.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 19, 2015

Surah Al-Ahqaf Ayat 15 dan 16






JALALAIN :

(Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya) menurut suatu qiraat lafaz Ihsaan dibaca Husnan; maksudnya: Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Lafaz Ihsaanan adalah Mashdar yang dinashabkan oleh Fi'ilnya yang diperkirakan keberadaannya; demikian pula penjabarannya bila dibaca Husnan (ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah pula) ertinya penuh dengan susah payah. (Mengandungnya hingga membelanya) dari penyusuannya (adalah tiga puluh bulan) yakni dalam masa enam bulan sebagai batas yang paling minimum bagi mengandung, sedangkan bakinya dua puluh empat bulan, iaitu lama masa penyusuan yang maksima. Menurut suatu pendapat disebutkan bahawa jika ibu mengandungnya selama enam bulan atau sembilan bulan, maka bakinya adalah masa penyusuan (sehingga) menunjukkan makna Ghayah bagi jumlah yang diperkirakan keberadaannya, yakni dia hidup sehingga (apabila dia telah dewasa) yang dimaksud dengan pengertian dewasa ialah kekuatan fizikal dan akal telah sempurna iaitu sekitar usia tiga puluh tiga tahun atau tiga puluh tahun (dan umurnya sampai empat puluh tahun) yakni genap mencapai empat puluh tahun, dalam usia ini seseorang telah mencapai batas maksima kedewasaannya (ia berdoa, "Ya Rabbku!) dan seterusnya. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar As-Shiddiq, iaitu sewaktu usianya mencapai empat puluh tahun sesudah dua tahun Nabi saw. dilantik menjadi rasul. Lalu ia beriman kepada Nabi saw. lalu beriman pula kedua orang tuanya, lalu menyusul anaknya yang bernama Abdurrahman, lalu cucunya yang bernama Atiq (Tunjukilah aku) maksudnya berilah ilham (untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan) nikmat tersebut (kepadaku dan kepada ibu bapaku) iaitu nikmat tauhid (dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai) maka Abu Bakar segera memerdekakan sembilan orang hamba sahaya yang beriman; mereka disksa kerana memeluk agama Allah (berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada cucuku) maka semua anak cucunya adalah orang-orang yang beriman. (Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.")
(Mereka itulah) maksudnya yang mengatakan ucapan ini, iaitu Abu Bakar dan lain-lainnya (orang-orang yang Kami terima dari mereka amal baik) lafaz Ahsana di sini bermakna Hasana (yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni syurga) lafaz Fii Ash-haabil Jannah berkedudukan menjadi Hal atau kata keterangan keadaan maksudnya, mereka digolongkan ke dalam para penghuni syurga (sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka) iaitu sebagaimana yang telah diungkapkan dalam ayat yang lain, yakni firman-Nya,

وَعَدَ اللَّـهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ 

"Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga." (At-Taubah : 72).


IBNU KATHIR :

Kami memerintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandung dan melahirkannya dengan susah payah. Pada masa mengandung dan membelanya selama tiga puluh bulan ibu merasakan berbagai penderitaan. Ketika anak telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orangtuaku. Berilah aku petunjuk untuk selalu melakukan amal kebaikan yang Engkau redhai. Jadikanlah anak keturunanku sebagai orang yang soleh. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dari segala dosa, dan aku termasuk orang yang berserah diri kepada-Mu.".
Berdasarkan ayat ini, dapat diketahui bahawa masa mengandung setidaknya berlangsung selama enam bulan. Disebutkan bahawa masa mengandung dan masa menyusui selama 30 bulan. Sementara, dalam surah Luqmân ayat 14, disebutkan bahawa masa menyusui berlangsung selama dua tahun (24 bulan) Dalam dalam surah Al- Baqarah ayat 233 disebutkan juga bahawa masa menyusui berlangsung selama dua tahun penuh. Maka, kalau masa mengandung dan masa menyusui –iaitu 30 bulan– itu dikurangi masa menyusui saja –iaitu 24 bulan– dapat diketahui bahawa masa mengandung adalah enam bulan. Dan hal ini sesuai dengan penemuan ilmiah bahawa seorang bayi yang lahir pada usia kehamilan enam bulan dapat hidup.
Mereka yang mempunyai sifat-sifat terpuji seperti itu adalah orang-orang yang Kami terima amal baiknya. Kesalahan-kesalahan mereka pun Kami ampuni bersama kelompok penghuni syurga. Kami akan mewujudkan janji benar yang pernah Kami ucapkan kepada mereka di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)