.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 6, 2015

USAH BIAR HATI MENJADI KERAS

“Empat perkara menjadi tanda kejahatan, iaitu, hati yang keras, mata yang beku, sentiasa angan-angan dan panjang harapan.”

Maka yang demikan, jangan bersifat 
keras hati dan bersikap kasar, sehingga apabila diberi nasihat tidak akan memberi kesan apa pun. Hati tidak akan merasa hiba lagi, bila disebutkan maut, dan tidak gentar mendengar janji-
janji balasan dan Allah dan ancaman-Nya mengenai keadaan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w:

أبعد الأشياء من الله تعالى القلب القاسي.

 “Yang amat jauh kepada Allah Ta’ala ialah hati yang keras.”

Juga sabda Baginda s.a.w lagi:

من الشقاء أربع: قسوة القلب, وجمود العين, والحرص, وطول الأمل

 “Empat perkara menjadi tanda kejahatan, iaitu; Hati yang keras, mata yang beku, sentiasa angan-angan dan panjang harapan.”.

Maka bersamalah kita menjauhi empat sifat yang berbahaya itu!. Dalam sebuah Hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل.

 “Ingatlah bahawa Allah tiada akan menerima doa dari hati yang lalai.“.

Sifat lalai itu adalah sifat yang lain, tidak sama dengan sifat keras hati. Sifat ini adalah tercela dan mengandungi bahaya yang besar. Hati yang lalai ialah hati yang tidak tahu diuntung dan tidak sedar ketika diingatkan dengan berbagai-bagai petunjuk dari perintah-perintah Allah  dan larangan-larangan-Nya. maka tidak akan menghiraukan sama sekali nasihat-nasihat itu kerana hatinya telah dibelenggu oleh sifat lalai dan lupa disebabkan terlalu banyak urusan pekerjaan dan permainan dari bermacam-macam keindahan dunia dan peluasan hawa nafsu. Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w.:

٢٠٥. وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ 

“Ingatlah Tuhan didalam hatimu dalam keadaan rendah hati dan takut, dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang lalai.”.
 (Al-A’raf: 205)

Allah telah melarang Rasul-Nya supaya tidak menjadi orang yang laIai, sebagaimana Dia melarang juga supaya tidak mentaati orang-orang yang lalai itu atau mengikuti jejak langkah mereka.

Seseorang itu dikira lalai apabila ia tiada mengingat mati, dan tiada memandang berat tentang keadaan yang bakal berlaku sesudah mati, begitu juga ia tergolong ahlis-sa’adah (orang-orang yang berbahagia), atau tergolong ahlis-syaqawah (orang-orang yang celaka), ia tidak pernah mau memikirkan semua itu.

Seseorang itu dikira lalai juga apabila ia tiada selalu mendampingi para alim ulama yang akan mengingatkannya akan Allah dan agamanya. dan yang akan menyedarkannya akan hari-harinya yang sementara dan nikmat-nikmat Allah  yang sedang diterimanya, di samping janji-janji dan ancaman-Nya. Bukankah para alim ulama itu sering memperhatikan agar seseorang itu sentiasa berada dalam taat kepada Allah dan jauh dari maksiat-Nya dengan menaburkan nasihat-nasihat yang berguna dan menunjukkan perbuatan-perbuatan yang baik? Sekiranya para alim ulama itu tiada lagi, maka cukuplah buku-buku yang mereka susun itu untuk menggantikan mereka.

Walau bagaimanapun dunia ini tidak akan luput dari para alim ulama Insya Allah, meskipun kerosakan zaman telah umum di mana-mana. Perkara-perkara yang batil dan fitnah-fitnah telah banyak tersebar, sedang orang yang mencetuskannya bermaharajalela meliputi orang-orang yang di peringkat tinggi dan rendah. Mereka itu telah membelakangi Tuhan dan membelakangi perintah-Nya, serta tiada menegakkan yang haq. Hanya orang-orang yang teselamatkan dari bencana ini sedikit sekali bilangannya, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w:

لاتزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق, لايضرهم من ناوأهم, حتى يأتي أمر الله.

 “Sekumpulan dari umatku akan terus berdiri teguh atas kebenaran, tiada akan membahayakan mereka siapa yang menentangnya, sehinggalah tiba ketentuan dari Allah Ta’ala.”.

Maka marilah kita  mempertahankan kebenaran dan berdiri atas Kitab Allah yakni Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya (Hadis) pada bila-bila masa sekalipun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)