.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, August 8, 2014

MANUSIA DAN PROSES

Al-Quran dan sunnah banyak menerangkan dan menjelaskan tentang proses k
ejadian.Manusia serta peringkat proses kejadian manusia.Al-quran dan sunnah banyak memberi.


Istilah maksud manusia.
manusia disebut dengan lafaz insane (mufrad) atau nas (jama) .selain itu.Manusia juga disebut dengan istilah basyar, bani adam atau zuriat adam.adam adalah manusia Pertama diciptakan oleh Allah s.w.t daripada tanah.setelah terciptanya adam maka diciptakan pula hawa.maka setelah itu manusia berkembang dimuka bumi. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanya ialah Dia menciptakan kamu daripada tanah.Kemudian kamu menjadi manusia yang berkembang biak” Kejadian Nabi Adam a.s. Kejadian nabi adam diterangkan sebanyak 25 tempat didalam al-quran dan ia meyatakan Bahawa nabi adam dijadikan daripada tanah.antaranya surah al baqarah, al-ira’al-kahfi, Ali imran, yasin, maryam, toha.firman Allah s.w.t.: “yang menciptakan tiap-tiap sesuatu degan sebaik-baiknya dan dimulakaNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati atau air benih yang sedikit di pandang orang “. Al-sajdah (32)

Ayat ini menerangkan dengan jelaskan bahawa manusia yang mula-mula Sekali dijadikan daripada tanah dan seterusnya zuriatnya pula barulah dijadikan daripada air mani yang hina. Peringkat kejadian Nabi Adam as dapat di terangkanmelalui beberapa peringkat ( Peringkat pertama, turab (tanah bumi)- Kejadian Adam as bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab atau tanah yang berdebu. Allah swt menjelaskan proses kejadian ini sebagai mana firmannya: “sesungguhnya perumpamaan (penciptaan Isa di sisi Allah swt adalah seperti penciptaan Adam as. Allah menciptakan Adam daripada tanah turab kemudian Allah berfirman
kepadanya jadilah seorang manusia maka jadilah dia “ Ali Imran (3) 

Manakala sebuah hadis yang diwirayatkan oleh imam Ahmad, Nabi Muhammad saw telah bersabda menceritakan mengenai proses kejadian Nabi Adam pada peringkat ini. “sesungguhnya Allah telah menciptakan Nabi Adam as daripada suatu genggaman tanah yang dipungut dari serata pelusuk bumi. Sebab itulah keturunan Nabi Adam didapati kulit berwarna mengikut keadaan bumi, sebahagian mereka bewarna putih, sebahagiannya merah sebahagiannya hitam dan bewarna keduanya.seterusnya ada yang buruk, yang baik, yang melegakan dan yang mendukacitakan dan ada pula yang bersifat keduanya” 
 ( Peringkat kedua, tin (tanah liat) Pada peringkat ini Allah swt menyaringkan debu bagi mendapatkan saripatinya atau sulalah min tin dimana Allah swt akan mengambil salah satu bahagian yang hanya benar-benar bersih dan suci.kemudian tanah itu akan dicampurkan dengan air bagi membentuk tanah liat (tin) atau tanah melekat (tin lazib) .kemudian Allah berfirman bermaksud: “dialah yang menciptakan kamu daripada (tin) ” al-An’am (6) “dan sesungguhnya Kami telah menciptankan manusia daripada suatu saripati yang berasal daripada tanah “ Al-mukminun (23) “sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat “ al-saffat (37) Pada peringkat ini Allah swt menjadikan Adam as dalam bentuk rupa manusia dan ia kekal selama hingga 40 tahun lamanya. ( Peringkat ketiga, hama’masnun (tanah yang berbau) 

Pada peringkat ini Allah swt berfirman: “dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering yang berasal daripada Lumpur hitam (hama’masnun) yang diberikan bentuk”al-Hijr (15) ( Peringkat keempat, salsal (tanah yang keras) Pada peringkat ini Allah swt menjadikan ia dalam bentuk tembikar atau tanah yang keras.ia megambil masa selama 40 tahun lamanya.dengan itu maka genaplah 120 tahun proses kejadian Nabi Adam as sehingga sampai proses peniupan roh. Dan ia merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam as.firman Allah swt : “Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar” al –rahman (55)

 ( Peringkat kelima, naf al-ruh (peniupan roh) Setelah selesai peringkat salsal, Allah swt kemudianya meniupkan roh ke dalam jasad Adam as.setelah itu maka sempurnalah kejadian Adam as samada dari segi rohani atau fizikal.dan seluruh organ dan sistemtubuhnya berfungsi.kemudian Allah swt befirman: “maka apabila aku sempurnakan kejadianya dan Aku tiupkan padanya roh.maka tundulah kamu kepadanya dengan bersujud “ al-Hijr (15) Kejadian HAWA.

 Hawa diciptakan setelah kejadian Nabi Adam as.hawa diciptakan bagi menjadi pasangan Adam as.kemudian mereka ditempatkan didalam syurga.cerita tentang bagaimana terjadinya hawa tidak begitu banyak diterangkan dalam Al-Quran.Firman Allh swt : ”hai manusia sekalian bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanaylah Allah menciptakan isterinya dan daripadakedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki atau perempuan yang banyak “ al-nisa (4) 

Kejadian, BANI ADAM. Al-Quran dan hadith banyak menerangkan mengenai penciptaan bani adam penciptaan bani adammelalui beberapa peringkat.firman Allah swt : “dan sesunggunya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati tanah.kemudian Kami jadikan
saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim) .kemudian air mani itu Kami jadikan ‘alaqah, dan kemudian Kami jadikan ia segumpal daging dan dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, daru tulang belulang itu kami jadikan ia dibungkus oleh daging.kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain.Maka Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling Baik. “manusia kamu telah keraguan tentang kebangkitan dari kubur maka ketahuilah sesunguhnya Kamitelah menjadikan kamu daripada tanah.kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada alaqah, kemudian daripada segumpal daging yang sempurna kejadianya dan yang tidak sempurna.agar kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan didalam rahim apa yang kami kehendaki sehingga sampai waktu yang ditentukan, Kami keluarkan kamu sebagai bayi, sampailah kamu dewasa, ada diantara kamu diwafatkan dan ada yang dipanjangkan umur nya sampai nyayuk, supaya tidak mengetahui apa yang dilakukan dahulu.” Kejadian melalui beberapa peringkat, Nutfah, Alaqah, Mudhghah, Izam dan Lahm, Nasy’ah Khalqan akhar, Nafkur –ruh. ( Pertama, Nutfah. Peringkat pertama ialah nutfah iaitu minggu pertama atau selepas persenyawaan.ia berlaku setelah setelah air mani bercampuran.seperti firman Allah swt : “sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur dengan (nutfah amsyaj) yang Kami hendak mengujinya, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “ manakala sabda Rasullulah saw : “bukan daripada keseluruhan air mani akan terciptanya anak dan apabila Allah swt hendak menjadikan sesuatu tidak ada satu pun yang dapat menghalangNya. 

 Nutfah bererti nutf atau air yang yang terdapat dalam sesuatu bekas, tabung atau telaga.amsyaj pula bermaksud percampuran.melalui ayat diatas diterangkan bahawa Allah swt menciptakan manusia melalui pencampuran air mani lelaki dengan air mani perempuan.daripada nutfah ini Allah swt menciptakan anggota yang berlainan, seperti tingkah laku yang berbeza dan menjadikan lelaki atau perempuan.nutfah lelaki akan membentuk saraf, tulang dan fakulti.manakala nutfah perepuan pula membentuk darah dan daging. 

 ( Kedua, Alaqah Hujung minggu pertama pembetukan dikenali sebagai Alaqah.pada minggu ini telur telah disenyawakan dan ia tertanam pada dinding rahim. Firman Allah swt : “kemudian Kami megubah nutfah kepada alaqah “ “Allah menciptakan manusia daripada alaqah” Alaqah dtafsirkan sebagai segumpal darah atau sesuatu yang agak seni yang dilipitidarah.selain itu alqah bermaksud sesuatu yang bergantung atau malekat, pacat atau lintah dan ketulan darah.peringkat alaqah inin bermula dari miggu pertama hingga minggu ketiga. ( Ketiga, mudhghah Pada minggu keempat pembentukan pula dikenali sebagai mudhghah.perkataan ini disebut didalam surah al-hajj dan al-mukminun. Firman Allah swt bermaksud : “Lalu Kami ciptakan darah yang beku untuk menjadi seketul daging.” “Kemudian dari seketul daging yang di sempurnakan kejadiannya dan yang tidak di sempurnakan kejadiannya.” Mudhghah terdapat dua bentuk iaitu mudhghah mukhallaqah atau yang sempurna dan satu lagi ialah Mudhghah ghair mukhallaqah atau yang tidak sempurna. Ciptaan yang sempurna ialah ciptaan yang sempurna sifatnya, pancarinderanya serta rupa parasnya dan ditetapkan di dalam rahim sehinnga waktu kelahirannya, manakala ciptaan yang tidak sempurna ialah ciptaan yang tidak bersifat atau di gugurkan. Mudghah yang tidak sempurna adalah dalam bentuk daging. 

Seperti yang di riwayatkan oleh ibnu Mas’ud. “Apabila air mani telah bertempat di dalam rahim, maka Allah swt mengutuskan seorang malaikat, maka dia akan berkata, wahai tuhan adakah hendak dijadikan kejadiaan ini atau tidak ?.setelah itu tuhan menjawab pergilah kepada um al kitab semuanya ada disana. Kemudian malaikat pun kesana untuk menyalin apa yang ada di situ. Pada peringkat ini banyak perubahan telah berlaku ianya termasuklah berlakunya pembentukkan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota lain. Begitu juga sistem pernafasan bayi yang mula terbentuk.vilus yang tertanam di dalam otot ibu sudah menpunyai saluran darahnya. Jantung bayi juga mula berdegup. Darah pula mula mengalir dengan lebih banyak untuk perkembangan seterusnya. 

 ( Keempat, Izam dan Lahm Pada peringkatini pembentukan tulang mendahului pembentukan otot –otot. Apabila tulang belulang terbentuk otot-otot akan membungkus rangka tersebut, ianya berlaku dalam minggu kelma, keenam dan ketujuh.firman Allah swt : “lalu Kami (Allah) mengubahkan pula mudghah itu menjadi Izam dan kemudian Kami membalutkan Izam itu menjadi Izamitu dengan daging.” Al-Mukminun (23) Sabda Rasullulah saw : “apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutus kan untuk membentuk rupa parasnya sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulang. Riwayat Bukhari dan Muslim, juga Anas bin malik. Setah itu, berlaku pembentukan satu sistem yang komplek.pada peringkat ini perut dan usus, seluruh sistem saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.serentak itu juga sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga keparu –paru mula kelihatan. Begitu juga organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna. Kaki dan tangan mula tumbuh. Begitu juga mata telinga dan mulut menjadi semakin sempurna dan segalanya akan sempurna dan lengkap pada minggu kelapan. 

 ( Kelima, nasy`ah khalqan akhar Pada peringkat ini iaitu menjelang akhir minggu kelapan, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku. Perubahan pada tahap ini berlaku pada janin pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Kukunya mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranental bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Firman Allah S.W.T. “maha suci Allah, tuhan yang mampu menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna” Al-Mukminun (23) 

 ( Keenam, Nafkhur –ruh Para ulama menyatakan bahawa peniupan roah berlaku setelah empat puluh selepas pembentukan organ-organ tubuh termasuklah organ seks.berhubung dalam hal pengguran pula para ulama membenarkan pengguguran selagi ianya dilakukan sebab perubatan dan sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad.bagaimanapun para ulama tidak membenarkan pengguguran setelah roh dimasukkan, kecuali jika ianya menyebabkan ibu yang mengadung dalam keadaan bahaya.menurut Imam al Ghazali, jasad bergantung kepada roh untuk mewujudkan hakikat manusia..dan roh juga unsur kemalaikatan.ianya asal suci dan bersih. Imam al-ghazali telah membahagi pengertian roh kepada dua : 

• Roh dilihat dari segi jasmani.ia merupakan sesuatu yang halus memancarkan cahaya hidup yang sempurna.roh diumpamakan sebagai satu cahaya yang menerangi sebuah rumah tetapi cahaya itu tidak dapat ditafsirkan. 

• Roh dilihat sebagai urusan Allah semata-mata yang tidak dapat ditanggung akal manusia yang terbatas.roh yang mewarisi sifat –sifat suci Allah dan sifat initelah diwarisi sebahagiannyakepada manusia. Kehidupan seseorang manusia bermula sejak didalam rahim, didlam rahim bukanlah proses perkembangan fizikal semata –mata tetapi ia mempunyai hubungan dengan Allah swt.

 KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS Kejadian manusia menurut sains dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ;
 • Fertilized ovum (al-masyij)
 • Implantation (al-ulup) • Somites (mudghah) 
• Organogenesis (takwinal-adha) 
• Fetus (janin) Fertilized ovum Umumnya jasad manusia terdapat beberapa jenis sel ianya terdiri daripada beberapa organel yang tersusun rapi dan mempunyai fungsi yang saling berkaitan antara satu sama lain. Fungsinya ialah menjaga keutuhan dan kekuatan organel yang akhitnya membawa keutuhan kepada tubuh itu sendiri. 

Komponen asas sel-sel itu pada asasnya adalah protein, karbohidrat dan lemak. Ketiganya semuanya berasa;l dari makanan yang dimakan oleh manusia. Makanan yang dimakan akan dicernakan oleh sistem percernaan.Dalam ilmu perubatan pada air mani terkeluar dari kemaluan lelaki pada tiap-tiap kali ejakulasi mengandungi antara dua ratus hingga tiga ratus juta sperma. Sperma itu akan bertemu dengan ovum di tiub fallopio.

 Apabila bertemu setiap sperma akan cuba menembusi zonapellucida ovum. Biasanya hanya satu sahaja yang berjaya menembusi tiub itu. Selepas itu lapisan luar ovum akan menebal, ini bertujuan menghalang sperma lain menembusi lapisan itu. Percampuran sperma lelaki akan membentuk zigot. Implantation Pada peringkat ini proses penggantungan atau membenam embrio pada dinding uterus atau rahim. Ia juga di namakan al-uluq. Keadaan embrio dan dinding uterus umpama lintah atau pacat yang melekat pada kulit manusia. Ia melekat dengan kuat sekali dan agak sukar membuangnya. Setelah selesai persenyawaan antara sperma dan ovum, zigot akan membentuk sel yang lebih kecil dikenali sebagai blastomer. Pada hari ketiga 12 hingga 16 sel itu akan membentuk suatu yang menyerupai kertau yang di namakan morula yang kemudiannya membesar dan di penuhi oleh cecair dari bahagian dalam untuk membentuk semacam sebiji bola. Struktur yang membentuk bola ini di namakan blastula dan kaviti yang di penuhi cecair itu di namakan blastosel. Blastula hanya berukuran 0.1 mm dimeter. 

Kemudiaan trofoblas terus membiak dan membentuk suatu sel yang saling bertindihan serta kehilangan sempadan sel. Pada akhir minggu pertama, blastosista telah terbenam secara supertisial di dalam lapisan endometrium. Somites Di peringkat ini pula blok-blok bersegmen terbentuk juga di kenali somit. Pasangan pertama somit mula kelihatan antara hari ke 19 dan 21 di bahagian arah kepala embrio. 

Somit baru kelihatan seterusnya sebanyak tiga pasang setiap hari. Menjelang akhir minggu ke lima mendapati 42 hingga 44 pasang somit. Usia embrio ini dapat dikira mengikut jumlah bilangan somit kerana somit-somit ini membentuk ciri-ciri ketara. Pada minggu keempat muka, telinga dan leher terbentuk daripada lenkung-lenkung faring. Organogenesis Ianya bermula dari minggu keempat hingga kelapan. Pada masa ini tulang terbentuk, otot dan daging juga terbentuk. Sistem-sistem dan organ utama terbentuk pada peringkat ini. Minggu keenam merupakan kemuncak organogenesis, di mana sistem pengdengaran dan sistem penglihatan terbentuk serta daging, tulang dan kulit. Setelah selesai peringkat ini pembentukan fetus bermula. Fetus Fetus terbentuk pada akhir minggu kelapan. Pada masa ini semua tulang janin terbentuk dengan sempurna dan pembentukan uri juga lengkap. Perubahan yang berlaku pada ukuran bayi pada peringkat ini bukan dalam bentuk embrio lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)