.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 12, 2014

ASAS HUKUM ISLAM


Hukum-hukum dalam Islam

Halal 
adalah salah satu daripada hukum Islam.
Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri, makan haiwan
yang telah disembelih dengan nama Allah.
Istilah ini dalam kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.
Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dan lain-lain).
Lawan dari halal adalah haram.

Haram 
adalah salah satu daripada hukum Islam.
Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.
Sebagai contoh sihir, zina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan.
Perbuatan Haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.

Sah 
adalah salah satu daripada hukum Islam.
Sah adalah sesuatu perkara yang dilakukan sesuai dengan hukum syariat.
Seperti solat yang dikerjakan dengan cukup rukun dan syaratnya.

Wajib
 ialah sesuatu amalan yang  fardhu, yakni yang mesti dilakukan.
Sekiranya dilakukan, orang itu akan mendapat pahala dan jika diabaikan, dia akan berdosa dan kelak diseksa.
Seperti  mendirikan solat lima kali dalam sehari dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Sunat
 adalah salah satu daripada hukum Islam.
Sunat dapat merujuk pada status hukum (syariat) sebuah aktiviti dalam Islam yang dianjurkan sehingga pelakunya mendapatkan kebaikan (pahala), namun bila ditinggalkan tidak mendapatkan dosa.

Mubah atau harus 
adalah salah satu daripada hukum Islam.
Mubah adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.
Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala. Misalnya, seseorang yang membaca doa sebelum dan sesudah makan dan minum serta berniat untuk mengharapkan makanan yang dimakannya itu dapat memberi faedah kepadanya dan memakan dengan cermat dan tidak bergopoh-gapah sudah tentu orang itu mendapat pahala sunat kerana berdoa adalah perkara sunat dan memakan dengan baik adalah cara makan Rasulullah.
Perkara Mubah juga boleh menjadi haram atau makruh sekiranya melakukan tanpa etika sebagai seorang Islam yang baik misalnya, orang Islam yang memakan atau minum secara berlebih-lebihan serta gelojoh adalah perbuatan yang tidak baik serta boleh jatuh haram sekiranya makan dengan makanan dari sumber yang haram ataupun makan sehingga boleh membahayakan kesihatan dirinya.

Makruh 
adalah salah satu daripada hukum Islam.
Makruh adalah sesuatu perbuatan yang tidak mendapat dosa jika dikerjakan tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.
Sebagai contoh memakan makanan yang berbau busuk seperti jering atau petai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)