1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu
agama yang (hukum mempelajarinya) fardu ain?
Jawapan: Setiap mukallaf
diwajibkan mempelajari suatu kadar ilmu
agama yang dia perlu yang terdiri
daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat
bagi orang diwajibkan untuk mengeluarkannya, haji bagi orang yang berkemampuan,
maksiat-maksiat hati, tangan, mata dan sebagainya.
Allah ta^ala
berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ
لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang
mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”. [Surah al-Zumar: 9]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ
مُسْلِمٍ
Maknanya: “Menuntut ilmu agama (yang daruri atau teras itu)
adalah wajib ke atas setiap muslim”. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi]
2. Apakah hikmah penciptaan jin dan
manusia?
Jawapan: Untuk
diperintahkan oleh Allah supaya beribadah kepada-Nya.
Allah ta^ala
berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونَ
Maknanya: “dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
kecuali untuk menyembah-Ku”. [Surah al-Dharriyyat: 56]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ أَن يَعْبُدُوهُ
وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا
Maknanya: “Hak Allah ke atas para hamba hendaklah mereka
beribadah kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun”. [Diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim]
3.
Bagaimanakah ibadah menjadi sah?
Jawapan: Beribadah kepada Allah menjadi sah apabila dilakukan oleh orang
yang meyakini kewujudan Allah dan tidak menyamakan atau menyerupakan-Nya dengan
sesuatu apapun dari makhluk-Nya.
Allah
ta^ala berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
Maknanya: “Tiada
suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah al-Shura: 11]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
لا فِكْرَة فِي الرَّبِّ
Maknanya: “Tidak boleh berfikir (membayangkan) tentang Allah”. [Diriwayatkan
oleh Abu`l-Qasim al-Ansari]
Al-Ghazali berkata:
لاتَصِحُّ الْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ
الْمَعْبُودِ
Maknanya: “Ibadah tidak sah kecuali selepas mengetahui (Allah
yang wajib) disembah”.
4. Kenapa
Allah mengutus para rasul?
Jawapan: Allah ta^ala telah mengutus para rasul untuk mengajar manusia
tentang kemaslahatan agama mereka dan dunia mereka, dan untuk mengajak
manusia supaya menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.
Allah
ta^ala berfirman:
فَبَعَثَ اللهُ النَّبِيِّين مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ
Maknanya: “..maka Allah mengutuskan para nabi sebagai
pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan”. [Surah al-Baqarah: 213]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
أَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ
مِن قَبْلِي لا إِلَهَ إِلا اللهُ
Maknanya: “Perkataan paling utama yang aku dan para nabi
sebelumku mengungkapkannya ialah لا إله إلا الله (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah)”. [Diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi dan selainnya]
5. Apakah erti Tauhid?
Jawapan: Al-Imam al-Junayd berkata:
التَّوْحِيدُ إِفْرَادُ الْقَدِيـمِ مِنَ
الْمُحْدَثِ
Maknanya: “Tauhid
ialah menyucikan (Allah) al-Qadim (Yang Maha Sedia Ada tidak mempunyai
permulaan) dari (menyerupai makhluk-Nya) yang baharu (ada yang didahului dengan
tiada dan ada permulaan)”. [Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Khatib
al-Baghdadi]
Allah
ta^ala berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah
al-Shura: 11]
Suatu
ketika Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam ditanya tentang amalan
yang paling utama, lalu Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam menjawab:
إِيـمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ
Maknanya: “Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya”. [Diriwayatkan
oleh al-Bukhari]
6. Sila bincangkan tentang
kewujudan Allah.
Jawapan: Allah itu ada dan tiada sebarang keraguan tentang kewujudan-Nya.
Adanya Allah itu tanpa kayf (bagaimana, bentuk atau cara)[1],
tanpa tempat, tanpa arah atau ruang dan tidak menyamai suatu pun daripada
makhluk-Nya serta tiada suatu pun daripada makhluk-Nya yang menyerupai-Nya.
Allah
ta^ala berfirman:
أَفِى اللهِ شَكٌّ
Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah
Ibrahim: 10]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada
sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
selainnya]
7. Apakah
makna firman Allah ta^ala:وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ [Surah al-Hadid:
4]?
Jawapan: Maknanya ialah Allah mengetahui tentang kamu di mana pun kamu
berada seperti yang dikatakan oleh al-Imam Sufyan al-Thawri,
al-Imam al-Shafi^i, al-Imam Ahmad,
al-Imam Malik dan selain mereka.
Allah
ta^ala berfirman:
وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًا
Maknanya: “Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.
[Surah al-Talaq: 12]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
ارْبَعُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ
لا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلا غَائِبًا وَإِنَّـمَا تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا
Maknanya: “Janganlah kamu memaksa diri untuk mengeraskan suara
kerana kamu bukanlah berdoa kepada Zat yang tuli dan ghaib, sesungguhnya kamu
berdoa kepada Zat yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat (secara maknawi bukan
fizikal)”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Makna
hadis ini ialah tiada sesuatu pun yang tersembunyi dari Allah.
8. Apakah dosa yang paling besar?
Jawapan: Dosa yang paling besar ialah kufur. Perkara yang termasuk dalam
kekufuran ialah syirik. Makna syirik ialah menyembah selain Allah. Allah ta^ala
berfirman tentang Luqman, bahawa Luqman berkata:
يَا بُنَىَّ لاَ تُشْرِكْ بِاللهِ إِنَّ الشِّرْكَ
لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Maknanya: “…Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau
menyekutukan Allah kerana sesungguhnya penyekutuan (terhadap Allah) itu adalah
kezaliman yang amat besar”. [Surah Luqman: 13]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam pernah ditanya tentang dosa yang paling
besar, lalu Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
أَن تَجْعَلَ للهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ
Maknanya: “Apabila engkau mengadakan suatu sekutu bagi Allah
sedangkan Dia telah menciptakanmu”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan selainnya].
9. Apakah makna ibadah?
Jawapan: Ibadah adalah kemuncak ketundukan dan ketaatan sebagaimana yang
dikatakan oleh al-Hafiz al-Subki.
Allah
ta^ala berfirman:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ
Maknanya: “Tiada Tuhan yang wajib disembah kecuali
Aku (Allah), maka beribadahlah (sembahlah) kepada-Ku”. [Surah al-Anbiya':
25]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ أَن يَعْبُدُوهُ
وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا
Maknanya: “Hak Allah ke atas para hamba ialah mereka
hendaklah beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya”. [Diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim]
10. Adakah
perkataan al-du^a’ (الدعاء)
boleh diertikan dengan makna ibadah?
Jawapan: Ya, Allah ta^ala berfirman:
قُلْ إِنَّمَا أَدْعُوا رَبِّى وَلاَ أُشْرِكُ بِهِ
أَحَدًا
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku hanyalah
beribadah kepada Tuhanku dan tidak menyekutukan-Nya dengan seorang pun”. [Surah
al-Jinn: 20]
Allah
ta^ala berfirman:
فَلاَ تَدْعُوا مَعَ اللهِ أَحَدًا
Maknanya: “Maka janganlah kamu beribadah kepada seseorang
bersama Allah”. [Surah al-Jinn: 18]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ
Maknanya: “Doa
adalah ibadah”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
11. Adakah
perkataan al-du^a’ (الدعاء)
boleh diertikan dengan selain daripada makna ibadah?
Jawapan: Ya, Allah ta^ala berfirman:
لاَ تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ
بَعْضِكُمْ بَعْضًا
Maknanya: “Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu
seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain”. [Surah al-Nur:
63]
12. Apakah
hukum memanggil atau menyeru (النداء) seseorang nabi atau wali
meskipun bukan di hadapan mereka, dan apakah hukum meminta
daripada seseorang nabi atau wali akan sesuatu yang dari segi kebiasaannya
tidak berlaku ?
Jawapan: Perkara sedemikian boleh dilakukan kerana perbuatan seperti itu
tidak pernah dianggap peribadatan atau penyembahan kepada selain Allah. Ucapan
"Wahai Rasulullah!" semata-mata bukanlah penyekutuan dengan Allah.
Ini kerana telah thabit bahawa Bilal ibn al-Harith
al-Muzani radiyaLlahu ^anhu (seorang sahabat Baginda sallaLlahu
^alayhi wasallam) mendatangi maqam (kubur) Rasulullah sallaLlahu ^alayhi
wasallam ketika tahun kemarau pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar ibn
al-Khattab radiyaLlahu ^anhu. Kemudian Bilal berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ اسْتَسْقِ لأُمَّتِكَ
فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوا
Maknanya: “Wahai Rasulullah! Mohonlah (kepada Allah ta^ala)
agar air hujan diturunkan untuk umatmu, kerana sesungguh mereka telah mengalami
bencana”. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dan selainnya].
Amalan
Bilal di atas sama sekali tidak diingkari oleh Sayyidina Umar dan selain
beliau, bahkan mereka menilai perbuatan tersebut sebagai amalan yang baik.
Allah
ta^ala berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ
فَاسْتَغْفَرُوا اللهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللهَ
تَوَّابًا رَحِيمًا
Maknanya: “Sesungguhnya jika mereka ketika menzalimi diri
sendiri (dengan berbuat dosa) kemudian mereka mendatangimu lalu memohon
keampunan kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan keampunan buat mereka, nescaya
mereka mendapati bahawa Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
[Surah al-Nisa': 64]
Telah
thabit bahawa Ibn ^Umar radiyaLlahu ^anhuma
telah berkata: يا
محمد yang bermakna: "Wahai
Muhammad!" ketika beliau mengalami kelumpuhan di kakinya, selepas itu
beliau sembuh. Peristiwa ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari
dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad.
13. Jelaskan
makna istighathah dan isti^anah dengan
dalil.
Jawapan: Istighathah bererti meminta
pertolongan ketika kesempitan atau kesulitan, manakala makna isti^anah
lebih umum dan luas.
Allah
ta^ala berfirman:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَوةِ
Maknanya: “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang”.
[Surah al-Baqarah: 45]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
تَدْنُو الشَّمْسُ مِن رُءُوسِ النَّاسِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذِ اسْـتَغَاثُوا بِآدَمَ
Maknanya: “Pada hari kiamat matahari terlalu hampir dengan kepala
manusia. Ketika itu mereka meminta pertolongan kepada Nabi Adam
^alayhis-salam”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Dalam
hadis ini ada dalil bahawa meminta pertolongan kepada selain Allah taala itu
boleh dilakukan tetapi wajib beriktikad bahawa tidak ada yang boleh
mendatangkan bahaya dan tidak ada yang boleh memberikan manfaat secara
hakikatnya kecuali Allah.
14.
Bincangkan tentang tawassul dengan para nabi.
Jawapan: Tawassul dengan para nabi dibolehkan dengan ijma^
(kesepakatan) ulama. Tawassul ialah memohon kepada Allah akan kedatangan
suatu manfaat (kebaikan) atau penghindaran suatu mudarat (keburukan) dengan
menyebut nama seseorang nabi atau wali untuk memuliakan mereka disertai dengan
iktikad bahawa hakikatnya hanya Allah sahajalah yang mendatangkan mudarat dan
manfaat.
Allah
ta^ala berfirman:
وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ
Maknanya: “Kamu carilah perkara-perkara yang boleh mendekatkan
diri kamu dengan Allah”. [Surah al-Ma'idah: 35]
Dalam
satu hadis ada satu peristiwa yang disebutkan bahawa Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam mengajar seorang buta bertawassul dengan Baginda. Setelah
orang buta itu bertawassul bukan di hadapan Rasulullah sallaLlahu ^alayhi
wasallam, maka Allah mengembalikan penglihatannya semula. Hadis yang
menceritakan peristiwa ini diriwayatkan oleh al-Tabrani
dan beliau menghukumkan hadis tersebut sebagai sahih.
15.
Bincangkan tentang tawassul dengan para wali Allah.
Jawapan: Tidak ada seorang pun di kalangan orang-orang yang berada di jalan
kebenaran (Ahlu`l-Haqq) mencakupi generasi salaf dan generasi khalaf
yang berlainan daripada pendapat bahawa tawassul dengan para wali itu
dibolehkan.
Dalam
hadis disebutkan bahawa Sayyidina Umar bertawassul dengan al-^Abbas
(bapa saudara Nabi) dengan berkata:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ
بِعَمِّ نَبِيِّنَا
Maknanya: “Ya Allah kami bertawassul kepada-Mu dengan bapa
saudara Nabi kami (supaya Engkau menurunkan air hujan)”. [Diriwayatkan oleh
al-Bukhari].
16. Jelaskan makna Hadis al-Jariyah[2].
Jawapan: Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan
dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga
menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if).
Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih,
namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit.
Al-Imam
al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa
perkataan أَيْنَ
الله (Di mana Allah?) adalah suatu soalan
tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat.
Oleh
itu, makna perkataan Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam di atas ialah: "Apakah
peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya,
perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: "Sangat
tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh
berpegang bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam telah bertanya
kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh
berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.
Sayyidina
^Ali radiyaLlahu ^anhu wa karrama wajhah berkata:
لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ
Maknanya: “Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana
(tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat)”. [Disebutkan oleh
Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah]
Al-Imam
Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:
كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ
أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: “Dia (Allah) ada (azali) sebelum
(kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan)
tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala
sesuatu”.
Allah
ta^ala berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah
al-Shura: 11]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada
sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
selainnya]
17. Hukum orang yang mencaci Allah
adalah kafir. Jelaskan perkara ini dengan dalil.
Jawapan: Al-Qadi ^Iyad menaqalkan ijma^
(kesepakatan ulama mujtahidin) bahawa orang mencaci Allah adalah kafir meskipun
dalam keadaan marah, bergurau atau hati yang tidak lapang (tidak reda dengan
makian tersebut daripada ucapannya sendiri).
Allah
ta^ala berfirman:
ولَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا
نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِه كُنتُمْ
تَسْتَهْزِءُونَ(65)
لاَ تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَنِكَمْ
Maknanya: “Dan jika kamu bertanya kepada mereka (tentang perkara
yang mereka katakan itu), tentulah mereka akan menjawab: “sesungguhnya kami
hanya bergurau dan bermain-main sahaja”. Katakanlah (kepada mereka): “Apakah
terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu boleh memperolok-olokkan!
Tidak perlu kamu meminta maaf, sebenar kamu telah menjadi kafir setelah kamu
beriman”. [Surah al-Tawbah: 65-66]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ
لا يَرَى بِـهَا بَأْسـًا يَهْوِي بِـهَا فِي النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفـًا
Maknanya: “Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan
perkataan (yang memperolok-olokkan atau menghina Allah atau syariat-Nya) yang
dia tidak menganggapnya sebagai bahaya, (sedangkan perkataan tersebut) akan
menjerumuskannya ke (dasar) neraka (yang untuk sampai kepadanya) selama 70
tahun (diperlukan dan hanya dihuni oleh orang-orang kafir sahaja)”. [Diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi]
18. Apakah
dalil yang membolehkan ziarah kubur bagi lelaki dan perempuan?
Jawapan: Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
زُورُوا القُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُم
بِالآخِرَةِ
Maknanya: “Kamu ziarahilah kubur kerana sesungguhnya
ziarah kubur itu mengingatkan kamu kepada kehidupan akhirat”. [Diriwayatkan
oleh al-Bayhaqi]
19. Bagaimanakah cara untuk masuk
Islam?
Jawapan: Dengan pengucapan dua kalimah syahadah disertai dengan niat masuk
Islam, bukannya dengan pengucapan istighfar seperti: أستغفر الله. Jangan terkeliru dengan zahir firman Allah ta^ala
tentang Nabi Nuh ^alayhis-salam bahawa Baginda bersabda:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ
Maknanya: “Maka aku berkata: “Kamu pohonlah keampunan
daripada Tuhan kamu”. [Surah Nuh: 10]
Ini
kerana maknanya yang sebenar ialah bahawa Nabi Nuh ^alayhis-salam telah
mengajak kaum Baginda untuk masuk Islam dengan beriman kepada Allah dan Nabi-Nya
Nuh ^alayhis-salam supaya Allah mengampunkan mereka.
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى
يَشْهَدُوا أَن لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ
Maknanya: “Aku diperintahkan untuk memerangi umat manusia
sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan aku adalah utusan Allah”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan Muslim]
20. Jelaskan
hukum mengucapkan pujian buat Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam?
Jawapan: Pengucapan pujian buat Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam
dibolehkan dengan ijma^.
Allah
ta^ala berfirman:
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maknanya: “Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berperilaku
yang agung”. [Surah al-Qalam: 4]
Allah
ta^ala berfirman:
وَعَزَّرُوهُ وَنـَصَرُوهُ
Maknanya: “..dan mereka memuji dan membelanya
(Rasulullah)”. [Surah al-A^raf: 157]
Perkataan
عزّروه membawa makna memuji dan mengagungkan Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dinyatakan seperti
berikut:
إِنَّ بَعْضَ النِّسَاءِ مَدَحْنَ النَّبِيَّ
عَلَيْهِ السَّلامُ بِقَوْلِهِنَّ أَمَامَ النَّبِيِّ: "يَا حَبَّذَا مُحَمَّدٌ
مِن جَارٍ"
Maknanya: “Sesungguhnya sebahagian wanita ada memuji Nabi
^alayhis-salam di hadapan Baginda sendiri dengan kata-kata: "Oh!
Betapa mulianya Muhammad sebagai seorang jiran”.
Telah
thabit bahawa sangat ramai sahabat Nabi memuji Baginda seperti Hassan
ibn Thabit, al-^Abbas dan selain mereka, sedangkan
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam sendiri tidak mengingkari perkara
tersebut, bahkan Baginda menilainya sebagai perbuatan yang baik.
21. Bincangkan tentang siksaan
kubur.
Jawapan: Wajib beriman dengan siksaan kubur dan hukum ini thabit
dengan ijma^. Barangsiapa mengingkarinya maka dia
telah kafir.
Allah
ta^ala berfirman:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
Maknanya: “Neraka dinampakkan kepada mereka (orang-orang kafir
pengikut Firaun) pada waktu pagi dan petang (di alam barzakh), dan pada hari
berlakunya kiamat, (dikatakan kepada malaikat): “Masukkan keluarga Firaun ke
siksaan yang amat pedih”. [Surah Ghafir: 46]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
اسْتَعِيذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Maknanya: “Kamu mohonlah perlindungan dengan Allah dari siksaan
kubur”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
22. Apakah makhluk Allah yang
pertama?
Jawapan: Makhluk pertama ialah air. Allah ta^ala berfirman:
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ
Maknanya: “Dan kami telah menjadikan segala sesuatu
yang hidup daripada air”. [Surah al-Anbiya': 30]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
كُلُّ شَيْءٍ خُلِقَ مِنَ الْمَاءِ
Maknanya: “Setiap sesuatu diciptakan daripada air”. [Diriwayatkan
oleh Ibn Hibban]
23. Bincangkan tentang
bahagian-bahagian bid^ah dan apakah dalil yang menunjukkan
bahawa bid^ah hasanah itu ada?
Jawapan: Bid^ah dari segi bahasa ialah setiap perkara yang
diadakan tanpa ada contoh sebelumnya, manakala dari segi istilah pula bid^ah
terbahagi kepada dua, iaitu bid^ah huda dan bid^ah
dalalah.
Allah
ta^ala berfirman:
وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا
عَلَيْهِمْ إِلاَّ ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللهِ
Maknanya: “…dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah sedangkan kami
tidak mewajibkannya kepada mereka melainkan (mereka sendiri yang
mengada-adakannya) untuk mencari keredaan Allah”. [Surah al-Hadid:
27]
Allah
memuji perbuatan para pengikut Nabi ^Isa ^alayhis-salam yang
muslim kerana mereka menjauh dan memutuskan diri mereka daripada kesukaan nafsu
syahwat yang tidak diwajibkan ke atas mereka semata-mata kerana menagih
keredaan Allah.
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
مَن سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً
فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِن بَعْدِهِ
Maknanya: “Barangsiapa yang merintis (memulai) dalam Islam suatu
perbuatan yang baik, maka dia mendapat pahala perbuatan tersebut dan pahala
orang-orang yang melakukan perbuatan itu selepasnya”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Para sahabat Nabi
dan generasi muslim selepas mereka banyak melakukan perkara-perkara baru yang
baik dalam agama dan umat Islam menerima perkara itu seperti membina mihrab
(tempat sembahyang imam di masjid), azan kedua bagi sembahyang Jumaat,
meletakkan titik di dalam mushaf dan amalan Maulid Nabi.
24. Bincangkan tentang sihir.
Jawapan: Melakukan sihir adalah haram. Allah ta^ala berfirman:
وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ
كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
Maknanya: “Dan Nabi Sulaiman tidaklah kafir, tetapi
syaitan-syaitan itulah yang kafir, hal keadaan mereka mengajar sihir kepada
manusia (dengan meyakini perkara ini sebagai suatu yang halal dan boleh)”. [Surah
al-Baqarah: 102]
Dalam
satu hadis ada dinyatakan:
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ. قِيلَ:
مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: الشِّرْكُ وَالسِّحْرُ...
Maknanya: Nabi sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda: “Kamu
hendaklah menjauhi tujuh perkara yang membinasakan”. Baginda ditanya: “Apakah
tujuh perkara itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Menyekutukan Allah,
sihir…”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
25. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa orang yang melempar lembaran yang mengandungi nama Allah ke tempat kotor
dengan maksud perlecehan atau penghinaan itu kafir?
Jawapan: Tidak boleh melempar suatu lembaran atau kertas yang mengandungi nama Allah ke tempat
kotor atau menjijikkan. Orang yang berbuat demikian dengan maksud perlecehan
atau penghinaan itu adalah kafir.
Allah
ta^ala berfirman:
قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِه كُنتُمْ
تَسْتَهْزِءُونَ(65) لاَ تَعْتَذِرُوا
قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَنِكَمْ
Maknanya: “…Katakanlah (wahai Muhammad kepada
mereka): "Apakah terhadap Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu boleh
memperolok-olokkan! Tidak perlu kamu meminta maaf, sebenar kamu telah menjadi
kafir setelah kamu beriman”. [Surah al-Tawbah: 65-66]
Ibn
^Abidin berkata:
وَيَكْفُرُ مَن رَمَى الْمُصْحَفَ فِي الْقَاذُورَاتِ
وَلَوْ لَمْ يَقْصِدِ الاسْتِخْفَافَ لأَنَّ فِعْلَهُ يَدُلُّ عَلَى الاسْتِخْفَافِ
Maknanya: “Dan orang (sengaja) melempar mushaf ke
tempat kotor atau menjijikkan terkeluar dari Islam meskipun dia tidak bermaksud
untuk memperleceh atau menghina kerana perbuatannya itu menunjukkan penghinaan
atau perlecehan”.
26. Apakah hukum bernazar?
Jawapan: Boleh bernazar dalam perkara ketaatan kepada Allah atau pendekatan
diri kepada rahmat Allah dan wajib memenuhi nazar tersebut. Adapun nazar dalam
perkara yang diharamkan oleh Allah maka hukumnya haram dan tidak wajib
dipenuhi.
Allah
ta^ala berfirman:
يُوفُونَ بِالنَّذْرِ
Maknanya: “Mereka (sentiasa) memenuhi nazar”. [Surah
al-Insan: 7]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
مَن نَذَرَ أَن يُطِيعَ اللهَ فَلْيُطِعْهُ,
وَمَن نَذَرَ أَن يَعْصِيَهُ فَلا يَعْصِهِ
Maknanya: “Barangsiapa bernazar untuk mentaati Allah
maka hendaklah dia mentaatinya, dan barangsiapa bernazar untuk bermaksiat
kepada-Nya maka janganlah dia bermaksiat kepada-Nya”. [Diriwayatkan oleh
al-Bukhari]
27. Apakah
dalil yang menunjukkan bahawa suara perempuan itu bukan aurat?
Jawapan: Allah ta^ala berfirman:
وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفًا
Maknanya: “Dan katakanlah (wahai isteri-isteri Nabi) dengan
perkataan yang baik”. [Surah al-Ahzab: 22]
Al-Ahnaf
ibn Qays berkata:
سَمِعْتُ الْحَدِيثَ مِن فِي أَبِي بَكْرٍ
وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ فَمَا سَمِعْتُهُ كَمَا سَمِعْتُهُ مِن فِي عَائِشَةَ
(فِي أي: فَمٌ)
Maknanya: “Aku telah mendengar hadis dari mulut Abu
Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Dan aku tidak pernah mendengar hadis sebagaimana
aku telah mendengarnya dari mulut ^A'ishah”. [Diriwayatkan
oleh al-Hakim dalam kitab beliau al-Mustadrak]
28. Bincangkan tentang sifat Kalam
Allah.
Jawapan: Allah bersifat kalam (berkata-kata) tidak seperti kalam kita. Sifat
kalam-Nya bukanlah suatu huruf, suatu suara dan suatu bahasa.
Allah ta^ala berfirman:
وَكَلَّمَ اللهُ مُوسَى تَكْلِيمًا
Maknanya: “Dan Allah benar-benar memperdengarkan kalam-Nya
kepada Musa”. [Surah al-Nisa': 164]
Al-Imam
Abu Hanifah berkata dalam kitab beliau al-Fiqh al-Absat:
وَيَتَكَلَّمُ لاَ كَكَلاَمِنَا وَنَحْنُ
نَتَكَلَّمُ بِالآلاَتِ وَالْحُرُوفِ وَالْمَخَارِجِ وَاللهُ تَعَالَى مُتَكَلِّمٌ
بِلاَ ءَالَةٍ وَلاَ حُرُوفٍ
Maknanya: “Dan Allah bersifat kalam yang tidak seperti sifat
kalam kita, dan kita berbicara atau berkata-kata dengan anggota percakapan,
huruf dan tempat keluar huruf sedangkan Allah berkata-kata tanpa suatu alat dan
suatu tempat keluar huruf”.
29. Apakah makna firman Allah: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى [Surah Taha: 5]?
Jawapan: Al-Imam Malik berkata:
اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلا يُقَالُ
عَنْهُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوعٌ
Maknanya: “Allah istawa (استوى)
seperti yang Dia mensifatkan Zat-Nya, tidak boleh dikatakan bagaimana tentangnya
(istawa), dan persoalan bagaimana itu mustahil bagi-Nya”.
Bagaimana
(bentuk) adalah sifat makhluk dan antara sifat makhluk ialah duduk, mendiami,
bertempat dan berpihak.
Al-Imam
al-Qushayri berkata:
اسْتَوَى أي حَفِظَ وَقَهَرَ وَأَبْقَى
Maknanya: “Istawa bererti menjaga, menguasai
dan menetapkan”.
Tidak
boleh beriktikad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana
pegangan ini adalah akidah Yahudi dan di dalam akidah ini terdapat pendustaan
terhadap firman Allah ta^ala ini:
فَلاَ تَضْرِبُوا لله الأَمْثَالَ
Bermaksud: “Maka janganlah kamu mengadakan sebarang persamaan
bagi Allah”. [Surah al-Nahl, ayat 74]
Allah
ta^ala berfirman:
وَبَرَزُوا للهِ الْواحِدِ الْقَهَّارِ
Maknanya: “Dan mereka berkumpul untuk dihisab oleh
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Menundukkan dan Menguasai”. [Surah Ibrahim:
48]
Sayyidina
^Ali radiyaLlahu ^anhu wakarrama wajhah berkata:
إِنَّ اللهَ خَلَقَ الْعَرْشَ إِظْهَارًا
لِقُدْرَتِهِ وَلَمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ
Maknanya: “Sesungguhnya Allah menciptakan arasy untuk
menampakkan kekuasaan-Nya dan bukanlah Allah mengambilnya sebagai suatu tempat
bagi zat-Nya”. [Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi]
30. Bincangkan tentang Qadar.
Jawapan: Segala sesuatu yang terjadi di alam ini terdiri daripada kebaikan
dan keburukan, ketaatan dan kemaksiatan serta keimanan dan kekufuran adalah
dengan takdir, kehendak dan ilmu Allah. Kebaikan, keimanan dan ketaatan
ditentukan dengan takdir Allah dengan kesukaan dan keredaan-Nya. Manakala
kejahatan, kemaksiatan dan kekufuran ditentukan dengan takdir Allah tanpa
kesukaan dan keredaan-Nya. Namun takdir Allah yang merupakan sifat-Nya yang
azali dan abadi itu tidak boleh disifatkan dengan kejahatan atau keburukan.
Allah ta^ala
berfirman:
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maknanya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan segala
sesuatu dengan suatu ukuran (ketentuan)”. [Surah al-Qamar: 49]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ حَتَّى الْعَجْزُ
وَالْكَيسُ
Maknanya: “Segala sesuatu (terjadi) dengan suatu ukuran (ketentuan
Allah) meskipun kebodohan dan kepintaran”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
31. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa seorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan itu haram?
Jawapan: Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
لأَن يُطْعَنَ أَحَدُكُم بِحَدِيدَةٍ فِي
رَأْسِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَن يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
Maknanya: “Jika salah seorang di kalangan kamu ditusuk dengan
suatu besi di kepalanya, maka itu lebih ringan baginya daripada (disiksa
kerana) menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya”. [Diriwayatkan
oleh al-Daraqutni]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
زِنَى الْيَدَيْنِ الْبَطْشُ
Maknanya: “Dan zina kedua tangan itu ialah sentuhan”. [Diriwayatkan
oleh al-Bukhari]
32. Bincangkan tentang pembacaan
al-Quran untuk orang yang telah meninggal dunia.
Jawapan: Pembacaan al-Quran untuk
orang Islam yang telah meninggal dunia dibolehkan.
Allah
ta^ala berfirman:
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ
Maknanya: “Dan kamu lakukanlah kebaikan”. [Surah al-Hajj:
77]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس
Maknanya: “Kamu bacalah Surah Yasin untuk orang
yang telah meninggal dunia di kalangan kamu”. [Diriwayatkan dan disahihkan
oleh Ibn Hibban]
Ahlu`l-Haqq
(Ulama Ahli`s-Sunnah wa`l Jama^ah) berijma^
bahawa pembacaan al-Quran untuk orang yang telah meninggal dunia dibolehkan dan
ada manfaatnya.
Al-Imam
al-Shafi^i berkata:
لَوْ قَرَءُوا عِندَ قَبْرِهِ شَيْئًا مِنَ
الْقُرْءَانِ كَانَ حَسَنًا وَلَوْ قَرَءُوا الْقُرْءَانَ كُلَّهُ كَانَ أَحْسَنَ
Maknanya: “Jika mereka membaca sesuatu dari al-Quran
di sisi kubur seorang muslim maka itu suatu perkara yang baik. Jika mereka membaca
seluruh al-Quran maka itu lebih baik”. [Dinaqalkan
oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitab beliau Riyadu`s –Salihin]
33. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa orang yang telah meninggal dunia boleh mendapat manfaat dengan sedekah?
Jawapan: Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انقَطَعَ عَمَلُهُ
إِلا مِن ثَلاثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maknanya: “Apabila seseorang anak Adam meninggal
dunia maka amal perbuatannya (yang dapat terus mengalirkan pahala untuknya)
terputus kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak soleh yang akan mendoakan untuknya”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Ketiga-tiga
perkara tersebut adalah antara perkara yang boleh diambil manfaat oleh seorang
muslim yang telah meninggal dunia kerana perkara-perkara itu menjadi sebab
dalam hal ini.
Demikian
juga Allah ta^ala berfirman:
وَأَن لَيْسَ لِلإِنسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى
Maknanya: “Dan sesungguhnya tiada (balasan) bagi manusia
melainkan (berdasarkan) apa yang telah diusahakan”. [Surah al-Najm: 39]
Yakni kebaikan
yang telah dilakukan oleh si mati sendiri bermanfaat baginya, manakala kebaikan
orang lain untuk si mati yang bukan perbuatannya sendiri itu pula bermanfaat
baginya dengan anugerah dan kelebihan Allah ke atasnya. Contohnya solat jenazah
yang bukannya perbuatan si mati tetapi dia yang dapat manfaat dengan solat
tersebut.
Demikian
juga doa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam untuk orang lain. Doa
itu bukanlah perbuatan orang yang didoakan tetapi dia mendapat manfaat dengan
doa Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam itu, seperti doa Baginda sallaLlahu
^alayhi wasallam untuk Ibn ^Abbas radiyaLlahu ^anhuma:
اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ وَتَأْوِيلَ
الْكِتَابِ
Maknanya: “Ya Allah! Kurniakanlah baginya ilmu hikmah
dan ilmu takwil al-Quran”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
34. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa Qiyam Ramadan (Solat Tarawih) boleh dilakukan lebih dari
11 rakaat?
Jawapan: Allah ta^ala berfirman:
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maknanya: “Dan kamu lakukanlah kebaikan supaya kamu berjaya”.
[Surah al-Hajj: 77]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا
خَشِيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ فَلْيُوتِرْ بِرَكْعَةٍ
Maknanya: “Solat malam itu dilakukan dua rakaat dua
rakaat. Apabila ada di kalangan kamu bimbang masuk waktu subuh maka lakukanlah
solat Witir satu rakaat”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
الصَّلاةُ خَيْرُ مَوْضُوعٍ فَمَن شَاءَ
اسْتَقَلَّ وَمَن شَاءَ اسْتَكْثَرَ
Maknanya: “Solat adalah suatu amalan paling baik, maka
barangsiapa yang mahu maka dia boleh menyedikitkan bilangan rakaatnya dan
barangsiapa mahu maka dia boleh memperbanyakkan bilangan rakaatnya”[3].
[Diriwayatkan oleh Muslim].
35. Apakah
dalil yang menunjukkan bahawa boleh menggunakan rebana?
Jawapan: Terdapat satu hadis yang berbunyi:
أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ لِلرَّسُولِ: إِنِّي
نَذَرْتُ إِن رَدَّكَ اللهُ سَالِمًا أَنْ أَضْرِبَ بِالدُّفِّ بَيْنَ يَدَيْكَ, قَالَ:
إِن كُنتِ نَذَرْتِ فَأَوْفِي بِنَذَرِكِ
Maknanya: “Bahawa ada seorang perempuan berkata
kepada Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam: “Sesungguhnya aku telah bernazar untuk memukul rebana di
hadapanmu jika Allah mengembalikanmu dalam keadaan selamat”. Baginda sallaLlahu
^alayhi wasallam pun bersabda: “Jika engkau telah bernazar maka penuhilah
nazarmu itu”. [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]
36. Siapakah
nabi dan rasul yang pertama?
Jawapan: Nabi dan rasul yang pertama ialah Adam ^alayhis-salam.
Allah
ta^ala berfirman:
إِنَّ اللهَ اصْطَفَى ءَادَمَ وَنـــُوحًا
Maknanya: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam,
Nuh…(sebagai nabi)”. [Surah Al ^Imran: 33]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
ءَادَمُ فَمَن سِوَاهُ مِنَ الأَنبِيَاءِ
تَحْتَ لِوَائِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maknanya: “Adam dan selainnya dari kalangan para nabi berada di
bawah panjiku pada hari kiamat”. [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi]
37. Apakah
sifat wajib bagi para nabi dan sifat mustahil bagi mereka?
Jawapan: Para nabi wajib
(pasti pada akal) bersifat benar, amanah, pintar, terpelihara dari perbuatan
tercela, berani, fasih atau petah berbicara. Mereka mustahil bersifat dusta,
khianat, kecelaan, zina, semua dosa besar dan kekufuran sebelum kenabian dan
selepas kenabian.
Allah
ta^ala berfirman:
وَكُلاًّ فَضَّلْنَا عَلَى الْعَالَمِينَ
Maknanya: “Dan semuanya (para nabi itu) kami
melebihkan darjat mereka ke sekalian makhluk”. [Surah al-An^am:
86]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
مَا بَعَثَ اللهُ نَبِيًّا إِلاَّ حَسَنَ
الْوَجْهِ حَسَنَ الصَّوْتِ
Maknanya: “Allah tidak mengutus seorang nabi pun
melainkan tampan rupanya dan merdu suaranya”. [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi]
38. Apakah
makna firman Allah ta^ala: لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [Surah
al-Ikhlas: 3]?
Jawapan: Makna firman Allah di atas ialah Allah tidak berasal dari sesuatu
dan tidak ada suatu pun yang menjadi pecahan daripada-Nya (seperti Dia tidak
beranak). Oleh itu, Allah tidak menempati sesuatu, tiada suatu pun yang terbahagi
atau terpecah dari-Nya (sesuatu menjadi suatu juzuk daripada-Nya) dan tiada
suatu pun yang menempati-Nya.
Al-Imam
Ja^far al-Sadiq berkata:
مَن زَعِمَ أَنَّ اللهَ فِي شَيْءٍ أَوْ
مِن شَيْءٍ أَوْ عَلَى شَيْءٍ فَقَدْ أَشْرَكَ
Maknanya: “Barangsiapa yang beranggapan bahawa Allah
di dalam sesuatu, daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia
telah menjadi musyrik”. [Diriwayatkan oleh al-Qushayri dalam al-Risalah
al-Qushayriyyah]
39. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa boleh berselawat ke atas Nabi sallaLlahu
^alayhi wasallam selepas azan?
Jawapan: Boleh berselawat ke atas Nabi sallaLlahu ^alayhi wasallam selepas
azan dan tidak perlu hiraukan orang yang mengharamkannya.
Allah
ta^ala berfirman:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتــَهُ يُصَلُّونَ عَلَى
النَّبِىِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
تَسْلِيمًا
Maknanya: “Sesunggunya Allah dan para malaikat berselawat ke
atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah ke atas Nabi dan
ucapkanlah salam kepadanya sungguh-sungguh”. [Surah al-Ahzab: 56]
Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا
كَمَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ
Maknanya: “Apabila kamu mendengar muazzin
(mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang diucapkannya kemudian
berselawatlah ke atasku”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
مَن ذَكَرَنِي فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ
Maknanya: “Barangsiapa yang menyebutku[4]
maka hendaklah berselawat ke atasku”. [Diriwayatkan oleh al-Hafiz
al-Sakhawi]
40. Apakah
maksud riddah? Dan berapakah bahagiannya?
Jawapan: Riddah ialah terputusnya keislaman
dengan sebab kekufuran. Riddah terbahagi kepada tiga bahagian:
1.
Riddah Qawliyyah (perkataan) seperti mencaci atau memaki Allah atau para nabi atau
Islam meskipun dalam keadaan marah.
2.
Riddah Fi^liyyah (perbuatan) seperti melempar mushaf al-Quran ke tempat-tempat yang
kotor dan memijak mushaf al-Quran.
3.
Riddah Qalbiyyah (hati) seperti beriktikad bahawa Allah itu adalah suatu jisim atau
benda atau roh atau bahawa Dia duduk atau bersemayam di atas Arasy atau bahawa
Dia mendiami atau berada langit atau di setiap tempat dengan zat-Nya atau
berpegang bahawa Dia berada di suatu penjuru atau pihak.
Allah
ta^ala berfirman:
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ
إِسْلاَمِهِمْ
Maknanya: “Dan sebenarnya mereka telah mengatakan
perkataan kufur dan mereka telah kafir setelah keislaman mereka”. [Surah
al-Tawbah: 74]
Allah
ta^ala berfirman:
لاَ تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ
Maknanya: "Janganlah kamu sujud kepada matahari
dan bulan". [Surah Fussilat: 37]
Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ
مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ
Maknanya: “Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba
mengucapkan perkataan (yang menghina Allah, para nabi atau syariat-Nya) yang
dia tidak menganggapnya sebagai bahaya, (sedangkan perkataan itu) boleh
menjerumuskannya ke dalam (dasar) neraka (yang kedalamannya) lebih jauh
daripada jarak di antara timur dan barat”. [Diriwayatkan Muslim dan al-Bukhari]
41. Apakah
dalil yang menunjukkan boleh menyambut Maulid Nabi?
Jawapan: Allah ta^ala berfirman:
وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maknanya: “Dan kamu lakukanlah kebaikan supaya kamu berjaya”.
[Surah al-Hajj: 77]
Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam bersabda:
مَن سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً
فَلَهُ أَجْرُهَا
Maknanya: “Barangsiapa yang merintis (memulai) dalam Islam
suatu perbuatan yang baik, maka dia mendapat pahala perbuatan tersebut…”. [Diriwayatkan
oleh Muslim]
42. Apakah maksud sabda Rasulullah
sallaLlahu ^alayhi wasallam: إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا
اسْتَعَنتَ فَاسْتَعِن بِاللهِ?
Jawapan: Makna hadis ini termasuk dalam bab keutamaan iaitu bahawa yang
paling utama dimohon dan diminta pertolongan adalah Allah. Namun hadis ini
tidak pula bermakna: "Jangan kamu memohon dan meminta pertolongan
kepada selain Allah". Hal ini sama seperti hadis yang diriwayatkan
oleh Ibn Hibban:
لا تُصَاحِبْ إِلا مُؤمِنًا وَلا يَأْكُلْ
طَعَامَكَ إِلا تَقِيٌّ
Maknanya: “Janganlah engkau bersahabat melainkan
dengan orang yang beriman dan janganlah makananmu dimakan melainkan oleh orang
yang bertaqwa”.
Hadis
di atas bermakna bahawa orang yang paling utama untuk diberikan makanan ialah
orang yang bertaqwa dan orang yang paling utama untuk dijadikan sahabat atau
kawan ialah orang yang beriman. Hadis tersebut tidak membawa makna bahawa haram
memberi makanan kepada orang yang tidak bertaqwa dan haram bersahabat dengan
orang bukan mukmin.
Sesungguhnya
Allah memuji orang Islam di dalam al-Quran dengan firman-Nya:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا
وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Maknanya: "Dan mereka memberikan makanan mereka
kerana Allah kepada orang miskin, anak yatim dan orang (kafir yang menjadi)
tawanan". [Surah al-Insan: 8]
Sebenarnya
di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim ada diceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam sebuah
gua memohon kepada Allah agar mereka dapat keluar dari gua itu dengan wasilah
amal soleh mereka, kemudian Allah melepaskan mereka dari terperangkap.
43. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa kaum lelaki dan kaum perempuan dibolehkan untuk menziarahi makam Nabi sallaLlahu
^alayhi wasallam?
Jawapan: Ziarah makam Nabi sallaLlahu ^alayhi wasallam disunatkan
dengan ijma^ seperti yang dinaqalkan oleh al-Qadi
^Iyad dan al-Nawawi.
Allah ta^ala berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ
فَاسْتَغْفَرُوا اللهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللهَ
تَوَّابًا رَحِيمًا
Maknanya: "Sesungguhnya
jika mereka ketika menzalimi diri sendiri (dengan berbuat dosa) kemudian mereka
mendatangimu lalu memohon keampunan kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan keampunan
buat mereka, nescaya mereka mendapati bahawa Allah adalah Maha Penerima Taubat
lagi Maha Penyayang". [Surah al-Nisa': 64]
Rasulullah sallaLlahu
^alayhi wasallam bersabda:
مَن زَارَ قَبْرِي وَجَبَتْ لَهُ شَفَاَعَتِي
Maknanya: "Barangsiapa yang menziarahi makamku
maka pasti dia mendapat syafaatku". [Diriwayatkan oleh al-Daruqutni
dan dinilai sebagai kuat oleh al-Hafiz al-Subki]
Adapun
hadis yang berbunyi:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاثَةِ
مَسَاجِدَ
Maknanya (yang zahir): "Tidak boleh bersungguh-sungguh untuk
melakukan perjalanan kecuali perjalanan ke tiga masjid (al-Masjid al-Haram,
Masjid Nabawi, al-Masjid al-Aqsa)".
Makna
sebenar hadis di atas ialah barangsiapa yang mahu bermusafir dengan tujuan
mendirikan solat di suatu masjid maka sepatutnya dia pergi bermusafir ke tiga
masjid yang berkenaan kerana bersembahyang di dalam masjid-masjid tersebut
melipatgandakan pahala. Anjuran atau saranan di dalam hadis tersebut sebagai
sunat bukannya wajib. Oleh itu, hadis tersebut dikhususkan dengan perjalanan
dengan tujuan solat dan tidak dinyatakan pula di dalam hadis tersebut bahawa
tidak boleh menziarahi makam Nabi sallaLlahu ^alayhi wasallam.
44. Apakah
dalil yang menunjukkan boleh mengambil berkat (tabarruk)?
Jawapan: Perbuatan mengambil berkat dengan Nabi sallaLlahu ^alayhi
wasallam dan bekas atau peninggalan Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam
dibolehkan. Allah ta^ala berfirman tentang Nabi Yusuf ^alayhis-salam:
اذْهَبُوا بِقَمِيصِى هّذّا فَاَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ
أَبِى يَأْتِ بَصِيرًا
Maknanya: "Kamu pergilah membawa bajuku ini kemudian
letakkanlah baju ini di wajah ayahku nescaya dia boleh melihat kembali". [Surah
Yusuf: 93]
Satu
hadis menyatakan:
الرَّسُولُ قَسَّمَ شَعْرَهُ وَوَزَّعَهُ
بَيْنَ النَّاسِ لِيَتَبَرَّكُوا بِهِ
Maknanya: "Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam
membahagi-bahagikan dan mengedarkan rambutnya di kalangan orang ramai supaya
mereka mengambil berkat dengan rambut itu". [Diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan Muslim]
45. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa boleh memakai tangkal (hirz) yang mengandungi ayat
al-Quran dan seumpamanya dan tidak mengandungi kata-kata, rajah-rajah atau
angka-angka (yang tidak difahami atau tidak jelas maknanya) yang diharamkan?
Jawapan: Allah ta^ala berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
لِلْمُؤْمِنِينَ
Maknanya: “Dan kami menurunkan suatu dari al-Quran itu sebagai
penawar atau penyembuhan dan sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman”. [Surah
al-Isra': 82]
Satu
hadis menyatakan:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنُ عَمْرُو: كُنَّا
نُعَلِّمُ صِبْيَانَنَا الآيَاتِ مِنَ الْقُرْءَانِ وَمَن
لَمْ يَبْلُغْ نَكْتُبْهَا عَلَى وَرَقَةٍ وَنُعَلِّقُهَا عَلَى صَدْرِهِ
Maknanya: “Abdullah ibn ^Amr berkata: "Kami
pernah mengajar beberapa ayat al-Quran kepada anak-anak kecil kami, manakala
anak yang belum baligh pula kami menulis ayat-ayat tersebut di atas suatu
kertas dan menggantungkannya di atas dadanya”. [Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi]
46. Bincangkan tentang dhikru`llah
(menyebut nama Allah) ketika mengiringi jenazah?
Jawapan: Menyebut nama Allah ketika mengiringi jenazah hukumnya boleh tanpa
ada khilaf.
Allah
ta^ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُوا اللهَ
ذِكْرًا كَثِيرًا
Maknanya: “Wahai orang-orang yang beriman! Berzikirlah
(sebutlah) nama Allah dengan suatu zikir (sebutan) yang banyak”. [Surah al-Ahzab:
41]
Allah
ta^ala berfirman:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maknanya: “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadaan berbaring”. [Surah Al ^Imran:
191]
Satu
hadis menyatakan:
كَانَ رَسُولُ اللهِ يَذْكُرُ اللهَ عَلَى
جَمِيعِ أَحْوَالِهِ
Maknanya: “Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam
berzikir (mengingati) Allah dalam setiap keadaan”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
47. Bincangkan tentang takwil.
Jawapan: Takwil ialah mengeluarkan nas (al-Quran dan Hadis) dari kefahaman
zahirnya. Takwil dibolehkan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang
zahirnya membawa kekeliruan bahawa Allah mempunyai anggota tangan atau anggota
muka, atau bahawa Dia duduk di atas arasy atau mendiami di sesuatu arah atau
pihak, atau bahawa Dia disifatkan dengan suatu sifat daripada sifat-sifat
makhluk.
Allah
ta^ala berfirman:
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللهُ
وَالرَّاسِخُونَ فى الْعِلْمِ
Maknanya: “Dan tidak ada yang mengetahui tentang takwilnya
(ayat-ayat mutashabihat) kecuali Allah dan orang-orang mendalam ilmunya”. [Surah
Al ^Imran: 7]
Dalam
suatu hadis diriwayatkan bahawa Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam telah
berdoa untuk Ibn ^Abbas radiyaLlahu ^anhuma, iaitu:
اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ وَتَأْوِيلَ
الْكِتَابِ
Maknanya: “Ya Allah! Kurniakanlah baginya ilmu hikmah
dan ilmu takwil al-Quran”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibn Hibban
dan al-Hafiz Ibn al-Jawzi]
48. Apakah dalil yang menunjukkan
bahawa iman adalah syarat penerimaan segala amal soleh?
Jawapan: Allah ta^ala berfirman:
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ
أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ
يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
Maknanya: “Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh dari
kalangan lelaki atau perempuan sedang dia seorang yang beriman (ertinya ini
sebagai syarat), maka mereka itu akan memasuki syurga dan mereka tidak akan
dianiaya sama sekali”. [Surah al-Nisa': 124]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi
wasallam bersabda:
أَفْضَلُ الأَعْمَالِ إِيمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ
Maknanya: “Perbuatan atau amalan yang paling utama (secara
mutlaknya) ialah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya”. [Diriwayatkan oleh
al-Bukhari]
49. Apakah makna firman Allah
ta^ala : كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ [Surah
al-Qasas: 88]?
Jawapan: Al-Imam al-Bukhari mentakwil firman Allah إِلاَّ وَجْهَهُ daripada ayat di atas
dengan katanya:
إِلاَّ مُلْكَهُ
Maknanya: “kecuali kekuasaan-Nya”.
Al-Imam
Sufyan al-Thawri berkata:
إِلاَّ مَا أُرِيدَ بِهِ وَجْهَ اللهِ
أَيْ الأَعْمَالَ الصَّالِحَةَ
Maknanya: “…kecuali sesuatu yang bertujuan untuk mendapatkan
reda Allah iaitu amal soleh”.
50. Apakah makna firman Allah
ta^ala: ءَأَمِنتُمْ
مَن فِى السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ [Surah al-Mulk: 16]?
Jawapan: Seorang ahli tafsir al-Fakhr al-Razi dalam kitab
tafsirnya dan Abu Hayyan al-Andalusi dalam kitab
tafsirnya al-Bahr al-Muhit:
الْمُرَادُ بِـ(مَن فِى
السَّمَاءِ) الْمَلائِكَةُ
Maknanya: “Yang dimaksudkan dengan مَن فِى السَّمَاءِ (yang berada di langit) ialah para malaikat”.
Oleh
itu, yang dimaksudkan dalam ayat tersebut bukanlah bahawa Allah berada atau
mendiami langit.
51. Apakah makna firman Allah ta^ala: وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا
بِاَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ [Surah al-Dharriyyat:
47]?
Jawapan: Ibn ^Abbas radiyaLlahu ^anhuma berkata:
( بِاَيْدٍ) أَيْ بِقُدْرَةٍ
Maknanya: “(yang maksudkan dengan) 7
بِاَيْدٍ
ialah dengan kekuasaan”.
Oleh
itu, yang dimaksudkan dengan perkataan yad (يد ) dari segi bahasa Arab dalam konteks
ayat di atas bukanlah anggota tangan kerana Allah Maha Suci dari sifat demikian
(sifat beranggota).
[1]
Persoalan bagaimana atau cara
hanya layak diajukan tentang sifat makhluk kerana ia merujuk kepada suatu
bentuk, pergerakan dan perubahan sifat. Oleh itu, Allah Maha Suci dari sebarang
persoalan bagaimana kerana ia melibatkan sifat makhluk.
[2]
Hadis al-Jariyah
sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan
dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim
dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim
al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud
dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit
al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu'minah, al-Imam
Malik dalam kitabnya al-Muwatta', Bab Ma Yajuz
Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam
al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban
dan lain-lain lagi.
[3] Solat yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah solat sunat atau
nafil bukannya solat fardu
[4] Meliputi sama ada setelah seseorang
itu menyebut, mendengar atau menulis nama, gelaran dan kata ganti nama
Baginda صلى الله عليه وسلم.