FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi
yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata
sebulat suara umat
Islam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti
dipercayai (‘Aqidah).
Sepotong Hadith Nabi yang berbunyi :
Aku dan Para Anbiya’ sebelumku ‘ibarat satu
bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan
dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka
orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak
diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata
itu dan akulah penyudah segala Nabi.
Pertautan dan hubung_kait da’wah Nabi Muhammad ‘Alaihi
Wasallam dengan da’wah para Anbiya’ terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan
memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat
difahamkan dan Hadith yang tersebut di atas.
Ini tegas sekali bila melihat di mana da’wah para Anbiya’
seluruhnya bersendikan dua asas yang penting:
1. ‘Aqidah
kepercayaan.
2. Perundangan
dan akhlaq.
Dan segi ‘aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak
Nabi Adam ‘Alaihi Sallam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi
Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Esa.
Mensucikan Allah dan sifat-sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab
amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan
tersebut dan tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi
yang terdahulu darinya. Rangkaian pengutusan para Anbiya’ sekeliannya
menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya diutus supaya menyeru manusia
ke arah keimanan dengan Allah ‘Azza wajalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan
dalam kitabNya:
“Diturunkan kepada kamu sekelian agama
sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan yang diwahyu kepada sepertijuga yang
diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan jangan
berpecah-belah kerananya.”
(Asy — Syuura 42: 13)
Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para
Anbiya’ itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal
‘aqidah, sebab soal ‘aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan
berlainan perkhabaran dan berita dan seseorang itu sekiranya perkara itu benar.
Tidak diterima oleh ‘aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi
mengatakan Allah itu tiga-Maha Suci Allah, kemudian diutuskan seorang Nabi lain
mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap
benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.
Ini bersangkut dengan ‘aqidah, bersangkut dengan tasyri’
(perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan
sesebuah masyarakat. Peribadi manusia
adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi
itu, sebab tasyri’ itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita
semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang
sempurna. Sudah barang pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi
kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya
undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia
untuk dunia dan akhirat.
Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata
untuk kaum itu sahaja — tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu
maka implikasinya terhadap perundangan tasyri’ adalah nyata sekali. Umpamanya
pengutusan Musa ‘Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman
itu sahaja. Dikatakan undang-undang yang diturun kan untuk Bani Israel itu
sesuai untuknya kerana undang— undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan
bangsa yang bersifat keras kepala.
Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa pula adalah sederhana
Sedikit dan apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau
diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab A1Qur’an:
“Membenarkan apa yang di hadapanKu laitu
Kitab Al Taurah dan menghalalkan separuh dan apa yang diharamkan ke atas kamu
dahulu.” (All Imran 3: 50)
Apa yang dibawa oleh Nabi ‘Isa adalah membenarkan dan
menegaskan apa yang dibawa oleh AlTaurah mengenai soal ‘aqidah dan kepercayaan,
dan yang bersangkut dengan hukum tasyri’ ada sedikit perubahan iaitu
kelonggaran dari yang dahulu.
Kesimpulan yang dapat kita ambil dan sini
ialah, tiap pengutusan itu mengandungi ‘aqidah dan
tasyri’.
Kepercayaan dan ‘aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu
fungsinya menguat dan menyokong ‘aqidah Anbiya’ yang terdahulu. Sedangkan
syari’at pula fungsinya membatal dan memansuhkan syari’at para Anbiya’ dahulu
dan kadangkalanya menyokong yang lama.
Justeru itu maka tidak ada agama dan ‘aqidah Ilahi
berbilang-bilang dan beranika corak tetapi sebaliknya terdapat berbagai
syari’at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu
membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari’at yang terakhir disudahi
dengan Nabi yang terakhir.
‘Aqidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul
yang diutuskan mulai dan Adam ‘Alaihi sallam hingga ke Nabi Muhammad semuanya
menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu agama Islam. Lantaran Islam maka
diutuskan Ibrahim, Isma’il dan Ya’qub ‘Alaihi sallam seperti firman Allah:
“Sesiapa yang enggan dengan agama
Ibrahim kecuali manusia yang memperbodohkan diri sendiri, Kami telah pilihnya
di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan salih. Ketika
Allah menyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada Allah) jawabnya; telahpun
aku serahkan diriku kepada Allah Tuhan sekelian ‘alarn dan Ibrahim telah
berwasiat kepada anak anaknya, demikian pula Ya’qub dengan katanya: Hai anakku,
sesungguhnya Allah telah memberi untukmu agama dan jangan sekaji-kali kamu mati
kecuali kamu adalah orang
Islam.”
(Surah Al-Baqarah 2:130 — 132)
Dengan ‘aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada
keturunan Israel di mana Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir’aun
yang telah beriman dengan Nabi Musa. Firman Allah yang berbunyi:
“Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya
kepada Tuhanlah kami kembali. Dan Kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa
kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayatayat Tuhan kami ketika
ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada
kami dan wafatkanlah kami, dalam keadaan kami menyerah diri kepadaMu.”
(Surah Al-A’raaf 7:125 — 126)
Dengan ‘aqidah ini jugalah Tuhan mengutus ‘Isa ‘Alaihi
sallam, di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman
dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan yang berbunyi:
“Para hawariyyin (sahabat—sahabat setia)
menjawab:Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah;
dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orangorang yang menyerahkan
diri.” (Surah Ali-’Imran 3 : 52)
Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka yang
mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai ‘aqidah tersendiri tidak
kena mengena dengan ‘aqidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiya’? Dan
mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi ‘Isa menganuti suatu ‘aqidah
yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur’an:
“Sesungguhnya agama di sisi ALlah hanyalah
Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali setelah datang
pengetahuan kepada mereka, kerana berdengkian di antara mereka.”
(Surah Ali—’Imran: Ayat 19)
Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura
yang berbunyi:
‘Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang
agama apa yang telah diwasiatkanNva
kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu.” (Surah
Al-Syura 42:13)
Dan
“Dan mereka (ahli kitab) tidak
berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana
kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah ada dan
Tuhanmu dahulunya (untuk menangguhkan ‘azab) sampai kepada waktu yang
ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang
yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka
benar-benar berada dalam keraguan yang mengejutkan tentang kitab itu.”
(Surah al-Syura 42:14)
Para Anbiya’ diutuskan bersama-sama mereka yang Islam, agama yang diakui
oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan nabi—nabi
untuk memberi sokongan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
SAKI BAKI AGAMA HANIFDALAM JAHILIYAH ARAB |