[٣٥٣] ٢١٨ (١٣٧)- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ أَخْبَرَنَا
الْعَلَاءُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَوْلَى الْحُرَقَةِ عَنْ مَعْبَدِ بْنِ كَعْبٍ السَّلَمِيِّ عَنْ أَخِيهِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينِهِ فَقَدْ أَوْجَبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ وَإِنْ كَانَ شَيْئًا يَسِيرًا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِنْ قَضِيبًا مِنْ أَرَاكٍ
Yahya bin Ayyub, Qutaibah bin Sa`id dan `Ali bin Hujr, mereka semua meriwayatkan kepada kami daripada Isma`il bin Ja`far, Ibnu Ayyub berkata: Isma`il bin Ja`far meriwayatkan kepada kami, katanya: al-`Alaa' – dia adalah anak `Abd al-Rahman hamba bebasan al-Huraqah - menceritakan kepada kami daripada Ma`bad bin Ka`ab as-Salami daripada Abi Umamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang membaham hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memestikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.”
[٣٥٧] ٢٢٢ (٠٠)- و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ جَامِعِ بْنِ أَبِي رَاشِدٍ وَعَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَعْيَنَ سَمِعَا شَقِيقَ بْنَ سَلَمَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَلَفَ عَلَى مَالِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِغَيْرِ حَقِّهِ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ ثُمَّ قَرَأَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِصْدَاقَهُ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ { إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا }إِلَى آخِرِ الْآيَةِ
Dan Ibu Abi `Umar al-Makki meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Jami` bin Abi Rashid dan `Abd al-Malik bin A`yan, mereka berdua mendengar Syaqiq bin Salamah berkata: Saya mendengar Ibnu Mas`ud berkata:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang bersumpah atas harta seseorang dengan tidak sebenar / tanpa haknya / tipudaya maka dia akan menemui Allah dalam keadaan Allah murka terhadapnya.” `Abdullah berkata: “Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan kepada kami kebenarannya daripada kitab Allah { إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا } (maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menjual beli janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit) … sehingga ke akhir ayat.
Hadits-hadits riwayat Imam Muslim tadi menyatakan salah satu keistimewaan orang Islam di mana ia menunjukkan apabila sahaja seseorang itu Islam maka dia tidak boleh dianiaya, tidak boleh dikhianati dan tidak boleh dibaham hartanya dengan tidak betul. Sesiapa yang melakukan demikian maka Allah haramkannya syurga dan memestikan kepadanya neraka.