.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, August 12, 2014

1. PERISTIWA-PERISTIWA AKHIR ZAMAN : DARI HADITS RASULULLAH S.A.W

Menentang kaum memakai kasut dari bulu;- Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian (Umat Islam) memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan perisai yang diratakan;- (Muttafaq Alaih);- (Fakta Sejarah:- 1916 Orang Arab Memerangi Orang Turki).

Bencana Yang Menimpa Umat Manusia Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai
Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: 
(1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. 

(2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. 
(3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. 

(4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. 

(5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).;- (Fakta Sejarah;- 1919-1923: Keruntuhan Empayar Uthmaniah; 1932: Arab Saudi menjadi sebuah kerajaan tunggal, Iraq, Syria, Jordan terpecah daripada negara Arab Saudi; 1948 May Negara Israel dibentuk; 1948-1949: Perang Pertama Arab-Israel; 1962-1970: Perang Yaman; Bahrain, Qatar dan Kesatuan Emeriah Arab Bersatu terkeluar daripada Arab Saudi; 1973 Perang Arab-Israel Ke-Empat 4.)

Tentera al-Harith ibn Harran;- Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harran bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.”;- [ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].;- (Fakta Sejarah;- 1969: Yasser Arafat menjadi ketua 'Palestinian Liberation Organization' dan di tahun yang sama terbentuklah perajurit-perajurit tentera menentang keganasan). Keluar manusia dari arah Timur:- Abdullah ibn Harith ibn Juz’ al-Zubaidi berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Akan keluar manusia dari arah Timur yang akan membuka jalan (membantu al-Mahdi).”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 3088) ].

Pemerintahan Bani Hasyim:- Abdullah r.a. berkata, ”Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu.” Baginda bersabda;“ Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan tetapi ditentang. 

Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].

Pembai’ahan Al-Mahdi:- Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].(Fakta Sejarah;- 1975 Terbunuhnya Raja Faisal, Raja Arab Saudi; Bermulanya Perang Lubnan).

Persengketaan 3 anak khalifah:- Thauban r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: “Akan berbunuhan tiga 3 orang, merebut khazanah kamu (khazanah di Ka’bah). Mereka semua adalah anak khalifah dan tidak seorang pun yang berjaya menguasai khazanah itu. Kemudian akan keluar panji-panji hitam dari timur dan akan membunuh mereka.” Baginda kemudian bersabda sesuatu yang daku tidak ingat, dan “Jika kamu menemui beliau, pergi dan berbai’ah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana beliau adalah Al-Mahdi, Khalifah Allah.”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4084)].

Bahaya 30 Para Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat Muslim). Bahaya Para Dajjal Membawa Ajaran Yang Belum Pernah Didengar;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad, 20/349].

Bahaya Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”;- (Riwayat Muslim). Kesilapan Manusia Di Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar.

 Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220]. Bahaya Tujuh Puluh 70 Penyeru Neraka Jahannam;- Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu.” Bahaya Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-Sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).

Kesilapan Golongan Anti Hadith;-Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";- (Riwayat Abu Daud). Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud). Kesilapan Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).

Kesilapan Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).

Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;- Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad). Bahaya Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati).  Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim). Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa";- (Riwayat Ahmad).

Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nasihat Kejadian Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat Thabrani).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)