.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 12, 2014

7. PERISTIWA-PERISTIWA AKHIR ZAMAN : DARI HADITS RASULULLAH S.A.W

Lima Belas 15 Perkara Yang Mendatangkan Azab;- Ali ibn Abi Talib r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah ia, ya Rasulullah?” Sabda baginda;-- Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.- Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.- Zakat menjadi
beban.- Lelaki menta’ati isterinya dan mendurhakai ibunya.- Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.- Suara-suara meninggi di masjid-masjid.- Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.- Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.- Khamar (arak) diminum berleluasa.- Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.- Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.- Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w).- Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka ditelan oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan.” ;-(Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308), 6/4620-458).

Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak kejahatan.”;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).

Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).

Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. 

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).

Binatang Buas dan Benda-Benda Padat Berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatang-binatang buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya sesudahnya;- (Riwayat Tirmidzi). Binatang Buas Berbicara Dengan Manusia;- Dari Abu Said al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak terjadi Hari Kiamat sehingga binatang-binatang buas berbicara dengan manusia, dan seorang berbicara dari pangkal cemetinya dan bawah sandalnya, mengkhabarkan keadaan keluarganya setelah ditinggal pergi.”;- (Riwayat Ahmad).

Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah ‘Judzam’;-Seperti sabdaan Rasulullah s.a.w. ketika baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari kabilah Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).

Seorang Ammah (Hamba Perempuan Melahirkan Majikannya;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).

Nabi Isa Menjadi Hakim Dunia Yang Adil;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang. Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majah).

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan berlaku sehingga biri-biri yang bertanduk tidak lagi melawan biri-biri yang tidak bertanduk.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/442]. Tertolaknya sedekah dan ramainya kaum wanita;- Dari Harits bin Wahbin r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah kamu sekelian, kerana sesungguhnya akan datang suatu masa atas kamu yang mana seseorang berjalan membawa sedekahnya, maka ia tidak menjumpai orang yang mahu menerimanya. Seseorang berkata:‘Seandainya kamu membawa kelmarin, nescaya aku menerimanya. Adapun hari ini aku tidak memerlukannya’. ";- (Riwayat Bukhari).

Sedikitnya laki-laki dan ramainya kaum wanita:- Dari Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya nanti akan datang suatu masa, di mana seseorang berkeliling membawa emas untuk bersedekah, lalu tidak ada seorangpun yang menerimanya. Dan pada masa itu terlihat (terjadi) seorang laki-laki diikuti oleh empat puluh 40 wanita yang semuanya akan berlindung kepadanya kerana sedikitnya laki-laki dan ramainya kaum wanita.;- (Muttafaq Alaihi). Zul-Suwayqatain:- Dilaporkan dari Ka’b al-Ahbar bahawa Zul-Suwayqatain mula muncul di zaman Isa ibn Maryam. Allah SWT menghantar baginda Isa a.s. memimpin 700 dan 800 orang. Sedang mereka berbaris menuju Zul-Suwayqatain, Allah SWT mengirim bayu dari arah Yaman yang akan mengambil roh setiap orang beriman. 

Hanya orang-orang yang jahat ditinggalkan dan mereka akan bersetubuh seperti haiwan. Ka’b berkata, “Waktu itu, qiamat telah tersangat hampir.”;- [Zul Suwayqatain dalam Bukhari, Kitab al-Hajj. Bab Hadam al-Ka’bah (Kemusnahan Ka’bah) 2/183. Muslim, Kitab al-Fatan wa Ashrat al-Sa’ah 8/183]. Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih). Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).

Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). 

Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali);- (Riwayat Ibnu Majah).

Terbitnya matahari dari arah barat:- Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah terbitnya matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang ajaib di hadapan orang ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar lebih dahulu sebelum satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Binatang:- Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!";- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).

Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)

Hembusan angin dari Yaman:- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim).

Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana “...tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu.” ;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].

Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat seperti binatang (pada akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu syaitan menggoda mereka sambil berkata: "Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab: "Apa yang hendak engkau suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";- (H.Riwayat Muslim).

Kesalahan Manusia Seperti Kambing Berhati Serigala;- Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim). Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";- (Riwayat Muslim).

Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata, “Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kefasihan boleh memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/268].

Peristiwa-peristiwa di ambang Qiamat;- Telah diriwayat dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : “Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan dan fulan telah kena panah.”” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].

Hujan lebat: Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman kecuali khemah-khemah.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].

Persetubuhan di jalanan:- Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi Zul-Khalasah.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].
*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan disucikan (khallasa). 

Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali menyembah berhala sehingga wanita mereka menyembah dan mengelilinginya dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka. Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";- (H.Riwayat Ahmad).

Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat menenggelamkan manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan berlaku di Timur, kemudian di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Keluarnya Api Dari Hijjaz;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba Hari Kiamat sehingga keluar api dari tanah Hijaz yang dapat menerangi unta-unta di Bushra.;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkala tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)