.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, April 6, 2015

Hawariyyun

1. Allah berfirman  QS Ali Imran ayat 52 :
فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (٥٢)
52. maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui Dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa)
berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (Wahai Nabi Allah) Sesungguhnya Kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

2. Allah berfirman  QS  Ash Shaff  ayat 14 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (١٤)
14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.
3. Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi memetik Muhammad bin Ishaq berkata :
1.Bahawa Nabi Isa berdoa kepada Allah S.W.T. agar melambatkan ajalnya dengan maksud dapat menyampaikan risalah dan menyempurnakan dakwah, agar ramai orang dapat masuk ke dalam agama Allah. Dikatakan bahawa di sisi beliau terdapat 12 orang lelaki dari kaum Hawari, iaitu
  1. Peter@Petrus atau namanya yang sebenar adalah Simon (atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
  2. Yakobus anak Zebedeus,
  3. Yohanes saudara Yakobus,
  4. Andreas anak al-Feus,
  5. Filipus,
  6. Bartolomeus,
  7. Matius,
  8. Tomas,
  9. Yakobus anak al-Feus,
  10. Tedeus,
  11. Fitiatius (Simon orang Zelot)
  12. dan Yudar Iskariot (pengkhianat)- Dia inilah yang menunjukkan orang-orang Yahudi terhadap Nabi Isa.
2.Ibni Ishaq berkata bahawa di antara mereka terdapat seorang lelaki lain yang bernama Sargius yang dirahsiakan oleh orang-orang Nasrani. Dia inilah orang yang diserupakan dengan Nabi Isa lalu disalib atas namanya.
3.Ibnu Ishaq berkata bahawa sebahagian orang-orang Nasrani beranggapan bahawa orang yang disalib atas nama Nabi Isa al-Masih dan diserupakan dengannya adalah Yudas Iskariot. Wallahu a’lam.
4. Ibn Katsir didalam Kisah Para Nabi memetik Ibnu Jarir menyebutkan dari Ibnu Ishaq bahawasanya:
1.Nabi Isa sebelum diangkat ke langit telah berwasiat kepada kaum Hawari agar mengajak umat manusia kepada menyembah Allah semata, tiada sekutu bagiNya dan dia telah menentukan setiap orang dari mereka kepada sekelompok orang dalam salah satu daerah di Syam, negeri-negeri timur mahupun barat. Mereka menyebutkan bahawa setiap orang dari mereka dapat berbicara dengan bahasa setempat yang mendapat kiriman da’i dari al-Masih.
2.Tidak hanya seorang menyebutkan bahawa Injil diriwayatkan dari beliau oleh 4 orang: Lukas, Matius, Markus dan Yohanes. Di antara Injil-injil yang empat ini terdapat banyak perbedaan dengan dibandingkan antara satu naskah dengan naskah yang lain. Juga tambahan-tambahan yang banyak dan kekurangan dengan dibandingkan kepada lainya. Empat orang penulis lnjil ini, yang dua termasuk orang yang menyusul di belakang al-Masih dan yang dua di antaranya termasuk sahabat-sahabat beliau.
5. Mengenai Hawariyyun Wkikipidia melapurkan seperti berikut :
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab Qisasul Anbiya’ telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih (Jesus Christ) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Masyarakat Kristian pula menggelar mereka 12 diciples. Anggota Al-Hawariyun dikatakan terdiri daripada penama-penama berikut:
  1. Peter@Petrus atau namanya yang sebenar adalah Simon (atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
  2. James (Yohannes {bukan Nabi Yahya} @ Yakobus) anak Zabedee@Zabeedah@Zabedeus
  3. John atau Yahya atau Yohannes (bukan Nabi Yahya)
  4. Andrew (Andreas) (diriwayatkan anak murid kepada Nabi Yahya)
  5. Philip (Filipus)
  6. Barthomew anak Talemai (Bar Talemai) (mempunyai nama gelaran yang disebut Nathanael)
  7. Matthew atau Matius
  8. Thomas (dalam bahasa Aramik disebut Toma) @Didimus (dalam bahasa Yunani)
  9. James anak Alphaeus@Yakobus bin Alphaeus
  10. Thaddeus Lebbaeus (Yudas Thaddeus)
  11. Simon the Cananean (Simon orang Kanaan) @ Simon the Zilot (Simon orang Zilot)
  12. Judas Iscariot (Yudas pengkhianat)
Namun begitu, nama-nama berikut sebenarnya masih lagi samar-samar disebabkan tiada fakta yang benar-benar sahih menunjukkan nama-nama itu mewakili setiap individu Al-Hawariyun yang sebenar. Kitab Injil (Bible) kini sendiri bertelagah mengenai individu Al-Hawariyun serta riwayat hidup mereka yang dicatitkan dalam Injil-Injil Kristian.
Imam Qurtubi ada menyebutkan,: “Hawariyun adalah dua belas dalam nombornya, tetapi ia tidak memberikan nama mereka, kecuali nama ketua Hawariyun sebagai Sham’oon (Simon Peter atau Cephas) dalam keajaiban kenaikan meja (kedudukan), berkata,
“Sham’oon, ialah ketua murid, telah bertanya, ” Adakah makanan ini iaitu Syurga ataupun makanan dunia ini?” Nabi Isa’ membalas:, “Makanan ini khusus diciptakan untuk kamu, itu bukan dari Syurga atau dunia ini. Allah berfirman, “JADI,” dan maka jadilah.”
Pengikut-pengikut Isa (termasuklah Sham’oon lebih popular dikenali sebagai Simon Peter) yang hidup selepas kenaikan Isa (Yesus) itu dianggap terhormat dan jujur oleh kaum Muslim. Mereka tidak, tetapi dianggap sebagai Nabi.
Mereka adalah manusia biasa dan tidak terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan. Ajaran mereka dan kenyataan mereka telah kehilangan kesahihannya melalui sejarah yang disahkan tidak adanya pengesahan.

Terdapatnya dua sumber chapter dalam Injil Kristian yang menyebut nama-nama ‘Murid-murid Yesus dalam Alkitab seperti dalam chapter:
  • [Matt 10:2] Matius memberikan nama-nama para murid Yesus
  • [Luke 6:13] Tetapi Lukas menyebutkan dua nama, yang berbeza daripada mereka, dicatat dalam Matius.
Salah satu diantara para murid, yang bernama Judas Iscariot (anak Simon Iskariot) adalah bendahari atau penjaga wang dan telah diamanahkan peranan ini oleh Yesus (Nabi Isa a.s.). Dia kemudian mengkhianati Yesus kerana dikatakan telah tertarik dengan tawaran tiga puluh keping perak sebagai ganti jika dapat memberitahu dan menyerahkan Yesus kepada Ahli dewan Shan Hakrem, dan kemudian dia (Judas) telah meninggal akan selepas itu (akibat menggantungkan dirinya disebatang pokok secara terbalik serta terburai isi perutnya {mengikut pandangan Kristian}) manakala dalam perspektif Islam pula, Judas telah mati akibat disiksa dan didera bertalu-talu serta disalib sehingga mati. Beliau juga dikatakan telah membantu dirinya dengan menggunakan sebahagian daripada wang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dijaga olehnya buat sementara ketika dia masih lagi seorang murid Yesus.
Terdapat juga pernyataan bahawa Matthew ialah Simon orang Kanaan adalah salah seorang pengikut dan anak murid Yesus, sedangkan dalam Injil Lukas Simon orang Zelot disebutkan. Selain itu, Matius menyatakan Labaous telah disebut Tadeus untuk menjadi murid, tapi Lukas tidak menyebut nama ini, mungkin Yudas anak Yakobus dinyatakan sebagai gantinya.
6. Disebut dalam Matthew 10:2-4 nama-nama sahabat nabi Isa a.s :
2 Maka inilah nama-nama kedua belas rasul, yaitu: Pertama-tama Simon yang disebut Petrus, dan Andreas saudaranya; dan Yakub anak Zabdi, dan Yahya saudara Yakub;
3 dan Pilipus dan Bartolomius; dan Tomas, dan Matius, pemungut cukai itu, dan Yakub anak Alpius, dan Tadius;
4 dan Simon orang Kanani, dan Yudas Iskariot, yaitu yang menyerahkan Yesus.

7. Disebut dalam Luke 6:13-16 nama-nama sahabat nabi Isa a.s :
13 Setelah sudah hari siang, dipanggil-Nya murid-murid-Nya, dan dipilih-Nya dari antara mereka itu dua belas orang, yang digelarkan-Nya rasul,
14 yaitu Simon, yang digelari-Nya Petrus, dan Andreas saudaranya, dan Yakub, dan Yahya, dan Pilipus, dan Bartolomius,
15 dan Matius, dan Tomas, dan Yakub, anak Alpius, dan Simon yang digelar Zelotis,
16  dan Yudas, anak Yakub, dan Yudas Iskariot, yang menjadi orang belot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)