.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, April 10, 2015

Sedikit Pesanan

Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab:
Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. (HR Baihaqi)



Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (HR Musnad Imam Ahmad) 



Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bermudah-mudahlah dengan orang ramai, dan jangan menyusah-nyusahkan mereka. Berilah berita-berita gembira dan jangan datangkan rasa benci. (HR Bukhari)



Dari Jabir r.a berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: Syaitan merasa kecewa kerana tidak dapat menukar akidah orang-orang semenanjung Arab tetapi tidak merasa kecewa untuk menyebarkan fitnah, perbalahan dan perpecahan dikalangan mereka. (HR Muslim)




10 PENYEBAB JIWA MATI...
1. Mengenal Allah SWT tetapi tidak memenuhi haknya 

2. Baca Al-quran tetapi tidak mengamalkannya 

3. Mengaku memusuhi syaitan tetapi mengikuti dan mentaatinya 

4. Mengaku umat Rasulullah saw tetapi tidak mengamalkan sunnah-sunnahnya

5. Ingin masuk syurga tetapi tidak beramal untuknya 
6. Ingin selamat dari neraka tetapi melemparkan diri kedalamnya 

7. Mati itu hak tetapi tidak siap untuk menghadapinya 

8. Sebuk dengan dosa dan aib orang lain tetapi lupa akan aib dirinya sendiri 

9.Merasakan nikmat tetapi tidak mensyukurinya 

10. Kamu telah menguburkan mayat orang lain tetapi tidak dijadikan pelajaran dan peringatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)