.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, April 14, 2015

RUNDINGAN DAN TAWARAN

FIQH AL-SIRAH 

Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

Menurut apa yang diceritakan oleh Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq bahawa pada satu masa ‘Utbah Bin Rabi’ah salah Seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangannya telah menawar kepada Quráisy semasa di kelab mereka dengan katanya: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menawarkan beberapa tawaran semoga beliau menerimanya dan dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah tadi, “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”, jawab hadirin. Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pun tibalah di rumah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan disambut baik oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam, ‘Utbah pun membuka hasrat hati dan kaumnya: “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal dan keturunan dan baka yang mulia dan seperti yang diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatu ajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya. Maka RasuluLlah SailaLlahu ‘alaihi Wasallam pun berkata kepadanya; Katakan, ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya.
Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila—bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan sekiranya segala tawaran tadi semuanya engkau tolak mentah-mentah maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari tabib untuk merawat engkau hingga sembuh.”
Setelah itu RasuluLlah menjawab dengan katanya: “Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak dicurahkan itu?” Jawab ‘Utbah: “Ya.” Maka sambung RasuluLlah, “sekiranya deniikian maka dengarkanlah dariku pula (RasuluLlah membaca beberapa ayat-ayat A1-Qur’an dan Surah Fusilat) :-
Yang bermaksud:
“Ha Mim. Diturunkan dart Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang menjelaskan ayat-ayat dalam bahasa ‘Arab, untuk kaum yang mcngetahui. Yang membawa berita gembira dan membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya) mereka tidak mahu mendengar. Mereka berkata, “Hati kami berada di dalam tutupan (yang menutup) apa yang kamu seru kamu kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu sesungguhnya kami bekerja pula. “Katakanlah: Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah padajalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah apa pun kepadaNya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutu kanNya”.
(Surah Fusilat 41:1 — 6)
“Utbah pun mengikuti (mendengar) bacaan RasuluLlah itu hingga sampai pada ayat:
“Jika mereka berpaling maka katakanlah, Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti yangmenimpa kaum ‘Ad dan Thamud.”
(Surah Fusilat 41:13)
‘Utbah pun menutup mulut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tangannya memohon supaya berhenti bercakap kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu.
‘Utbah pun kembali kepada sahabat-sahabat lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,” jawab ‘Utbah. “Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy sekelian! dengarlah cakapku ini, berilah peluang kepada Muhammad, biarkanlah dengan usahanya itu. Demi Tuhan sesungguhnya apa yang kudengar tadi adalah suatu berita yang teristimewa. Andaikata apa yang digambarkan oleh Muhammad terhempap ke atas kamu maka tidak ada orang lain hanya Muhammad saja yang boleh melepaskan kamu, dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri di kalangan bangsa ‘Arab maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan kemegahannya adalah kemegahan kamu jua.”
Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau pun juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya.” Jawab ‘Utbah pula: “Apa yang kukatakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekelian.”
Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan: Beberapa orang musyrikin termasuk di antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-’As bin Wail telah datang menemui Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di rumahnya di mana mereka sekelian telah menawar kepada baginda hendak menyerahkan wang kekayaan mereka kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sehingga menjadi manusia yang paling kaya di antara yang lain dan menawarkan juga untuk mengahwinkannya gadis jelitawan ‘Arab. Kedua tawaran itu meminta ditukarkan dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan sikap penentangannya terhadap orang ‘Arab dan penyembahan berhala serta memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek terdahulu. Bila saja segala tawaran itu ditolak mentah—mentah oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sebagai usaha diplomatik mereka yang terakhir ialah menawarkan supaya Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertolak ansur sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramairamai menyembah Tuhan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sebagai keterangan lanjut di dalam soal ini maka Tuhan menceritakan kepada kita yang bermaksud:

 “Katakanlah “Hai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu (pula) tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”
(Surah al-Kafirun 109:1 — 6)
Pembesar—pembesar Qurai tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang beramai-ramai menemui Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengemukakan kepada baginda apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah dahulu, menawarkan kepadanya untuk memegang jawatan sebagai penganjur bangsa ‘Arab, kekayaan dan mengemukakan persediaan dan kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat yang dahulu juga.
Semuanya itu dijawab oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan katanya: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab Suc kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku Semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku, sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekelian.”
Setelah perbincangan berlarutan dan tawar-menawar pun berlanjutan tetapi Nabi Muhammad SaflaLlahu ‘alaihi Wasallam tetap dengan pendiriannya dan sebagai kata yang terakhir dan pihak Quraisy: “Apa yang telah sampai kepengetahuan kami tentang seorang yang tinggal di Al-Yamamah bernama “AlRahman” dialah yang telah mengajar engkau segala-galanya ini, sesungguhnya kami tidak percaya langsung dengannya, segala-galanya telah kami usahakan setakat daya dan upaya kami dan sebagai kata yang terakhir dan kami untuk kau iaitu kami tidak akan biarkan engkau begitu sahaja, dan pilihlah antara dua; kalau tidak engkau yang membinasakan kami maka kamilah yang akan memusnahkan engkau; itu sahaja. “Dengan kata-kata itu mereka pun berangkat pulang tanpa sesuatu pun yang tercapai.[ Tahzib Sirah Ibnu Hisyam dan Kitab Sirah yang lain.]

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Di dalam kisah yang dibentangkan sebentar tadi dapat dilihat dua pertanda yang nyata, tiap satu pertanda mengandungi butir-butir penting: 
Pertanda Pertama: Mempamerkan kepada kita sejauh manakah keaslian da’wah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan mendedahkan satu perkara tentang tujuan dan norma-norma suci yang dituju ke arahnya oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berbanding dengan tujuan yang pernah diperlaung-laungkan oleh pendukung dogma-dogma yang lain.
Apakah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tetap seperti manusia lain yang mengandung maksud ada udang di sebalik batu? Apakah da’wahnya sekadar menjadi batu loncatan kepada kekuasaan dan kekayaan? Apakah da’wahnya juga bertujuan mencapai taraf ke penganjuran yang lebih tinggi? Apakah da’wahnya suatu manifestasi suara bathinnya yang telah mengalami penyakit dalam?
Segala tekaan dan tuduhan-tuduhan ini hanyalah antara helah-helah yang direka-reka oleh penyerang-penyerang ideologi yang profesional dan seteru-seterunya Islam. Andaikata Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menjadikan da’wahnya tadi sebagai batu loncatan ke arah kekayaan, kekua saan dan perkara—perkara lain lagi nescaya sudah lama Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menjadi presiden atau maharaja bangsa ‘Arab. Tetapi peristiwa-penstiwa yang bersejarah dalam riwayat hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu adalah bekalan pelindung (lali) terhadap sebarang ancaman dan seteru-seteru Islam. Peristiwa-penstiwa ini juga merupakan penangkis yang strategik terhadap serangan penyerang-penyerang ideologi yang ganas, menyebabkan mereka lemah untuk mencari sendi-sendi yang lemah dan sendi-sendi kehidupan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Oleh kaum Quraisy telah merangka beberapa ramalan dan kemungkinan cuba melagang beberapa siri percubaan tawar menawar dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Sebenarnya mereka telah terasa lebih dahulu yang Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu tidak akan meninggalkan da’wahnya dan tidak akan tertipu dengan tawaran kaum Quraisy itu. Kesemuanya ini merupakan hikmat Ilahi yang suci agar sejarah sendiri dapat mencabar sesiapa sahaja yang cuba memasukkan jarum—jarum dan kuman—kuman was—was dan syak wasangka terhadap Islam.
Krimar dan Van Ploten berfikirjuga hendak mencari jalan untuk menusuk tikaman hasad-dengki terhadap keagongan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan Islam tetapi oleh kerana tidak ada satu pun yang membolehkan mereka menyerang Islam, maka dengan pejam—pejam mata dan membabi buta menuduh bahawa Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semata—mata bertujuan mencari pangkat dan kekayaan walaupun tuduhan dan kecaman mereka terdampar dan tersungkur ke batu kebenaran dan hakikat Islam.
Tidakkah pernah di suatu masa dahulu di mana Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam masih hidup lagi, ‘Utbah bin Rabi’ah datang berjumpa dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan menawar kepada baginda beberapa keistimewaan yang belum pernah ditawar kepada sesiapa pun yang terdahulu. Tawaran ini sedikit pun tidak menggerak hati kecilnya supaya menggadai da’wahnya malah selepas itu sanggup pula menahan seksaan kaum Quraisy.
Sekiranya da’wah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semata-mata bertujuan mencari pangkat sudah tentu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak akan men jawab kepada mereka yang menawarkan kekayaan dan habuan habuan dunia itu dengan katanya: “Kedatanganku ini bukanlah untuk mencari harta benda, kemuliaan dan kekayaan dan. kamu, tetapi Tuhanlah yang telah mengutuskan aku ini untuk kamu disamping itu diturunkannya Al-Qur’an, dan telah di pertanggungjawabkan aku untuk rnenyampaikan benita gembira dan menakutkan. Sekiranya kamu terirna apa yang aku anjurkan ini maka itu adalah nasib dan habuan kamu di dunia dan akhirat dan sekiranya karnu tolak, maka tidak ada jalan lain untuk kau hanyalah bersabar hingga Tuhan rnenjatuh hukum antara aku dan kamu sekelian.”
Bila memandang keadaan penghidupan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasalam seharian adalah tepat dan persis dengan percakapannya, kehidupannya seharian adalah praktikal dan teori percakapannya, penolakan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap tawaran kaum Quraisy bukan setakat bibir dan lidah sahaja tetapi segala—galanya adalah dan hati nuraninya. Makanan dan minuman baginda adalah mudah dan ringkas dengan erti kata yang sebenar. Keadaan penghidup annya tidak lebih dan keadaan simiskin.
‘Aishah pernah meriwayatkan dalam Al-Bukhari katanya: Rasulullah telah wafat dan tidak ada suatu pun yang boleh di makan oleh yang hidup hanya sebahagian roti, aku makan separuh darinya sehingga tertinggal begitu lama.
Dalam satu hadith yang lain pula Anas RadhiyaLlahu ‘anh menceritakan di dalam Al—Bukhari katanya: “Belum pernah RasuluLlah memakan di dalam hidangan talam hinggalah baginda wafat, dan tidak pernah memakan roti yang baik hinggalah baginda wafat.”
Cara RasuluLlah hidup mudah dan sederhana, samada pakaian, makanan atau alat kelengkapan rumah baginda. Baginda hanya tidur di atas tikar anyaman sahaja dan belum pernah meletak tubuhnya ke atas hamparan yang lembut-lembut. Pernah di suatu hari isteri-isterinya termasuk ‘Aisyah datang beramai-ramai menemui baginda untuk mengadu hal tentang kemiskinan yang mereka rasai di samping memohon tambahan belanja rumah untuk membeli alat-alat kelengkapan persiapan dan pakaian agar mereka tidak kurang ataupun sekurang-kurangnya sama dengan perempuan sahabat. RasuluLlah terpegun dengan penuh kemarahan dan sepatah pun tidak dijawabnya. Lepas itu turunlah ayat Qur’an :

Yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah isteri—isterimu “Jika karnu sekalian mengingini penghidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supayaku berikan dan mut’ah (ialah satu pemberian yang diberikan kepada perempuan yang di ceraikan menurut kesanggupan suami — penterjemah)
dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan RasulNya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
(Surah al-Ahzab 33:28 — 29)
RasuluLlah pun membaca dua potongan ayat ini dan memberi peluang untuk mereka pilihan antara hidup dunia yang penuh dengan anika kesenangan dan kemewahan ataupun mengutamakan penghidupan di samping RasuluLlah dengan segala kemudahan, maka dipilihnya penghidupan di samping RasuluLlah (tafsir Ibnu Kathir dan yang lain).
Apakah dengan ini masih terdapat lagi kepala-kepala dan akal-akal yang masih sangsi terhadap keNabiannya. Dengan Segala keterangan tadi masih terdapat orang yang cuba menuduh dan mengatakan bahawa da’wah RasuluLlah itu bertujuan untuk mencari dan mencapai pangkat yang lebih tinggi dan kekayaan serta kesenangan dunia.
Pertanda Kedua: Menggariskan kepada kita titik-titik dan perenggan-perenggan yang telah dipegang oleh RasuluLlah. Apakah boleh engkau mengikut sebarang polisi untuk menjalankan da’wah Islamiyyah. Apakah Tuhan memberi engkau peluang untuk memiih sebarang jalan asalkan boleh sampai ke matlamat suci dengan ertikata tujuan mengharuskan saranan.
Tidak sedemikian.... Sebenamya syari’ah Islamiyyah telahpun menyediakan jalan—jalan dan cara—cara seperti mana disediakan tujuan dan matlamat. Engkau tidak boleh mengambil sebarang jalan untuk mencapai matlamat, kecuali jalannya dan mengikut jalan dan liku-liku yang telah digariskan.
Segala hikmat dan polisi dalam da’wah Islamiyyah di dalam bentuk dan bingkai yang telah dirumuskan.
Dalilnya baru sebentar kita sajikan. Kemungkinan satu soalan melayang masuk ke dalam kepala kita iaitu tidakkah boleh tercapai tujuan dan matlamat seandainya RasuluLlah menerima tawaran puak Quraisy kepada baginda untuk menjadi ketua dan presiden bangsa ‘Arab di kala itu, kemudian dan situ baginda menyalur dan memasukkan da’wah Islamiyyah. Lebih-lebih lagi pangkat kerajaan dan keketuaan itu boleh memberi satu tekad kepercayaan kepada jiwa manusia. Perhatikanlah selepas satu perampasan kuasa di mana satu golongan berjaya menyingkir rejim yang lama, penganjur ideologi ini sering mengambil kesempatan semasa kekuasaan di tangannya untuk menyalur-masukkan ideologi dan dogmadogma mereka.
Tetapi Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak rela melalui jalan yang seumpama itu, malah jalanjalan itu adalah bertentangan sekali dengan konsep da’wah Islamiyyah.
Sekiranya cara dan jalan ini harus dan boleh untuk mengendalikan polisi yang benar dan suci itu maka tidak ada bedanya di antara benar yang tegas dan kebenarannya dengan pembohongan yang membungkus kepalsuannya. Kalau sedemikian juga maka seringlah penganjur da’wah yang benar dengan buaya-buaya dan hantu raya ideologi.
Kemuliaan dan kebenaran adalah asas utama dan tiang seri kepada saranan, tujuan dan matlamat ugama Islam. Tujuan dan matlamat adalah sepenuhnya diasaskan oleh kebenaran dan kemuliaan, begitu juga saranan dan perjuangan Islam seluruhnya adalah bertulang belakang atau berteraskan kebenaran dan kemuliaan.
Di dalam suasana yang tertentu penganjur da’wah Islamiyyah mesti berkorban, berjihad dan menggadaikan nyawa kerana jalan dan saranan perjuangan mereka tidak boleh dibelok-belokkan mengikut sekehendak hati.
Memang salah sekali sekiranya kita menganggapkan bahawa tujuan utama dan da’wah ialah melicin dan memudah kan perjalanan da’wah atau menghindarkan teruk dan penat lelah. Sebenarnya tujuan dan rahsia hikmat dan da’wah ialah mengambil sesingkat jalan untuk sampai kepada pemikiran manusia. Ini bererti sekiranya perjuangan da’wah tadi menempuh halangan dan rintangan maka di kala itu penda’wah mestilah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam memperkemaskan diri untuk berjihad, mengorbankan segala harta dan jiwa raga demi da’wah Islamiyyah. Kebijaksanaan ertinya meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Di sinilah perbezaan di antara polisi dan kebijaksanaan dengan putar belit dan perbezaan di antara kebijaksanaan merancang dan menyerah sebelum berjuang.
Di dalam satu peristiwa di mana RasuluLlah begitu tertarik hati sekali dengan kesungguhan setengah-setengah puak Quraisy untuk mendapatkan butir-butir dan keterangan lanjut mengenai agama Islam. Baginda Rasul di kala itu dengan penuh minat menghurai dengan panjang lebar tentang agama Islam. Ini membawa baginda tidak menghiraukan kedatangan seorang sahabat yang cacat dan tidak mengambil berat tentang persoalan yang dikemukakan oleh ‘Abdullah bin Ummi Maktum, sahabat yang cacat itu dengan alasan hendak dijawabnya di satu masa yang lain.
Peristiwa yang demikian menyebabkan penurunan ayat yang berbunyi: Yang bermaksud:—

 “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah datang seorang buta kepadanya.”
(Surah ‘Abasa: 80:1 — 2)
Polisi RasuluLlah yang diambilnya dalam peristiwa ini adalah satu polisi yang salah dan bertentangan dengan polisi da’wah Islamiyyah. Polisi ini ataupun ijtihad ini meskipun dapat menyampaikan ke matlamat yang suci tetapi bertentangan sekali dengan lunas da’wah Islamiyyah. Jalan yang seumpama ini mengandungi unsur-unsur diskriminasi dan melukakan perasaan seorang Muslim yang lemah. Walaupun polisi dan cara ini pada lahirnya bertujuan menarik orang musyrikin tetapi sebenarnya salah dan tidak dipinta oleh syara’ sama sekali.
Penegasannya tidak sesiapa pun boleh mengubah perjalanan dan konsep perjuangan Islam mengikut apa yang dipandang baik, tetapi saranan dan neraca nilai perjuangan Islam mempunyai ruangbatasnya yang tersendiri. Dan tidak boleh dianggap sesuatu polisi yang bijak dengan ertikata yang sebenarnya seandainya polisi tadi tidak diikat kemas—kemas mengikut daerah dan sempadan prinsip dan susila syari’at.
Pertanda Ketiga: Di mana kita dapat mengambil pengajaran iaitu pendirian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap permintaan kaum Quraisy sebagai syarat untuk mereka mengikuti baginda dan pendirian baginda telah disokong oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Untuk itu maka Allah telah menurunkan FirmanNya sebagaimana para mufassirin menyebutkan:

Dan mereka berkata: “Kami sekali—kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami, atau kamu mempunyai sebuah rumah dan emas, atau kamu naik kelangit dan sekali-kali kami tidak mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca” Katakanlah: “Maha suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia menjadi Rasul?”
(Surah Al—Isra’: 17:90 — 93)
Sebab Allah tidak memaqbulkan permintaan mereka ini bukanlah kerana RasuluLlah tidak diberi mu’jizat selain dan Al—Qur’an sebagaimana yang disangka oleh setengah-setengah golongan. Sebenarnya Allah Subhanahu Wata’ala mengetahui bahawa mereka menuntut ini kerana kekufuran dan sifat-sifat keras kepala di samping mengejek-ngejek RasuluLlah kerana cara dan jenis permintaan mereka menerangkan serta membayangkan maksud mereka. Andainya Allah mengetahui apa yang mereka tuntut itu benar dan yang mereka niat itu baik serta mereka berusaha mempastikan tentang kebenaran Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam nescaya Allah perkenankan permintaan mereka tetapi hal Quraisy dalam perkara ini sama dengan apa yang dinyatakan oleh Allah dalam FirmanNya:

Yang bermaksud:
 “Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dan (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya, tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang-orang yang kena sihir”.
(Surah al—Hijr: 15:14 — 15) 

Siri Akhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)