.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, April 14, 2015

PERJALANAN YANG PERTAMA KE NEGERI SYAM

FIQH AL-SIRAH 

Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti 


Dalam usia dua betas tahun bapa saudara Baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke Negen Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan
“Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira”, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani (Kristian). memerhati Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya: “Budak ini anak tuan hambakah? Lantas dijawab oleh Abi Talib; Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku. Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih dan sayang kepada RasuluLlah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan; “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.” Abu Talib menjawab; “Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya”. Paderi tadi menambah; “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala—galanya tercatat dalam Injil dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.” Maka Abu Talib pun segeralah pulang ke Mekah bersama RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam.
(1) Diringkaskan dan Sirah Ibnu Hisham: 1/180, dan diriwayatkan juga oleh Al-Tabari dalarn “Tarikh AlTabari”: 2/287, juga oleh Al-Baihaqi dalam Al-Sunan, juga oleh Abu Na’im dalam “A1-Hulliyah”. Kedapatan serba sedikit kelainan huraian dalam masing.
Selepas itu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Bagmda mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. RasuluLlah SallaLlahi ‘alaihi Wasallam menceritakan:yang bererti
“Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa Karat sahaja. “masing riwayat, cuma Tirmizi saja yang menghuraikan riwayat ini secara panjang, mungkin beiau melalui sanad-sanad yang mudah difaham, beliau berkata: bahawa riwayat ini adalah “Hadits Hasan Gharib” tidak kita ketahuinya melainkan dengan cara ini”. Mengenai riwayat ini kata Abdul Rahman Bin Ghazwan dalam “Al-Mizan”:“Dalam riwayat ini ada beberapa perkara yang boleh ditolak, Malik telah menolak cerita dan Yunus Bin lshaq bahawa di masa dalam perjalanan ke Syam bersama Abu Talib, baginda Nabi sudah hampir baligh” Kata Ibnu Saiyidun-Nas pula dalam “Al Matan”: ada sesuatu yang boleh di tolak” (Rujuk” ‘Uyunul-Atsar” 1/43.) tetapi yang menjadi ganjil ialah Syeikh Nasir al-Din Al-Albarn yang berkata mengenai ini dalam Fiqhus-Sirah karangan Al-Ghazali: bahawa sanad-sanad riwayat ini adalah sahih Riwayat A1-Bukhari.
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan RasuluLlah SallaLlahu ‘alathi Wasallam. Oleh itu Baginda tidak pemah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan hal ini Bagmda sendiri telah menceritakan kepada kita mathumnya:
“Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu wata ‘ala. Lepas itu aku tak ingat ingat lagi hinggalah aku diutuskan. Di suatu ketika aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain di mana aku telah meminta beiau agar tolong melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi melihat-lihat di kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah ke rumah pertama di Kota Makkah dan aku mendengar permainan lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu. Orang memberitahuku bahawa itulah keramalan dan pesta. Aku pun duduk hedak mendengar tetapi Tuhan (Allah) telah menulikan (tidak dapat mendengar) sejurus telingaku menyebabkan aku terlena dan aku terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta-merta menemui sahabatku tadi. Beiau bertanya bagaimana halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang telah sebenarnya berlaku. Dan di suatu malam yang lain sekali lagi aku meminta supaya membenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku sampai ke Makkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Lepas itu aku tidak mencuba lagi.  Riwayat Ibnul-Atsir, diriwayatkan juga oleh Al-Hakim daripada Au Bin Abu Talib, katanya: Ini “Hadits Sahih” melalui riwayat muslim, juga diriwayatkan oleh Tabram dan cerita ‘Ammar Bin Yasir.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Cerita pertemuan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan Buhaira semasa perjalanannya ke Negeri Syam bersama ayah saudara bagind adalah satu-satunya hadith yang diriwayatkan oleh ramai para ‘ulama’ Al Sirah (sejarah Nabi). Hadith ini membuktikan kepada kita bahawa ahli kitab iaitu orang Yahudi dan
Nasrani sudahpun mengetahui tentang pengutusan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam melalui Kitab Taurah dan Injil yang telah menceritakan satu persatu tentang tanda-tanda dan kedatangannya.
Mengikut apa yang tèlah diperihalkan oleh ahli sirah, orang-orang Yahudi Madinah pernah menyebut-nyebut tentang kedatangan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada puak ‘Aus dan Khazraj dan bila dilahir sahaja mereka akan mengikuti dan beriman dengannya supaya dapat mereka berperang dan menghancurkan orang-orang ‘Aus dan Khazraj seperti mana termusnahnya kaum ‘Ad dan Iram kerana (pada waktu itu) Yahudi Madinah berselisih faham dan bermusuh-musuhan dengan dua puak ini. Namun demikian setelah datangnya Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, mereka eñggan pula beriman denganNya. Kesemua ini diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran:
Yang bermaksud:
‘Dan setelah datang kepada mereka A1-Qur’an dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang orang kafir. Maka setelah datang kepada mereka orang yang telah mereka ketahui (iaitu Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam) lalu mereka engkar kepadanya. Maka la‘nat Allahlah atas orang-orang yang engkar itu”.
(Surah A1-Baqarah 2: 89)
Al-Qurtubi menceritan bahawa Sayyidina ‘Umar RadiyaLlahu ‘anhu bertanya kepada ‘Abdullah bin Salam Seorang paderi Yahudi yang telah memeluk Islam semasa diturunkan ayat:
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka men getahui.”
(Surah Al-Baqarah 2: 146)
Saiyyidina ‘Umar: “Tidakkah kamu mengetahui Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu seperti mana kamu mengetahui anak—anak sendiri? Jawab Abdullah; “Ya memang begitu, malah lebih daripada itu.” Katanya lagi: “Allah telah mengutus pembawa amanahNya dan langit untuk disampaikan kepada pembawa amanahNya di muka bumi ini. Segala sifat-sifat RasuluLlah itu aku mengetahui lebih terperinci sedangkan pengetahuan mengenai diri anak-anakku tidak aku tahu sepenuhnya.” Salman AlFarisi RadiyaLlahu ‘anhu seorang sahabat yang terkenal telah memeluk Islam kerana beliau mengetahui sifat-sifat dan kedatangan RasuluLlah itu terlebih dahulu kerana semuanya tersirat dalam Injil dan diperkatakan oleh paderi-paderi.
Segala-galanya ini tidaklah menunjukkan kepada kita bahawa kesemua ahli kitab percayakan segala-galanya ini Pada hakikatnya ia adalah sebaliknya sebab kitab-kitab Injil yahg mereka baca sekarang sudah tidak ada langsung menyebut tentang Nabi Muhammad dan sifat-sifatnya kerana tokok, tambah, tukar ganti sering dilakukan ke atas kitab ini oleh pihak paderi dan gereja. Perkara inmi telahpun Tuhan (Allah) tegaskan di dalam Al Qur’an Al-Karim 
“Dan di antara mereka ada yang buta huruf tidak mengetahui Al Kitab (Taurat) kecuali kebohongan belaka dan mereka hanya menduga-duga. Kecelakaan yang besarlah bagi orangorang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya “Ini adalah dan Allah” (dengan maksud) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana yang mereka kerjakan.”
(Surah Al-Baqarah 2: 78 — 79)
Berkenaan dengan pekerjaan RasuluLlah menternak kambing untuk mencari rezeki yang halal dan mengenai limpahan kurnia Allah kepada keluarga Halimah Al-Sa’diyyah semasa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tumpang tinggal bersama—sama mereka telah menampakkan secara jelas kepada kita tentang kerja-kerja dan usaha-usaha yang diredhai dan dipinta oleh Allah dan hamba-hambanya yang salih di dunia ini. Ya memang senang bagi Tuhan memewahkan penghidupan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tanpa mengeluar keringat pun dan tidak pula payah berternak kambing.
Suatu hikmat ilahi telah menunjukkan kepada kita bahawa sebaik-baik harta ialah hasil dan perusahaan sendiri demi untuk kebaikan masyarakat dan manusia seluruhnya dan seburuk buruk kesenangan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan yang langsung tidak memberi sebarang sumbangan kepada masyarakat.
Penda’wah Islamiyyah tidak mencerminkan sesuatu nilai pun sekiranya penghidupan sehanannya bergantung kepada pemberian dan sedekah selepas berda’wah. Sebaik-baik jalan kepada penda’wah ialah berdikari dan bergantung kepada sumber kewangan dan perusahaan sendiri tanpa menadah tangan meminta dan manusia lain. Ini supaya tidak seorang pun terasa lebih bangga dengan pemberiannya mengakibatkan pemberi itu tidak menghiraukan suruhan dan larangan yang akan dikenakan ke atasnya nanti.
Walaupun segala—galanya ini tidak terlintas di fikiran RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana baginda tidak mengetahui yang Allah Subhanahu Wata’ala memilihnya sebagai utusan dan penda’wah Islamiyyah. Garis-garis kasar penghidupan RasuluLlah sebagai seorang Rasul ialah di antara apa yang disalurkan Tuhan ke dalam hikmatNya yang bertujuan supaya latar belakang penghidupan Nabi Muhammad tidak akan memberi kesan buruk atau memberi tindak balas yang negatif kepada pekerjaannya selepas diutus nanti.
Cerita ringkas tentang peliharaan Allah ke atas diri Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dari bala durjana dan dugaan sejak kecil hingga dewasa membuktikan kepada kita dua faktor yang penting:
1.                  Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam tetap seorang manusia biasa mempunyai sifat—sifat dan naluri—naluri terdapat pada manusia—manusia lain. Ianya tetap sebagai Seorang pemuda yang penuh dengan panca anika perasaan; gemarkan kepada kesenangan, hiburan, bersuka ria dan sebagainya.
2.                  Allah Subhanahu Wata’ala telah memelihara dan mema’sumkannya dan melakukan kekejian dan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang penda’wah. Andaikata di sana tidak ada pemeliharaan dan pema’suman namun demikian Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam tetap tidak akan menjunamkan dirinya ke dalam lubuk kekejian kerana suara batin dan laungan hati sanubarinya memberi amaran serta isyarat sebagai seorang yang telah disediakan oleh takdir untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti serta mendirikan asas syari’at Islamiyyah dan tidak seharusnya melakukan perkara yang tidak senonoh serta keji.
Kedua faktor yang disebutkan tadi menunjukkan kepada kita yang RasuluLlah memang mendapat bimbingan ilahi secara terus-menerus sedangkan mereka yang di sekelilingnya tetap dibawa arus biah (keadaan). Tidak hairanlah mengapa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam boleh melancarkan bahtera remajanya di tengah gelombang jabiliyyah yang panas dan serba bengis itu. Kesemuanya ini memperlihatkan kepada kita tanda keNabian yang disediakan demi untuk memikul bebanan tanggungjawab. KeNabian juga tidak kurang peranan buat membentuk asas pertama ke arah peribadi, kecenderungan jiwa, fikiran dan cara-cara menghadapi hidup.
Memang mudah bagi Tuhan untuk melahirkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang telah dibersihkan dan segala sifat-sifat yang meruntunnya ke arah pemuasan hawa nafsu sehingga tidak terasa langsung olehnya sebarang desakan dan tekanan dan dalam supaya meninggalkan kambing ternakan kepada seorang kawannya agar dapat Baginda pergi ke salah sebuah rumah di Makkah untuk mencari kumpulan yang bersuka ria dan berjaga hingga larut malam. Kalaulah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dilahirkan sebegini keadaannya maka senanglah Baginda mengalami suatu pertentangan dan kekusutan jiwa. Penyakit seumpama ini contohnya terdapat di setiap bangsa dan masa. Kalau sedemikian ini maka peristiwa ini tidak lain melainkan peliharaan Ilahi yang mernelihara dan membimbing kemudi kemahuan jiwanya. Hikmat ilahi mahukan supaya apa yang dikatakan bimbingan Ilahi itu dapat ditunjukkan kepada manusia seluruhnya agar dengannya mudah mereka beriman dan mengenepikan syak wasangka yang menyelubungi kepala dan hati mereka. 


PERNIAGAANDENGAN HARTA KHADIJAH DAN PERKAHWINAN BAGINDA 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)