.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 20, 2015

Surah Muhammad Ayat 15

JALALAIN :

(Perumpamaan) gambaran tentang (syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa) dan yang menjadi milik bersama bagi orang-orang yang memasukinya. Lafaz ayat ini menjadi Mubtada, sedangkan Khabarnya ialah (yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya) dapat dibaca Aasinin atau Asinin, jika dibaca Aasinin wazannya sama dengan lafaz Dhaaribin, jika dibaca Asinin Wazannya sama dengan lafazHadzirun. Ertinya, airnya tidak berubah atau tidak berbeza dengan air dunia yang dapat berubah kerana ada sesuatu yang mencampurinya (sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya) berbeza dengan air susu di dunia, kerana air susu di dunia keluar dari susu (sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya) sangat lazat rasanya (bagi peminumnya) berbeza halnya dengan khamar di dunia, khamar dunia rasanya tidak enak bila diminum (dan sungai-sungai dari madu yang disaring) berbeza dengan madu di dunia, keranamadu di dunia keluar dari perut lebah  kemudian bercampur dengan lilin dan lain sebagainya (dan mereka memperoleh di dalamnya) berbagai macam jenis (dari aneka ragam buah-buahan, dan keampunan dari Rabb mereka) Rabb mereka rela terhadap mereka di samping kebaikan-Nya yang terus melimpah bagi mereka tanpa henti-hentinya, iaitu berupa kenikmatan-kenikmatan yang telah disebutkan tadi. Berbeza dengan l seorang tuan atau pemilik hamba sahaya di dunia, kerana sesungguhnya sekalipun majikan dari hamba sahaya itu berbuat baik kepadanya hal itu diikuti dengan amarahnya, yakni terkadang majikan memarahinya (sama dengan orang yang kekal dalam neraka) lafaz ayat ini menjadi Khabar dari Mubtada yang diperkirakan keberadaannya yakni, apakah orang yang berada dalam kenikmatan tersebut sama dengan orang yang kekal di dalam neraka (dan diberi minuman dengan air yang mendidih) yakni air yang sangat panas (sehingga memotong-motong ususnya?) ertinya, minuman itu menghancurkan dan merobek isi perutnya. Lafaz Am'aa adalah bentuk jamak dari lafaz Mi'a, sedangkan huruf Alifnya adalah ganti dari huruf Ya, kerana sebahagian dari mereka ada yang mengatakan Mi'yaani.



IBNU KATHIR :

Syurga yang telah dijanjikan kepada orang- orang yang bertakwa memiliki sungai yang airnya tidak pernah berubah, sungai susu yang rasanya tidak pernah rosak, sungai khamar yang rasanya lazat ketika diminum, dan sungai madu yang telah disaring. Mereka akan memperoleh berbagai macam buah-buahan dan keampunan dari Tuhan. Apakah syurga mereka itu sama dengan balasan orang yang kekal di dalam neraka dan diberi minum dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?.

 Ayat di atas menjelaskan bahawa air yang tidak mengalir dan berubah adalah air yang membahayakan kesihatan. Dengan demikian, ayat ini telah menjelaskan hal itu jauh beberapa abad sebelum penciptaan mikroskop. Kini, setelah penciptaan mikroskop, orang dapat mengetahui bahawa pada air yang tidak mengalir dan berubah terdapat jutaan bakteria yang dan virus yang membahayakan kesihatan manusia dan haiwan melalui berbagai macam penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)