.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, October 1, 2015

KEMUSYRIKAN MENURUT MAZHAB SYAFI'I

Apabila seseorang menyembah kepada sesama makhluk, selain Allah, sementara makhluk yang disembah itu tidak dapat memberinya manfaat mahupun menimpakan bahaya, tetapi ia dijadikan sebagai sembahan yang ditaati, padahal ia adalah sama-sama makhluk seperti juga yang menyembah, yang tidak memiliki kekuasaan
apa-apa, bahkan terkadang yang disembah itu lebih rendah martabatnya daripada yang menyembah, seperti lembu betina, pohon, batu dan lain-lain; maka apakah layak seorang manusia yang diberi akal dan terhormat melakukan perbuatan seperti itu? Itulah kemusyrikan. Dan apakah ada pelecehan terhadap martabat manusia yang lebih parah dari kemusyrikan itu.

Membenarkan dan mengamalkan Khurafat
Inu berlaku ketika manusia berkeyakinan, bahawa makhluk itu dapat memberikan manfaat dan menimpakan bahaya kepada yang lain, sepertimana Allah. Kemudian dari keyakinan itu timbul cerita-cerita khurafat, tahayul dan kisah-kisah batil yang tidak dapat diterima oleh akal manusia dan tidak dapat dibenarkan oleh hati sanubari manusia.

Syirik adalah Kezaliman yang Terbesar
Allah berfirman:

 وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

 “Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim”        (QS: Al-Baqarah: 254)

Allah berfirman:

 إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

 “Sesungguhnya kemusyrikan itu adalah kezhaliman yang besar.” (QS: Luqman: 13)
Mana ada kezaliman yang lebih besar daripada sikap seseorang yang diciptakan oleh Allah, tetapi justru ia menyembah selain Allah? Atau ada orang  diberi rezeki oleh Allah, tetapi semestinya berterima kasih kepada selain Allah.
Zalim seperti ini adalah menzalimi diri sendiri, kerana ia menjadi penghalang untuk memperoleh kesenangan, kenikmatan dan kehidupan hatinya dari buah tauhid. Sementara di sisi lain, dirinya sendiri dibebani  dengan seksaan yang sebenarnya ia tidak mampu memikulnya.


Syirik Menimbulkan Rasa Takut
Ini adalah kerana orang yang musyrik (menyekutukan Allah dengan yang lain) tidak memiliki rasa percaya kepada Allah, ia juga tidak berserah diri kepada Allah. Ia merasa gelisah dengan jiwa tak berketetapan antara ketakutan, khurafat dan tahyul. Ia takut akan segala sesuatu. Ia khuatir akan kehidupannya dan rezekinya. Ia takut akan segala-galanya dan khuatir terhadap segala-galanya. Inilah kehidupan yang paling buruk.

Menyebarkan Perkara-perkara yang Negatif dalam Kehidupan Manusia
Orang yang musyrik selalu tidak percaya kepada diri sendiri, setelah tidak percaya kepada Allah. Ia selalu mengandaikan orang lain sebagai penolong dan perantara, seperti kepercayaan orang-orang Nashrani tentang al-Masih . Akibatnya, banyak potensi yang ada pada dirinya tidak digunakan sama sekali. 

Kemusyrikan adalah penyebab utama untuk masuk neraka. Allah berfiman:
إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah,maka pasti Allah akan mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya adalah neraka. Tidak ada orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (Al-Maidah: 72)
Tauhid adalah penyebab utama masuk syurga. Kerana orang yang musyrik tidak mempunyai masa depan kecuali neraka, disebabkan dosa kemusyrikan itu tidak akan diampuni selamanya. Allah  berfirman:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik.” (An-Nisa: 48)
Inilah bahaya-bahaya kemusyrikan dan pengaruh-pengaruh buruk yang ditimbulkannya pada kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat.

Pengertian Syirik Menurut Ulama Mazhab Syafi'i
1. Imam Al-Azhari asy Syafi’i
Beliau mengatakan,  Allah  menceritakan tentang hamba-Nya yang bernama Lukman al-Hakim, beliau berkata kepada putranya:
لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Janganlah kamu menyekutukan Allah dengan yang lain, kerana syirik itu merupakan kezaliman yang besar.”  (QS: Luqman: 13)
Syirik adalah kamu membuat sekutu bagi Allah dalam ketuhanan-Nya (Rububiah-Nya). Maha Luhur Allah dari sekutu-sekutu dan tandingan-tandingan. Makna ( لا تشرك)  dengan memakai huruf ba’ dalam (بالله) adalah : “kamu jangan menyepadankan Allah dengan yang lain sehingga yang lain itu kemudian kamu jadikan sekutu (kawan) bagi Allah. Begitu pula dalam firman-Nya:
بِمَا أَشْرَكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً
“… karena mereka menyekutukan  Allah (dengan yang lain) yang Alloh sendiri tidak menurunkan hujjah untuk mempersekutukan-Nya.” (QS: Ali Imran: 151)
Maka isyrak (menyekutukan) dalam ayat itu adalah menyepadankan Allah dengan yang lain. Dan siapa yang menyepadankan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah musyrik, kerana Allah itu satu, tidak ada sekutu, tidak ada tandingan mahupun bandingan-Nya.”

2. Imam Al-Raghib al-Ishfahani
Beliau menyatakan, “Syirik yang besar adalah menetapkan adanya sekutu bagi Allah. Misalnya, Fulan menyekutukan Allah dengan yang lain. Syirik ini adalah kekafiran yang paling besar.”

3. Imam al-Minawi
Beliau mengatakan, “Syirik adalah menyandarkan perbuatan yang  hanya Zat Yang Maha Esa semata berhak melakukannya kepada makhluk yang bukan haknya melakukan perbuatan itu.”

4. Al-‘Allamah Ali as-Suwaidi asy-Syafi’i

Ketika menjelaskan tentang syirik dan mengingatkan bahayanya, beliau berkata: “Ketahuilah -semoga Allah menjaga saya dan kamu dari kemusyrikan, kekafiran dan kesesatan. Semoga Allah memberikan taufik kepada kita menuju hal-hal yang disenangi dan diredhai-Nya, baik dalam perkataan mahupun perbuatan, bahawa syirik itu berlawanan dengan tauhid. Ke-duanya tidak akan bertemu. Seperti halnya kekafiran berlawanan dengan iman,  di mana keduanya bertolak belakang. Maka apabila ada orang disebut muwahhid (bertauhid), ini bermaksud ia meyakini keesaan Allah dan tidak menetapkan bahawa Allah itu punya sekutu. Dan seseorang tidak mungkin dapat disebut bertauhid (mengesakan Allah) dengan tauhid yang dikehendaki Allah, sebelum dia membersihkan diri dari segala sesuatu yang mengandungi unsur kemusyrikan kepada Allah (yang disembah).
Lawan dari muwahhid (bertauhid, mengesakan Allah) adalah musyrik (orang yang menyekutukan Allah dengan lain-Nya). Iaitu yang lahir dari kemusyrikan meskipun dengan salah satu dari macam-macam syirik, seperti dengan ucapan, sifat-sifat, perbuatan, keyakinan, mu’amalah (pergaulan), persetujuan, dan penilaiannya bahawa syirik itu baik. Begitu pula apabila ia rela mengucapkan atau mendengarkan kata-kata syirik.
Orang-orang pada masa jahiliyah, kerana dalam ibadah mereka telah melakukan syirik, menyekutukan Allah dengan hal-hal yang menurut mereka baik, kerana akal mereka  tidak berfungsi dan mereka selalu mengikuti kesesatan yang sudah jelas bersumber dari nenek moyang mereka, maka mereka tetap saja selalu menyembah berhala-berhala, patung-patung, pohon-pohon, kubur, tugu, batu-batu besar, dan lain-lain. Mereka minta keberkahan dari benda-benda tersebut seraya mengharapkan syafa’at (pertolongan) benda-benda itu di sisi Penciptanya.  Mereka berlindung kepada benda-benda tersebut, dan berpegang teguh dengan anggapan mereka, bahawa dengan itu, mereka mencukupi makan minum mereka.
Dari perbuatan syirik ini kemudian muncul kesesatan-kesesatan yang merupakan cabang-cabang dari pohon kemusyrikan itu. Seperti tahyul, bersumpah dengan menyebutkan benda-benda yang mereka jadikan tuhan, menggantungkan mantera-mantera, benda-benda pengasih ,dan azimat untuk memperoleh atau menolak apa yang mereka kehendaki. Maka dengan perbuatan itu mereka telah menyepadankan dan menyekutukan antara Allah dengan makhluk-Nya, iaitu dengan sama-sama dicintai, dijadikan harapan, ditakuti, dijadikan tempat berlindung, diyakini mampu mencegah, memberi, mendekatkan dan menjauhkan.
Perbuatan-perbuatan yang dilandasi dengan kebodohan ini kemudian berkembang dan merata, dan api kesesatan menyala di antara mereka, sampai  mereka membuat upacara-upacara agama yang tidak diizinkan oleh Allah. Mereka menjadikan binatang-binatang tertentu menjadi saibah, wasilah dan ham. Begitulah, orang-orang jahiliyah itu berbuat dalam kebodohan dan kesesatan, sampai kemudian Allah mengutus Nabi-Nya Muhammad sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, sekaligus mengajak mereka untuk menyembah Allah dengan izin-Nya, dan juga ibarat lampu yang memberikan penerangan.
Maka Nabi Muhammad  kemudian memberikan penerangan terbuka tentang hakikat tauhid dengan cara mengesakan Allah dan membersihkan diri dari penyembahan-penyembahan kepada lain-Nya. Dan itulah hakikat tauhid. Nabi juga menegaskan kepada orang-orang jahiliyah tentang keharusan untuk mengesakan Allah dan meninggalkan syirik (menyekutukan Allah dengan yang lain). Itulah tauhid yang dijelaskan Allah dalam kitab-Nya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad .
Allah menerangkan tauhid dengan membuat perumpamaan-perumpamaan, dan mengetengahkan keterangan secara jelas dan terperinci. Oleh itu. anda dapat melihat Al-Quran dan Hadis lebih banyak  menyebutkan syirik dan orang-orang yang musyrik daripada menyebutkan kekafiran dan orang-orang kafir.
Menyebut-nyebut syirik pada masa itu, dan pada masa sesudahnya, iaitu masa Sahabat dan Tabi’in adalah suatu hal yang dikenal. Bahkan menyebutnya sampai pada tingkat yang sangat masyhur. Tidak ada mulut yang mahu dikotori dengan menyebut syirik itu. Para ulama kemudian banyak membahas masalah murtad, dengan menyebut-nyebut hal-hal yang menyebabkan kafir, dan mereka tidak membahas hal-hal yang dapat menjadikan musyrik pada seseorang.
Setelah penjelasan ini, kita lihat bahawa syirik dalam uluhiyyah (menyembah Allah) tidak disebut-sebut. Padahal tauhid uluhiyyah (hanya menyembah Allah saja) merupakan pokok agama Islam. Tauhid inilah yang menyebabkan terjadinya pertentangan  antara para rasul dan umatnya; dan ajaran tauhid ini pula yang dibawa oleh para rasul di mana mereka diutus oleh Allah.
Sebagaimana ditegaskan oleh Allah  :
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
“Dan kami tidak mengutus sebelum kamu (Muhammad) seorang rasul pun, kecuali Kami memberikan wahyu kepadanya, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Aku. Oleh itu, sembahlah Aku.” (QS: Al-Anbiya’ : 25)

Jenis-Jenis Syirik Menurut Ulama Mazhab Syafi'i

1. Imam ar-Raghib al-Ishfahani
Beliau berkata, “Syirik yang dilakukan manusia dalam agama itu ada dua macam.
Pertama, Syirik besar, iaitu menetapkan adanya sekutu bagi Allah, dan ini merupakan kekafiran yang terbesar.
Kedua adalah syirik yang samar (tidak jelas) dan kemunafikan.”

2. Al-‘Allamah Ali as-Suwaidi  asy-Syafi’i
Beliau berkata, “Ketahuilah bahawa syirik itu adakalanya terjadi di Rububiyah,  dan adakalanya terjadi di Uluhiyah. Yang kedua ini dapat terjadi di dalam I’tiqad (keyakinan),  dan juga dapat terjadi di dalam mu’amalat khusus dengan Tuhan.
Syirik yang kedua ini, di mana kemudian timbul syirik ibadah, terbahagi menjadi ucapan dan perbuatan. Dan masing-masing dari dua ini, terdapat syirik besar (syirik akbar) yang tidak diampunkan. Pembicaraan kita sekarang adalah tentang syirik besar, di mana Allah mewajibkan kita untuk menjaga diri dari syirik itu. Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali setelah ia mengetahui syirik dengan macam-macam dan sebab-sebabnya.
Seorang penyair menyebutkan:
Ku kenali kejahatan bukan kerana kejahatannya, melainkan untuk menjaga diri dari kejahatan itu.
Siapa yang tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kejahatan, ia pasti akan jatuh dalam kejahatan itu.
Untuk menghindari bahaya kemusyrikan ini, Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan kepada Allah dari kemusyrikan. Padahal beliau adalah orang yang paling mengetahui Allah, dan yang paling takut kepada-Nya. Dalam sebuah doanya, beliau berkata:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ
“Wahai Allah, saya meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku minta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu sedangkan aku tidak mengetahui hal itu.” [HR: Ahmad dan lainnya, dishahihkan oleh Al-Albani]
Dan masih banyak lagi doa-doa Nabi  yang seperti itu, khususnya seruan-seruan beliau kepada Allah. Sementara Nabi Ibrahim juga meminta perlindungan  kepada Allah dari kemusyrikan. Beliau berkata:
وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
“…..dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim: 35)
Anak cucu Nabi Ibrahim adalah para nabi dan rasul. Apabila Nabi Muhammad  dan Nabi Ibrahim meminta perlindungan kepada Allah dari perbuatan syirik, dan mereka berdua khuatir melakukan perbuatan itu, padahal kedua orang itu adalah utusan-utusan Allah paling mulia. Maka bagaimana dengan orang-orang yang lain, siapa pun dia?
Syirik dalam Rububiyah (ketuhanan) tidak pernah dilakukan oleh orang kafir mana saja. Tidak ada yang mengatakan, bahawa pencipta alam ini ada dua yang sama wajib adanya (mesti adanya), meskipun sebagian orang kafir mengatakan tidak adanya tuhan, seperti yang dilakukan oleh Fir’aun dan lain-lain.
Adapun syirik dalam Uluhiyah (penyembahan), maka hal ini bermacam-macam berdasarkan siapa yang disembah. Namun tidak ada seorang pun yang mengatakan, bahawa alam raya ini mempunyai dua tuhan (yang wajib disembah), di mana keduanya sama sebanding, kecuali golongan berhalais (politeis). Golongan berhalais (politeis) yang menyembah selain Allah ini, mereka tidak mengatakan bahwa tuhan itu banyak, meskipun mereka menyebutkan sembahan-sembahan mereka itu dengan kata alihah (tuhan-tuhan). Dalam bahagian lain, Al-‘Allamah Ali as-Suwaidi asy-Syafi’i mengatakan: “Kesimpulannya, syirik itu ada dua macam. Syirik dalam Rububiyah, iaitu keyakinan, bahawa bersama Allah ada tuhan lain yang mencipta dan mengatur alam raya ini. Dan syirik dalam Uluhiyah, iaitu berdoa kepada selain Allah, baik doa itu merupakan doa ibadah maupun doa permintaan”.


4. Imam Ahmad Ibn Hajar Ali Bathmi asy-Syafi’i
Menggarisbawahi apa yang dikatakan Imam Ibnu Taimiyah, Imam Ahmad bin Hajar mengatakan sebagai berikut,  “Syirik itu ada dua macam; syirik besar dan syirik kecil. Siapa yang bersih (bebas) dari k dua syirik itu, ia pasti masuk Syurga. Siapa yang meninggalkan dunia dan masih melakukan syirik besar, maka ia pasti masuk Neraka. Sementara orang yang bersih dari syirik besar, tapi ia melakukan sebahagian syirik-syirik kecil, sedangkan kebajikan-kebajikannya lebih banyak dari dosa-dosanya, maka ia akan masuk Syurga.
Tetapi orang yang bersih dari dosa-dosa syirik besar, sedangkan dosa-dosanya dari syirik kecil juga banyak, sehingga dosa-dosa keburukannya lebih banyak daripada kebajikannya, maka ia akan masuk Neraka. Orang yang melakukan syirik akan dihukum apabila syiriknya termasuk syirik besar, atau syirik kecil tetapi banyak jumlahnya. Sementara orang yang melakukan syirik kecil yang jumlahnya sedikit diikuuti dengan keikhlasan yang banyak, maka ia tidak dikenai hukum apa-apa.
Perbuatan yang termasuk syirik besar adalah sujud  dan nazar kepada selain Allah .   Sedangkan yang termasuk syirik kecil adalah riya’, bersumpah dengan menyebut selain Allah   apabila yang bersangkutan tidak bermaksud mengagungkan makhluk sebagaimana mengagungkan Allah.”    
KEMUSYRIKAN MENURUT MADZHAB SYAFI'I
“ Kemusyrikan Menurut Madzhab Syafi`i “ karya  Dr. Abdur Rahman al-Khumayyis









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)