.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 6, 2015

Lapar dan Tercelanya Banyak Makan





"Semakin seseorang memanjakan perutnya dengan melahap apa saja yang dia sukai, semakin giat dia mengejar dunia. Semakin sering seseorang melaparkan perutnya, semakin jarang ia mencari dunia"

Menahan lapar adalah salah satu perbuatan yang paling mulia. Jika diiringi dengan niat yang benar-benar kerana Alah semata-mata, seorang hamba akan mencapai darjat yang sangat tinggi.

Setidaknya ada tujuh niat untuk mendapatkan kebaikan ketika seseorang menahan lapar. Imam Abu Thalib Al-Makki dalam bahagian kedua kitabnya yang berjudul Ilmu al-Qulub (Ilmu Rohani/Psikologi) menjelaskan tujuh niat tersebut adalah seperti.

1). Meredam dan Mengendalikan Hawa Nafsu
Hawa nafsu perlu dikendalikan agar dapat melaksanakan berbagai ketaatan dan memenuhi perintah Tuhan, demi memperoleh redha-Nya serta darjat yang tinggi. Allah S.w.t berfirman: “Adapun orang-orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”
(QS Al-Nazi’at : 40-41.)

Imam Al-Makki mengutip perkataan beberapa sufi terkenal, di antaranya Yahya ibn Mu’adz, yang mengungkapkan:

“Seandainya kamu meminta syafa’at (pertolongan) melalui para malaikat yang tinggal di tujuh lapis langit, 124 ribu nabi, semua kitab suci, hikmah, dan para wali, supaya kamu dapat  meninggalkan dunia dan menjalankan ketaatan, mereka tidak akan memenuhi permintaanmu. Tetapi, jika kamu memintanya melalui rasa lapar, ia akan memenuhi permintaanmu dan mendorongmu kepada ketaatan.”

Penjelasannya, rasa lapar mempunyai daya yang sangat besar dalam mendorong diri seseorang untuk melakukan ketaatan. Kerana  ia sanggup melemahkan nafsu syahwat yang selalu mendorong kepada kejelekan, betapa pun kuatnya tekanan hawa nafsu itu pada diri seseorang.

Sahal ibn ‘Abdullah berkata :
 “Demi Allah, Yang tidak ada Tuhan selain Dia, orang-orang yang terbiasa melakukan apa yang dibenci Allah tidak akan berubah menjadi orang-orang yang melakukan apa yang dicintai Allah, kecuali dengan lapar. Manusia tidak akan menjadi manusia yang benar kecuali dengan lapar.”

Al-Hajjaj ibn Al-Gharafidhah pula mengatakan:
“Aku menemui sekelompok orang yang sedang beribadah sambil menahan lapar di Makkah. Aku bertanya kepada mereka, “Beri tahulah aku, mengapa Allah memerintahkan para wali-Nya untuk berlapar-lapar.”.
Mereka menjawab:
“Tidaklah kamu lihat bahawa ketika haiwan ternakan atau unta tidak mahu menuruti keinginan pemiliknya, yang dilakukan sang pemilik (supaya haiwan-haiwan ternakannya mahu menuruti keinginannya) adalah tidak memberi makan kepada mereka. Sesungguhnya bila seorang hamba melaparkan dan mendahagakan diri, Allah t membanggakan hamba itu di hadapan para malaikat. Tidak ada seorang hamba yang Allah banggakan kecuali kelak di akhirat kepalanya akan dimahkotakan dengan mahkota cahaya. Allah mengutus para malaikat untuk membawa cahaya dan perhiasan dari yaqut merah dan kuning serta permata yang sangat indah. Mereka juga membawa kenderaan dari zamrud nan hijau. Semua itu oleh para malaikat dibawa ke makam orang-orang yang sewaktu di dunia suka menahan lapar dan dahaga. Orang-orang itu kemudian dibangkitkan dari kubur lalu dinaikkan ke atas kenderaan yang telah disediakan, dan mereka pun pergi menuju Allah “.

Ibrahim ibn Adham mengkhabarkan :
“Aku telah menerima suatu riwayat bahawa iblis melihat Nabi Isa a.s berlapar di malam dan siang hari, iblis bertanya, “Mengapa kau berlapar seperti itu? Mahukah kamu aku bawakan makanan?“, Nabi Isa a.s menjawab, “Kamu tahu bahawa sesungguhnya jika aku berkata kepada gunung-gunung dan lembah-lembah ‘Jadilah kalian makanan atas izin Allah’, mereka pasti menjelma menjadi makanan. Kamu adalah musuhku dan hawa nafsu adalah mata-matamu yang ada padaku.”.

Hawa nafsu adalah mata-mata iblis. Hawa nafsu selalu menanggapi keinginan iblis, dan syaitan selalu memuaskan keinginan hawa nafsu. Hawa nafsu juga selalu meminta bantuan iblis untuk memudahkan apa yang diinginkannya dan iblis selalu mengembuskan bisikannya ketika menggoda seseorang lewat hawa nafsu. Rasa lapar menutup gejolak hawa nafsu sehingga ia tidak mampu untuk  menyampaikan keinginannya kepada iblis.

Setelah hawa nafsu tidak berdaya kerana ditakluk oleh lapar, mucullah kemudian watak spiritual  yang siap menerima limpahan cahaya Ilahi dan beragam ilmu pengetahuan.

“Aku sedang melaparkan dan melemahkan mata-matamu, sehingga dia tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menyampaikan berita tentang aku kepadamu. Laparku sungguh membuatmu marah sekaligus lemah dan tidak ada yang aku inginkan dari dunia selain itu (kemarahan dan kelemahanmu).”

Syair Ibrahim ibn Adham tentang lapar:

“Kulihat lapar mengalahkan godaan roti nan lezat
Dan rayuan air Sungai Efrat yang mengalir bening
Kulihat lapar mendorong orang untuk solat
Kulihat kenyang mendorong orang untuk tidur berbaring”



2). Meneladani Perilaku Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat

Keutamaan selanjutnya ketika seseorang menahan lapar adalah, Meneladani perilaku Rasulullah s.a.w dan para Sahabat agar dimasukkan ke dalam kelompok mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa meniru suatu kaum, ia adalah sebahagian dari mereka.”.

Sayyidina Ali bin Abi Thalib R.a bercerita:
 “Suatu hari aku masuk ke rumah Rasulullah s.a.w. Aku lihat, Beliau bertelungkup di atas tikar sambil menyembunyikan wajah. Tubuhnya terlihat lemah kerana menahan lapar. Ketika itu Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Dengan lapar dan dahagaku, ampunilah umatku atas dosa-dosa mereka’.”.

Sayyidatina Aisyah r.a pula meriwayatkan,
 “Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya biasa menahan lapar.”.

Abu Hurairah r.a berkata,
“Kamu lihat, aku merintih di antara makam Nabi s.a.w dan mimbar kerana lapar, sehinggai orang ramai mengatakan bahawa aku gila. Aku bukan gila, melainkan lapar.”. Pernah suatu kali, ketika Rasulullah s.a.w mengimamkan solat, beberapa Sahabat tidak sanggup berdiri kerana lapar. Seteleh selesai s0lat, Rasulullah  s.a.w menoleh ke arah mereka dan bersabda, “Seandainya kalian tahu apa yang akan kalian dapatkan di sisi Allah (kerana lapar kalian), nescaya kalian akan menambah (lapar kalian).”.

Ibn Abbas r.a meriwayatkan: Rasulullah s.a.w suatu hari menjenguk seorang laki-laki Anshar yang sedang sakit. Beliau bertanya, “Apakah kamu menginginkan sesuatu?”, Laki-laki itu menjawab, “Ya, roti gandum.”, Beliau berkata, “Siapa yang memilikinya, bawalah ke mari.”. Seorang laki-laki pulang dan kembali lagi sambil membawa sepotong roti, lalu diberikannya kepada laki-laki yang sedang sakit itu.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Dzarr, “Sedikitlah makan dan sedikitlah bicara, kamu akan bersamaku di syurga seperti dua jari ini (Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah).”.

Baginda s.a.w juga bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling dekat tempatnya denganku di antara kalian pada hari Kiamat adalah orang yang lapar, dahaga, dan kesedihannya panjang di dunia.”.

Abu Hurairah r.a dan Ibn Mas’ud bersama tiga sahabat lain pada suatu hari menemui Rasulullah s.a.w. Mereka semua dalam keadaan lapar. Mereka berkata, “Ya Rasulullah, adakah sedikit roti? Kami lapar.”. Rasulullah s.a.w tidak memiliki makanan untuk mereka selain bubur gandum. Mereka pun memakannya, tetapi tidak merasa kenyang. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, sampai bilakah kami dalam kelaparan?”.

Beliau bersabda, “Kalian tidak akan menjadi suci dalam kelaparan, tetapi bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan teruslah bersyukur. Sesungguhnya aku tidak menemukan suatu kaum yang masuk syurga tanpa dihisab kecuali orang-orang yang sabar.”.

Bukanlah lapar itu sendiri yang membuat seseorang suci, melainkan faktor yang mengikutinya, berupa sabar dan taqwa. Itulah yang membersihkan dan menyucikan jiwa.

3). Mengurangkan Kenikmatan Duniawi Dalam Diri

Rasulullah s.a.w bersabda, “Akan datang kepada manusia suatu zaman yang pada ketika itu keadaan mereka yang paling kuat adalah lapar, ilmu mereka yang paling baik adalah diam, dan ibadah mereka yang paling utama adalah tidur.”.

Dalam sebuah riwayat disebutkan, “Barangsiapa rela dengan rezeki yang sedikit dari Allah, Maka Allah rela terhadapnya dengan amal yang sedikit.”.

Al-Makki mengutip kata Hatim Al-Ashamm:
"Tinggalkan nafsu syahwat, kamu tidak akan menjadi pelayan para pemburu dunia!, Tinggalkanlah kesenangan dunia, kamu akan selamat dari dosa!, Tinggalkan ketamakan, kamu akan terhindar dari kesedihan!, Semakin seseorang memanjakan perutnya dengan melahap apa saja yang dia sukai, semakin giat dia mengejar dunia. Semakin sering seseorang melaparkan perutnya, semakin jarang ia mencari dunia".

4). Mendapatkan Ketenangan dan Rasa Kenyang di Akhirat

Satu hari pada hari kiamat (di akhirat) lamanya sama dengan 50 ribu tahun di dunia, dan di sana tidak ada makanan, minuman, istirahat, dan kententeraman. Rasulullah s.a.w bersabda, “Manusia akan dikumpulkan pada hari Kiamat dalam keadaan lapar dan dahaga, dan sesungguhnya orang-orang yang lapar di dunia akan menjadi orang-orang yang kenyang di akhirat.”.
“Jika kau mampu, ketika maut menjemputmu, perutmu dalam keadaan lapar dan kerongkonganmu merasa dahaga, lakukanlah. Dengan begitu, kamu akan memperoleh kedudukan yang paling mulia, digabungkan bersama para nabi, dan para malaikat akan gembira dengan kedatangan rohmu kepada mereka.”.
“Yang paling aku khuatirkan atas diri kalian adalah nafsu syahwat yang ada pada perut dan kemaluan kalian.”.

5). Mempersedikit qada hajat :

Maka dengan yang demikian, diharapkan ia memperoleh darjat orang yang benar dan malu.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat, “Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”, para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana cara kami malu kepada Allah?”, Badinda s.a.w bersabda, “Orang yang benar-benar malu kepada Allah hendaknya menjaga perut dan apa yang dimakannya, menjaga kepala dan apa yang dikandungnya, serta mengingati mati dan akhirat.”.

Menjaga perut adalah membuatnya lapar kerana Allah dan mempersedikit makanan yang dimasukkan ke dalamnya supaya sedikit pula yang keluar darinya.

Malik bin Dinar berujar, “Aku merasa malu kepada Tuhanku kerana sering ke bilik air (tandas) untuk qada hajat . Aku begitu malu sehingga aku berangan-angan, sekiranya Allah menjadikan rezekiku berupa butiran-butiran pasir, sehingga aku dapat menahannya hingga maut menjemputku.”.

Ketika menggambarkan para Sahabat Nabi s.a.w, Hasan Al-Basri r.a berkata,
“Di antara mereka ada yang setelah makan berangang-angan, andai saja apa yang telah dimakannya tetap berada dalam perutnya seperti diamnya batu di dalam air, sehingga ia tidak perlu lagi mencari makanan.”.

6). Menghindarkan Diri Dari Kemurkaan Allah dan Menjauhi Yang Dibenci-Nya

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada sesuatu yang lebih dibenci Allah daripada perut yang terisi penuh walaupun dengan yang halal....”

Dalam sebuah riwayat, bumi menjerit kepada Allah atas tiga orang:
1. Orangtua yang berzina,
2. Orang miskin yang sombong, dan
3. Orang yang menjejali perutnya dengan makanan dan minuman.

Orang yang kenyangnya ada di antara dua lapar, ia telah mengikuti jejak para sahabat Nabi s.a.w. Jika seseorang berpuasa seumur hidupnya dengan berbuka pada malam hari dan berpuasa lagi keesokan harinya, ia berada di antara dua lapar. Lapar orang seperti ini lebih banyak dari kenyangnya.

7). Melatih dan Memelihara Kepekaan

Lapar dapat melatih dan memelihara kepekaan kepada orang yang akrab dengan lapar, penderitaan, dan kesulitan hidup lainnya. Nabi Yusuf a.s, sewaktu menjadi bendahara kerajaan di Mesir, ditanya mengapa ia tidak pernah mengenyangkan diri dengan makanan. Beliau menjawab, “Aku takut jika aku kenyang aku lupa kepada orang yang lapar.”.

Diriwayatkan bahawa, Hatim Al-Tha’i mempunyai seorang ayah yang banyak harta. Ia menyuruh Hatim supaya tidak banyak memberi, tetapi Hatim malah tidak berhenti memberi. Ada yang memberi saranan kepada ayah Hatim, “Jika Tuan ingin Hatim berhenti, Tuan harus mengurungnya di dalam rumah selama beberapa hari. Selepas itu, ia tidak akan memberi lagi.”. Ayah Hatim pun melaksanakan nasihat itu. Ia mengurung Hatim di dalam rumah.
Setelah sebulan dikurung, barulah Hatim dilepaskan. Si ayah yakin bahawa, setelah dikurung, Hatim tidak akan mengulangi kebiasannya lagi. Maka itu, ia memberi Hatim dua ratus unta.
Akan tetapi Hatim memanggil penduduk kampung seraya berkata, “Barangsiapa mengambil unta di antara unta-unta ini dengan tali, unta itu menjadi miliknya.”. Mereka pun berbondong-bondong mengambil unta, dan habislah semua unta di tangan Hatim.

Setelah pulangnya ke rumah, Hatim menceritakan hal itu kepada ayahnya. Si ayah bertanya, mengapa ia masih berbuat seperti itu. Hatim menjawab, “Rasa lapar telah mendorongku untuk tidak kikir dengan apa yang aku miliki.”.

SUMBER

 تحميل وقراءة كتاب قوت القلوب



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)