orang ‘Arab, seperti penyembahan berhala dan cara pemikiran yang sesat,
mereka yang terkenal dengan pegangan ini memang banyak, di antara mereka
seperti Qais Bin Saidah A1-Ayadi, Ri’ab Ash-Shamii, dan Buhaira Al-Rahib.
Walaupun begitu keadaannya orang-orang ‘Arab, namun
prinsip-prinsip dan syiar-syiarnya sejak Nabi Ibrahim, masih kekal saki bakinya
dalam adat dan budaya mereka, walaupun dalam keadaan paling lemah setelah
sekian lama merentasi zaman, namun kejahiliyyahan mereka masih bersadurkan
sedikit sebanyak peninggalan yang berupa syiar dan prinsip agama Hanif,
walaupun syiar dan prinsip itu biasanya muncul dalam bentuk rupa yang buruk dan
jahat, seperti menghormati Ka’bah, bertawaf, menunaikan haji, umrah, wuquf di
‘Arafah dan sebagainya, adalah berasal dan syariat yang mereka warisi sejak
zaman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, tetapi mereka adukkan dengan beberapa perkara
yang bukan asal, seperti Talbiyah mereka di masa melakukan Haji dan Umrah
berbunyi:
Mereka tambahkan :
Ringkasnya: Perkembangan sejarah ‘Arab dan mula hingga
akhirnya adalah dalam pangkuan agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang
diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim ‘alaihissalam. Bangsa ‘Arab ini sudah
pernah dilimpahi aqidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tetapi
kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit, dengan
berlalunya zaman berkurun-kurun lamanya, maka keadaan bertukar, di mana
kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta kejahilan yang laksana banjir telah
menenggelamkan mereka, di samping itu mereka tetap juga mengekalkan saki baki
petunjuk yang benar dan prinsip-prinsip yang tulen yang lama tersembunyi dalam
perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka, semakin lemah bersama zaman,
semakin kurang para pendokongnya dan tahun ke tahun.
Tetapi manakala bersinar kembali obor agama Hanif dengan kebangkitan
Khatamul-Anbiya’ Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam, tibanya wahyu ilahi ke
setiap yang telah menjadi tebal dengan kesesatan dan kegelapan dalam jangka
masa yang panjang itu, maka semuanya itu telah dihapuskan oleh wahyu,
diteranginya semula tempat itu dengan suluhan iman dan tauhid, dengan
prinsip-prinsip keadiian dan kebenaran, tibanya wahyu Ilahi kepada saki baki
tersebut yang telah begitu lama dilalui oleh kehidupan bangsa ‘Arab,
mengubahkan kehidupan mereka ke tempat pancaran cahaya yang baru, mengembalikan
mereka kepada agama yang diutuskan Ibrahim ‘alaihissalam untuknya, ditetapkan
kembali syariah-syariah Ilahiyyah serta dibaharuinya da’wah untuk itu.
Tidak ragu-ragu bahawa adalah meniadi perkataan yang tidak
dikehendakj kalau kita perkatakan juga perkara—perkara sudah dikenali dan
diketahui oleh orang yang telah membaca dan meneliti sejarah, pastinya itu
merupakan suatu yang tetap dalam batin orang-orang yang telah mempelajari
Islam. Bukanlah kita berhajat hendak menghabiskan banyak masa pada zaman ini
dalam menjelaskan apa yang telah jelas, iaitu setelah kita melihat dengan mata
kepala kita, bagaimana setengah-setengah manusia dapat ditundukkan i’tiqad
mereka semata-mata kerana keinginan dan kegemaran yang ada dalam diri-diri
mereka.
Ya, memang ada jenis manusia seperti itu yang hidup di
dunia ini, mereka ini tidak pernah ambil kisah bahawa akal mereka telah
dibelenggu seketat-ketatnya dengan rantai penghambaan, otak pemikiran mereka
dijajah dan diperhambakan!...
Betapa besarnya perbezaan antara bahawa iradah kemahuan
anda ada di belakang ‘aqidah anda, dengan adanya ‘aqidah di belakang iradah
kemahuan anda, betapa jauhnya beza antara keduanya di segi ketinggian dengan
kerendahan, antara kemuliaan dan kehinaan!..
Apa yang kita katakan tadi adalah jelas dengan bukti dan
keterangannya, betapa kedapatan manusia-manusia yang berkata: “Bahawa sejak
zaman jahiliyyah — di masa hampir dengan kebangkitan Nabi SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam — sudah ada kesedaran untuk kembali kejalan yang betul yang Iayak
diikutinya, lalu pemikiran orang-orang ‘Arab pun mula memberontak terhadap
syirik dan penyembahan berhala dan seumpamanya yang berupa dongengan-dongengan
jahiliyyah, dan kemuncak kesedaran dan pemberontakan pemikiran itu muncul
menjadi kenyataan dengan kebangkitan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
da’wahnya dalam bentuk dan rupa baru.
Sedangkan konsep da’wah itu:- seperti yang jelas kepada
anda Bahawa sejarah perkembangan jahiliyyah adalah semakin meningkat
penguasaannya ke atas hak-hak tauhid dan nur bidayah, ini berlaku dalam edaran
zaman yang begitu panjang, atau ertinya semakin jauh mereka dan zaman Ibrahim
melalui sekian kurun semakin hampir kembali kepada pninsip-pninsip agama
Ibrahim dan da’wahnya, hingga sampailah kehampiran itu ke tahap yang terakhir,
iaitu saat—saat kebangkitan Muham mad Sailallahu ‘alaihi Wasailam!’
Apakah begitu ukiran sejarah, atau ukiran tepat dan sejarah
adalah pada keseluruhannya sebalik itu, kenyataan sejarahnya begitu mudah
difaham, semudah menyebut “Alif dan Ba”nya yang begitu jelas difahamkan.
Setiap pengkaji dan penyelidik sejarah yang bebas, tahu
bahawa zaman di mana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, adalah zaman
jahiliyyah yang paling jauh dan hidayah atau pertunjuk RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasailam kalau dibandingkan dengan semua zaman, dan saki baki runtuhan
yang ada pada orang-orang ‘Arab ketika kebangkitan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam itu sebenarnya saki baki pertunjuk dan prinsip agama Hanif, ia dapat
dilihat pada imbasan-imbasan dalam upacara penyembahan berhala yang dilakukan
dengan bersungguh-sungguh, juga pada penyerupaan dan persamaan dalam sebahagian
upacara yang telah ditetapkan oleh Islam saki baki runtuhan itu ketara sekali,
kerana sejak sekian kurun tidak sampai sepuluh peratus yang tinggal. Kalau itu
dijadikan panduan oleh golongan manusia yang menganggapnya seperti di atas
terhadap konsep Nubuwwah atau kebangkitan Nabi itu sepatut sudah berada atau
sudah dibangkitkan NabI SallaLlahu ‘alaihi Wasallam beberapa kurun atau beberapa
jenerasi sebelumnya!
Ada pula segolongan manusia lain yang menuduh: bahawa
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak berkemampuan lagi untuk bertindak
membenteras ke atas perkara-perkara utama yang terkenal di kalangan bangsa
‘Arab, seperti adat, tradisi, dan berbagai kepercayaan ghaib, yang merupakan
perkara-perkara yang dihormati dan di agung-agungkan oleh mereka, lalu baginda
ikut memperkukuh dan menyempurnakan semua itu dengan menjadikannya sebagai
upacara agama, lalu diisytiharkannya sebagai perintah Tuhan kononnya. Dan
dengan satu gambaran lain pula, kononnya: Kedatangan Muharmmad SalaLlahu
‘alaihi Wasallam itu hanyalah untuk menambahkan bilangan ‘aqidah atau
kepercayaan ghaib pada bangsa ‘Arab, bahawa penjagaan pentadbiran
segala-galanya berada di tangan persendirian Tuhan yang Maha kuasa ke atas apa
yang dikehendakinya, dengan itu maka berterusanlah bangsa ‘Arab hingga setelah
memeluk Islam, mempercayai sihir, jin dan berbagai kepercayaan lain, umpamanya
mereka tetap melakukan tawaf atau mengelilingi Ka’bah, menganggap Ka’bah itu
suci dan berbagai upacara yang palsu dan sebagainya.,
Yang diperkatakan oleh mereka yang mendakwakan semua yang
tersebut itu, hanya berdasarkan atas dua andaian, dua andaian yang sama sekali
mereka tidak mahu memikirkan kesalahan andaian itu; andaian pertama: Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan seorang Nabi, andaian kedua: Segala saki
baki amalan agama di zaman Nabi Ibrahim yang masih ada pada orang-orang ‘Arab
seperti yang telah kita bahaskan itu, sebenarnya rekaan dan tiruan yang mereka
ada-adakan sendiri dan semasa ke semasa, sebenarnya penghormatan dan taqdis
terhadap Ka’bah itu bukanlah sebagai salah satu dan peninggalan dakwah Nabi
Ibrahim yang merupakan perintah Tuhan, kewujudan upacara itu merupakan jalinan
yang tersusun dan suasana dan kebiasaan orang-orang ‘Arab, ertinya upacara itu
merupakan salah satu dan berbagai tradisi orang-orang ‘Arab.
Cara untuk menyelamatkan dua tuduhan palsu itu supaya tidak
lemah dan tidak cacat, maka penulis-penulis tuduhan itu sengaja memejamkan mata
walau berhadapan dengan berbagai bukti dan keterangan juga kenyataan-kenyataan
sejarah yang begitu jelas, atau apa saja keterangan yang menolak tuduhan
tuduhan mereka, atau kenyataan-kenyataafl yang mendedahkan kepalsuan dakwaan
tersebut.
Di samping itu, seperti yang diketahui, bahawa pihak yang
membuat kajian mengenai hakikat itu tidak akan sampai ke matlamatnya, kerana
sudah pasti dia telah sesat atau tersalah simpang, tetapi digagahinya juga
membuat andaian dan tuduhan yang berpunca dan dendam turun temurun. Sungguh
ketara bahawa kajian seperti hanya merupakan perkara sia-sia yang melucukan.
Justeru itu, maka tidak ada satu keterangan atau alasan pun
yang didapati untuk dijadikan bandingan atau satu-satu kesimpulan melalui dalil—dalil
logik, atau melalui peristiwa sejarah dalam menuju kepada sesuatu hakikat. Yang
kita mahu ialah hakikat yang sebenarnya, kita juga tidak hendak membohongi diri
kita di samping membohongi orang lain dengan cara berpura-pura membuat kajian
bebas untuk mendapatkan sokongan orang lain terhadap pemikiran dan pendapat
yang tertentu.
Ini tidak lain dan tidak bukan dan semata-mata kerana
ta’assub atau fanatik. Maka sudah pasti, walan dengan apa keadaan sekalipun,
kita tidak boleh memejamkan mata atau membutakan hati dan pemikiran terhadap
dalil-dalil kenabian Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang begitu banyak,
seperti wahyu yang begitu jelas, seperti mukjizat Al—Qur’an dan yang ternyata
persamaan antara da’wah Muhammad dengan da’wah para nabi Sebelum baginda, juga
sifat dan akhlaq baginda. Kita tidak boleh sama sekali menerima andaian dan
tuduhan bahawa Muhammad itu bukan Nabi. Juga tidak boleh kita ketepikan sejarah
yang jelas menentukan bahawa pembinaan Ka’bah itu dilakukan oleh Ibrahim
‘alaihissalam dengan perintah dan wahyu dan Allah Subhanahu wa Ta’ala, mengenai
rantaian para nabi dalam penyampaian da’wah tauhid kepada Allah, juga beriman
kepada perkara—perkara ghaib seperti hari Mahsyar dan balasan baik dan buruk
sama ada syurga atau neraka, juga perkara-perkara yang telah diberitahu oleh
nas-nas kitab Samawi sebelumnya, dan apa yang diberitahu itu telah diakui benar
oleh sejarah, telah menjadi kenyataan dalam beberapa generasi, semuanya itu
kita namakan “saki baki warisan zaman Ibrahim” dalam zaman jahiliyyah. Wajarkah
kita tolak semuanya itu kerana semata-mata disogokkan kepada kita andaian
bahawa semua itu tidak lain hanya merupakan tradisi yang diada-adakan oleh
bangsa ‘Arab kemudian datang Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
menyalutkannya dengan salutan agama?
Seharusnya dimaklumikan bahawa orang—orang yang merasa
sedap membuat anggapan dan tuduhan seperti itu, tidak dapat mereka kemukakan
sebarang bukti atau dalil walau dengan apa bentuknya sekalipun, sama ada di
hadapan atau di belakang tuduhan itu, yang mereka kemukakan hanya beberapa
ibarat yang meleret-leret dan berulang-ulang.
Mungkin juga anda meminta satu contoh mengenai itu, cubalah
baca buku (Bunyatul — Fikrid — Dini) (terjemahan ke bahasa Arab dan bahasa
Inggeris), maka anda dapat melihat dengan jelas bagaimana dan apakah peranan
ta’assub buta terhadap manusia—manusja berkenaan, perasaan ta’assub yang pelik
itu membuat orang yang menganutnya ego hingga tidak mengaku walaupun berhadapan
dengan hakikathakikat yang seharusnya mereka lunduk menenima. (lihat “Bunyatul
— Fikri Ad-Dini” bahasa Arab.H.58.)
Mengikut pandangan Gibb, bahawa pembentukan pemikiran
beragama dalam Islam, hanya merupakan beberapa ke percayaan dan pemikiran
kepada ghaib di sisi orang-orang ‘Arab, kononnya Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah memerhati dan meneliti budaya dan pemikiran bangsa ‘Arab, lalu
diubahnya sekadar yang boleh, yang tidak boleh diubah dijadikan sebahagian dan
upacara agama Islam, dan kononnya Muhammad terus menyokongnya dan dipadankan dengan
agama. Tetapi Muhammad kononnya terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan
besar yang menghalangi jalannya, Muhammad bukan sekadar hendak membina
kehidupan beragama ini untuk bangsa ‘Arab saja, malah untuk semua umat manusia
mengikut sistem A1-Qur’an.
Itulah sari pati pemikiran Gibb dalam bukunya itu, kalau
anda baca buku yang mengandungi pemikirannya itu dan mula hingga akhimya, tidak
akan kedapatan satu dari pun mengenai apa yang dikatakannya,jika diteliti apa
yang dikemukakannya, maka tidak syak lagi bahawa Gibb ini telah meninggalkan
pemikirannya di satu tempat yang jauh dari tempat yang ia sendiri duduk menulis
mengenai ini, Gibb menggantikan daya pemikirannya yang sihat dengan waham dan
khayalan-khayalan segar dan lincah, dia mendapat ilham dan waham dan khayalan,
maka ia pun menulis seperti yang ditulisnya mengikut kehendak dan hukum waham
dan khayalan.
Ketara benar; ketika Gibb duduk membaca tulisan terjemahan
muqaddimah bukunya ke bahasa Arab, terbayang di fikirannya bahawa pembacanya
akan terpengaruh dan pemikirannya akan menolak dan menghina Islam. Namun
deniikian ia mencelah juga mengecualikan diri……..
Dia mengecualikan diri dan mempersendakan Islam dengan
mengatakan: “Bahawa beberapa bahagian isi kandungan mengenai ini bukanlah
berdasarkan kepada pemikiran dari otak penulisnya, malah berdasarkan kepada
dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh segolongan ahli fikir
dan cendikiawan muslimin sendiri, banyak juga nama tokoh tokoh ilmuan Islam
yang dikaitkan, memadailah seorang saja saya sebutkan sebagai contoh, iaitu
Tuan guru Shah Waliyullah Dahiawi.
Gibb telah menyalin sebahagian dan teks Shah Waliyullah
Dablawi dari kitabnya “Hujjatullah AlBalighah” J.1.H. 122. Dia begitu yakin
bahawa tidak ada pembaca bukunya akan ber usaha untuk merujuk kepada kitab
Hujjatullah Al-Balighah itu bagi memerhatikan teks asalnya, maka diubahnya
maksud kandungan asalnya mengikut hawa nafsunya, digugurkan apa yang sepatutnya
bagi membolehkan pemesungan dan menjadi songsang daripada maksudnya yang
sebenar, dibuatnya dengan begitu teliti dengan harapan agar ia tidak
dipersalahkan dalam hal ini.
Teks asal yang telah digugurkan dan
dipesungkan itu seperti berikut:
“Sesungguhnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam,
dibangkitkan dengan kebangkitan yang mengandungi tujuan satu ke bangkitan yang
lain; yang pertamanya hanyalah kepada Banu Ismail (bangsa Arab).. kebangkitan
ini untuk memastikan supaya syari’atnya berteraskan syi’ar—syi’ar dan cara—cara
ibadat Banu Ismail itu, juga cara-cara yang boleh difaedahkan yang sedia ada
pada mereka, dengan itu syara’ merupakan islah (pembaikan) kepada apa yang
sedia ada pada bangsa Arab, syara’ tidak memberati mereka dengan apa yang
mereka tidak tahu asal-usulnya ....).
Sementara teks asal dan kitab “Hujjatul
al-Balighah” memberi ibarat seperti berikut:
“Dan ketahuilah sesungguhnya Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam dibangkitkan dengan agama Hanaifiyah Ismaili ya (mengikut agama
Ibrahim dan Ismail), untuk membetulkan yang pincangnya, untuk menghapuskan
pemesungannya, untuk menyinarkan nurnya, dan kerana itulah Allah berfirman:
(....agama bapa kamu Ibrahim ....) Bila begitu kedudukannya, semestinya prinsip
agama itu terselamat dan sunnahnya (syari’atnya) telah ditetapkan, dengan itu
bila Nabi dibangkitkan kepada satu kaum yang masih ada Sunnah Rasyidah (syariat
yang betul) pada kaum itu, maka tidak ada makna untuk mengubah dan menukarnya,
malah wajib dikekal dan dikukuhkannya kerana sunnah itu sesuai dengan jiwa
mereka dan lebih kuat untuk dihujjahkan kepada mereka. Bani Ismail (bangsa
‘Arab) adalah mewarisi turun temurun manhaj dan bapa mereka Ismail, mereka
tetap berada di atas syan’at itu hinggalah ‘Amru Bin Luhay mula memasukkan
perkara-perkara palsu mengikut pemikirannya ke dalam syariat itu, maka sesadah
ia dan disesatkannya orang lain, dan bermulalah penyembahan berhala, mengadakan
(Saibah), dan (Bakhirah), maka dan situlah mulanya kerosakan agama, bercampur
antara yang betul dengan yang salah, mereka ditewaskan oleh kejahilan, syirik
dan kufur, lalu Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun dibangkitkan untuk
membetulkan penyelewengan mereka dan untuk memulihkan kerosakan mereka, maka
Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memerhati pada syariat mereka, dikekalkan yang
tepat dengan manhaj Ismail ‘alaihissalam atau dari syiar Allah, dihapuskan
perkara tokoh tambah atau pemesungan, malah dimestikan penghapusan itu.”
Tidak syak lagi bahawa kita tidak hendak membetulkan kerja pengkaji dan
pemesungannya seperti ini, membetul dengan meneliti dan menyelidik, kerana
sudah jelas pembohongannya, akan siasialah jika kita tumpukan tenaga untuk
penyelidikan terhadapnya, tetapi tujuan kita hanya supaya para pembaca tahu
sejauh manakah mereka yang berkenaan telah di bawa oleh fanatik buta, sama
seperti kita mahu supaya orang orang yang terpengaruh dengan cara penyampaian
dan ulasan sarjana-saijana barat, dan sejauh mana peranan pengaruh “Taqlid A ‘ma” (Meniru Buta-tuli) yang
terkeji itu terhadap sebahagian muslimin ini sendiri!.
Dengan itu barulah dapat dikenali kedudukan sebenar antara
Islam dan pemikiran jahiliyyah yang pernah menjadi panduan kepada bangsa Arab
sebelum kelahiran Islam, sama seperti dikenali kedudukan sebenar antara zaman
jahiliyyah dengan zaman Milah Haniflyyah yang diutuskan Ibrahim ‘alai hissalam
untuknya.
Dan dengan itu jelaslah sudah bahawa kerana itulah Rasul
mengekalkan banyak di antara adat dan prinsip yang menjadi panduan dan ikutan
kepada bangsa ‘Arab, di samping banyak pula adat dan tradisi mereka dihapuskan
semuanya dengan bertindak perang untuk menghapusnya.
Hanya sekadar ini saja kita habiskan muqaddimah yang amat
penting ini untuk diketengahkan di permulaan pembelajaran sirah ini untuk
mendapatkan sari pati Sirah Nabawiyyah dan untuk mendapatkan kefahamannya
secara mendalam bersama tauladan dan pengajarannya.
Seterusnya, anda pembaca akan dapati di sekitar bahasan
bahasan kami berikut mi lebih banyak keterangan yang boleh membantu menguatkan
lagi penjelasan-penjelasan yang telah kami berikan, semoga akan bertambah jelas
hakikat kedudukan yang sebenarnya.
KEPUTERAANNABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN PENYUSUANNYA
|