Golongan Yang Selamat;-Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu 71 golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua 72 golongan, maka tujuh puluh satu 71 golongan
masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan
yang diri ku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua 72 lagi akan masuk neraka." Sahabat bertanya: "Mana yang selamat?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka adalah jamaah.” (Golongan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah);- (Riwayat Ibnu Majah).
Tiga 3 Tahun Sebelum Datang Dajjal;- Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi s.a.w. berkata Nabi s.a.w. bersabda: Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal, terdapat satu tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan menahan 1/3 hasilnya. Pada tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada tahun ketiga, langit akan menahan semua hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan sekelian haiwan akan mati. Inilah ujian yang dahsyat. Dajjal akan mendapatkan seorang Badwi dan berkata, “Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya tuhan anda?” Jawab Badui itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan akan menyamar menyerupai unta-untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi.” Kemudian Dajjal mendapatkan pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati dan bertanya,”Adakah anda mengaku saya tuhan anda jika saya hidupkan bapa serta abang anda?” Kata orang itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan pun menyerupai bentuk bapa dan abangnya.” Baginda s.a.w. kemudian keluar untuk sesuatu dan kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita tadi. Baginda s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, “Apa halnya wahai Asmah?” Daku berkata, “Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal.” Ujar Baginda, “Dia akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan menentangnya bagi pihak kamu, jika tidak, Allah SWT akan memelihara setiap Muslimin bagi pihak ku.” Daku bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak membakar tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana pula keadaan orang beriman waktu itu?” Ujar Baginda, “Zikrullah yang mencukupi penghuni langit akan mencukupi juga untuk mereka.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.]
Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati (berperang)";- (Riwayat Abu Daud ).
Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w: “Kamu akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan menakluki musuh di hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta rampasan. Lalu kamu akan berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukit-bukau. Seorang dari tentera Romawi akan mengangkat salibnya dan melaung, “Kemenangan kepada salib!” lalu dibunuh oleh seorang dari tentera Islam. Maka kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan. Mereka akan menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.”;- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4089), 2/1369} ]
Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir berkata, “Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya, “Wahai Abdullah ibn Mas’ud, adakah Qiamat telah tiba?” Abdullah r.a yang sedang duduk bersandar berkata, “Qiamat tidak akan tiba selagi manusia tidak membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan harta rampasan.” Sambil menunjuk ke arah Syam beliau berkata, “Musuh akan menghimpun tentera untuk menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka.” Daku bertanya, “Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?” Beliau berkata, “Ya! Waktu itu berlaku peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan berani mati. Mereka tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan. Mereka akan berjuang sehingga dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya kembali tanpa kemenangan. Pada hari ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat) mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga seratus 100 orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, “Dajjal telah keluar pada keluarga kamu.” Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip.” Nabi s.a.w. bersabda: “Daku mengetahui nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik di atas muka bumi pada waktu itu.””;- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad Ahmad 1/384,385).]
Kaum Romawi berkhemah di A’mash atau Dabiq;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Qiamat tidak akan tiba sehingga kaum Romawi akan berkhemah di A’mash atau Dabiq. Satu pasukan tentera yang terbaik waktu itu akan keluar dari Madinah menghadapi mereka. Apabila telah bersedia barisan mereka, kaum Romawi berkata, “Biar kami membuat keputusan dengan kaum kami yang ditawan (kamu) agar kami memerangi mereka.” Kaum Muslimin akan berkata, “Demi Allah, kami tidak akan serahkan saudara-saudara kami ( tawanan yang masuk Islam) kepada kamu.” Maka berlaku pertempuran. Satu pertiga (1/3) Muslimin akan lari dan Allah tidak akan mengampuni mereka. Satu pertiga (1/3) akan terbunuh dan mereka adalah syuhada’ yang terbaik di sisi Allah. Satu pertiga (1/3) akan menang, tidak lagi disesatkan dan berjaya menakluk kota Qonstantiniyah. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan dengan pedang tergantung di pohon-pohon zaitun, Syaitan akan berteriak kepada mereka bahawa Dajjal telah keluar pada keluarga mereka. Mereka bergegas berangkat pulang dan apabila mereka tiba di Syam, didapati ianya tidak benar dan Dajjal muncul sewaktu kaum Muslimin sedang bersiap mengatur barisan perang mereka. Menjelang waktu solat, Isa ibn Maryam turun dan solat bersama mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Baginda (Isa a.s), ia akan cair seperti garam yang larut di dalam air dan Allah akan menghancurkannya.”;- [Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 8/175,176.]
Kaum Muslimin Menawan Qonstantiniyah dan Rom;- Nabi s.a.w bersabda:“Kamu akan memerangi kaum Romawi dan orang-orang beriman selepas kamu dari Hijjaz akan memerangi mereka sehingga Allah membantu mereka menawan Qonstantiniyah dan Rom dengan Tasbih dan Takbir. Tembok kota itu akan runtuh dan mereka akan memperolehi harta rampasan yang tidak pernah dilihat sebelumnya dan diagih dengan menceduk menggunakan perisai-perisai mereka. Seorang akan berteriak, “ Wahai kaum Muslimin, Dajjal telah keluar di negeri kamu bersama keluarga mu.” Maka mereka segera meninggalkan harta-harta itu. Sesiapa yang percaya menyesal dan sesiapa yang tidak percaya menyesal. Mereka akan bertanya, “Siapakah yang berteriak itu?” tetapi mereka tidak akan mengetahui orangnya. Mereka berkata, “Utus satu pasukan ke Ilya’. Jika Dajjal telah muncul, kamu akan terima beritanya.” Maka mereka pergi mengintip dan jika dilihat semuanya biasa mereka berkata, “Tidak mungkin orang berteriak tanpa sebab, marilah lita berangkat ke Ilya’. Sekiranya kita dapati Dajjal di situ, kita akan sama-sama memeranginya sehingga Allah membuat keputusan antara kita dengannya. Jika Dajjal tidak ada maka kita kembali ke negeri dan keluarga kita.”;- [Al-Haitami, Majma’ al-Zawa’id; Riwayat Ibn Majah 7/248.]
Bebasnya Kota Konstantinopel, Pembangunan Baitul Maqdis sebagai tanda hancurnya Yatsrib ( Madinah ) serta keluarnya Dajjal setelah pembebasan Kota Konstantinopel;- Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli peperangan yang sengit, dan timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah keluarnya Dajjal;- (Riwayat Abu Daud).Mengenai Madinah;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Mengenai Madinah, Nabi s.a.w. mengatakan: Bahawa samada wabak (penyakit) atau Dajjal, tidak akan dapat memasukinya.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan 9/76].
Keluarnya Dajjal:- Nabi s.a.w. bersabda: “Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.”;- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]
Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal.”;- (Riwayat Muslim).Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan tipudaya Dajjal;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah).
Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)