.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 5, 2015

NILAI SEKEPING HATI


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Kemuliaan dan keutamaan manusia terletak pada kesiapannya untuk mengenal Allah (makrifat). Pengetahuan tersebut di dunia merupakan suatu keindahan, kesempurnaan, dan kebanggaan. Adapun di akhirat, ia adalah bekal dan simpanan untuk menghadapi hari pembalasan. Manusia dapat bersiap diri untuk mengenal Allah hanya dengan hatinya. Hati merupakan media untuk mengenal Allah, mendekat kepada-Nya, beramal untuk-Nya, dan bergerak menggapai-Nya. Hatilah yang akan disingkapkan berbagai rahsia (kasyaf) dari sisi-Nya.

Adapun segenap anggota badan hanyalah pengikut, pembantu, dan alat bagi hati. Segala puji bagi Allah, yang melihat segala rahsia sanubari dan mengetahui segala yang dipendam hati. Salawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, pemimpin para rasul dan pengumpul ajaran-ajaran agama yang berserakan, dan juga kepada keluarganya yang bersih nan suci.

Hati (qalb), jiwa (nafs), ruh (ruh), dan akal (‘aql) mempunyai satu makna yang sama, iaitu suatu yang lembut, tidak kasat mata (lathifah), yang bersifat rabbani dan ruhani, yang merupakan penggerak manusia dan media baginya untuk mengenal dan mengetahui. Maka penggerak yang boleh mengenal dan mengetahui pada diri manusia ini, kadang dinamakan hati, roh, akal, dan terkadang pula jiwa.

Namun, kata hati kadang dimaksudkan untuk menyebut daging yang terletak di sisi kiri dada manusia. Hati dengan makna ini (baca: jantung) juga terdapat pada tubuh haiwan dan ia berasal dari alam malakut dan syahadah.

Kata jiwa pun kadang dimaksudkan untuk menyebut suatu konsep yang mencakupi semua potensi amarah dan nafsu yang ada pada diri manusia. Kata roh juga kadang dimaksudkan untuk menyebut suatu lembut yang bersumber dari rongga jantung lalu menyebar ke segenap organ tubuh melalui jaringan pembuluh darah.

Demikian pula kata akal, terkadang dimaksudkan untuk menyebut pengetahuan mengenai hakikat segala perkara. Namun, jika yang dimaksud dengan akal adalah media untuk mencerap berbagai pengetahuan, itu adalah hati. Dengan demikian, empat kata tersebut mempunyai satu makna yang sama (musytarak), iaitu suatu  lembut, tidak kasat mata, yang bersifat rabbani dan ruhani, yang merupakan penggerak manusia dan media baginya untuk mencerapi dan mengetahui.

Bala Tentara Hati

Hati mempunyai bala tentara yang dapat dikelompokkan menjadi tiga pasukan.

1. Pasukan pendorong dan penyemangat, baik untuk mendatangkan manfaat yang diinginkan—sebagaimana yang dilakukan oleh perajurit yang bernama nafsu(syahwah) mahupun untuk menolak bahaya yang merosakkan sebagaimana yang dilakukan oleh perajurit yang bernama amarah (ghadhab). Pasukan penyemangat ini dinamakan kehendak (iradah).

2.  Ppenggerak anggota badan untuk mewujudkan apa yang diinginkan pasukan kehendak. Pasukan ini dinamakan kekuatan {qudrah).

3.  Bertugas untuk mencerap dan mengetahui berbagai perkara, laksana mata-mata. Mereka adalah indera penglihat, pendengar, pencium, perasa, dan peraba. Pasukan ini dinamakan ilmu dan pencerapan (indrak).

Keistimewaan Hati Manusia

Hati manusia memperoleh kemuliaan dan kedudukan yang tinggi serta kelayakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Keistimewaan ini adalah disebabkan oleh ilmu dan kehendak yang dimilikinya.

Apa yang dimaksud dengan ilmu adalah pengetahuan mengenai berbagai hal yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi dan berbagai hakikat yang bersifat rasional. Pengetahuan ini bersifat metafizik, tidak kasat mata, dan tidak dimiliki oleh bangsa haiwan.

Mengenai kehendak (iradah), jika seseorang melalui bantuan nalurinya mengetahui dampak dari suatu perbuatan dan jalan untuk meraih kemaslahatannya, akan muncul dari dalam dirinya suatu hasrat untuk meraih kemaslahatan tersebut serta hasrat untuk menempuh jalan kemaslahatan tersebut. Kehendak di sini berbeza dari kehendak nafsu dan kehendakyang dimiliki bangsa haiwan. Bahkan ia berlawanan dengan tabiat nafsu itu sendiri. Contohnya, nafsu berkehendak menghindari pembedahan, tetapi naluri menghendakinya atas sebab ingin sihat.

Jadi, hati manusia diberi keistimewaan berupa ilmu dan kehendak, dua perkara yang tidak dimiliki oleh bangsa haiwan. Bahkan seorang anak kecil pada masa-masa awal pertumbuhannya pun belum memiliki kedua-dia ini. Kedua ini akan dimiliki anak sesudah mencapai usia baligh.

Dalam memperoleh ilmu dan kehendak, seorang manusia memiliki dua tahap:

1. Jiwa seorang yang sudah dipenuhi dengan pengetahuan-pengetahuan asas (‘ulum dharuriyyah awwaliy-yah), seperti pengetahuan bahawa segala sesuatu yang mustahil tidak mungkin terjadi dan bahawa segala sesuatu yang mungkin terjadi dan mungkin juga tidak terjadi. Maka pada tahap ini, seseorang belum memperolehi ilmu pengetahuan teoretis-spekulatif, tetapi hal tersebut bukan termasuk perkara yang mustahil. la seperti seorang anak yang baru mengerti tinta, pena, dan huruf-huruf tunggal (bukan berangkai) dalam dunia penulisan; maka dalam keadaan ini, ia sudah dekat dengan kemampuan menulis, tetapi belum menguasainya.

2. Seseorang yang memperolehi ilmu melalui pengalaman dan renungan (pengamatan). Maka ilmu tersebut bagaikan simpanan baginya, yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Para pemilik ilmu pada tahap kedua ini mempunyai tingkatan-tingkatan yang tidak terbatas. Perbezaan tingkatan mereka antara lain ditentukan oleh banyak atau sedikitnya ilmu mereka, kemuliaan dan kehinaan ilmu mereka, dan cara mendapatkannya. Kerana sebahagian orang mendapatkan ilmu melalui ilham dari Allah, sementara yang lain memperolehnya dengan belajar dan bersusah payah. Ada orang yang mendapatkan ilmu dengan cepat dan ada yang lambat. Jadi, tingkatan perolehan ilmu sangat banyak dan tidak terbatas. Tingkatan tertinggi adalah tingkatan nabi, yang mana semua atau sebahagian besar hakikat pengetahuan disingkapkan kepadanya tanpa harus belajar dan bersusah payah, tetapi melalui ilham Ilahi yang berlangsung sangat cepat.

Ilmu yang paling mulia adalah ilmu tentang Allah, sifat-sifat-Nya, dan perbuatan-perbuatan-Nya. Dengan ilmu itu manusia mencapai kesempurnaan. Dengan kesempurnaan itu ia akan mendapatkan kebahagiaan dan kebaikan di sisi Allah yang Maha Agung nan Sempurna. Tubuh manusia diciptakan sebagai kenderaan bagi jiwa, jiwa sebagai habitat bagi ilmu, dan ilmu menjadi tujuan dan keistimewaan manusia, maka itu ia diciptakan. Manusia berada pada kedudukan di antara haiwan dan malaikat. Dari sisi bahawa ia makan dan berkembang biak, manusia adalah sejenis tumbuhan. Dari sisi bahawa ia boleh merasakan dengan indera dan bergerak, ia adalah sejenis binatang. Dilihat dari rupa dan bentuknya, manusia seperti lukisan yang dipahat di dinding. Namun, satu-satunya keistimewaan manusia adalah boleh mengetahui hakikat dari berbagai sudut.

Barangsiapa menggunakan semua anggota tubuh dan kekuatannya untuk mendapatkan ilmu dan beramal, sungguh ia telah menyerupai malaikat. Namun, barangsiapa memalingkan perhatiannya terhadap berbagai kesenangan ragawi dan menurutinya, dan ia makan seperti makannya binatang maka ia telah jatuh ke dalam golongan haiwan.

Sayyidina Ali r.a memberikan perumpamaan menarik mengenai hati. Ia mengatakan, 
“Sesungguhnya Allah mempunyai bejana-bejana di bumi, iaitu hati. Maka hati yang paling Dia sukai adalah yang paling lembut, paling jernih, dan paling kukuh.” Kemudian Sayyidina Ali menjelaskan, “Iaitulah yang paling kukuh dalam agamanya, paling jernih keyakinannya, dan paling lembut kepada saudaranya sesama Muslim.”.
Penjelasan ini merujuk pada firman Allah Swt, (Orang-orang yang bersama Nabi) bersikap tegas kepada orang-orang kafir dan penuh kasih kepada sesama mereka (QS Al-Fath [48]: 29). Juga merujuk pada firman-Nya, “(Perumpamaan cahaya-Nya) seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar” (QS Al-Nuur [24]: 35). Ubai bin Ka’ab r.a. mengatakan bahawa itu merupakan perumpamaan bagi cahaya orang mukmin dan hatinya. Juga merujuk pada firman Allah, (Keadaan orang-orang kafir) seperti pekatnya kegelapan di lautan yang dalam. (QS An-Nur [24]: 40). Ini merupakan perumpamaan bagi hati orang munafik. Zaid bin Aslam mengatakan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah, ”… di Lauhul Mahfuzh,” adalah hati orang mukmin. Sahal At-Tustari mengatakan, “Perumpamaan hati dan dada adalah laksana Arasy dan Kursiy.” Jadi, inilah perumpamaan-perumpamaan bagi hati manusia.

Sifat-sifat Hati


Manusia secara fitrahnya mempunyai empat elemen sifat di dalam dirinya,iaitu :
1. Binatang buas, Jika manusia dikuasai sifat amarah, ia mengambil sikap laksana binatang buas, seperti memusuhi, membenci, memukul, dan menghujat.
2. Haiwan ternakan, Jika dikuasai nafsu, ia mengambil sikap menyerupai haiwan ternakan seperti rakus dan tamak
3. Syaitan, Manusia berbeza dan lebih baik daripada haiwan ternakan adalah kerana mempunyai naulri, iaitu kemampuan untuk membezakan yang baik dari yang buruk,namun jika ianya digabungkan dengan amarah dan nafsu pada dirinya akan memunculkan sifat-sifat syaitan. Maka dengan sifat syaitan itu, ia pun menggunakan nalurinya untuk menciptakan berbagai bentuk keburukan dan mencapai berbagai tujuan dengan kelicikan, kecurangan, dan penipuan, serta menampakkan keburukan dalam rupa kebajikan. Itulah perilaku syaitan yang diikuti.

4. Rabbani. Jika pada diri manusia terdapat sifat-sifat rabbani, sebagaimana difirmankan Allah, Katakanlah, ruh itu termasuk urusan Tuhanku (QS Al-Isra’ [17]: 85). Ia pun mendaku sifat-sifat ketuhanan pada dirinya; menginginkan berkuasa, diagungkan, diistimewakan, dan menjadi penguasa tunggal; melepaskan diri dari ketundukan dan kerendahan diri; dan menyukai upaya untuk mendapatkan ilmu.

Demikianlah, hati laksana cermin yang dikelilingi dan dipengaruhi oleh empat elemen tersebut. Pengaruh itu sampai pada hati secara terus-menerus tanpa terhentikan. Pengaruh yang baik akan membuat cermin semakin terang, bercahaya, dan bersinar. Adapun pengaruh yang buruk bagaikan asap gelap yang naik menyelimuti cermin hati dan lama-kelamaan membuatnya menjadi hitam dan suram, kabur dan tertutup. Allah Swt. berfirman, Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka, (QS Al-Muthaffifin (83): 14.)

Hati jika dihubungkan dengan Ilmu Pengetahuan

Cermin tidak dapat menampilkan gambar dari suatu objek disebabkan lima perkara iaitulah :.
1. Rosak pada bentuknya. Misalnya, bijih besi sebelum dibentuk.
2. Cermin tertutup oleh kotoran, karat dan debu.
3. Cermin dipalingkan dari arah keberadaan objek.
4. Terdapat penghalang di antara cermin dan objek.
5. Cermin tidak tahu arah di mana objek itu berada.

Maka demikianlah juga hati kita, seperti cermin. Hakikat dari segala sesuatu  tidak tampak di hati disebabkan lima perkara:

1. Adanya kekurangan pada hati itu sendiri. Misalnya, hati anak kecil, yang tidak dapat mencerap beberapa jenis pengetahuan kerana belum sempurna.
2. Hati tertutup oleh kotoran yang bertumpuk akibat banyak melakukan kemaksiatan dan menuruti nafsu. Maka, kepatuhan kepada Allah dan berpaling dari tuntutan nafsu adalah satu-satunya cara untuk membuat hati menjadi bersih. Allah Swt. berfirman, Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, QS Al-Ankabut (29): 69.

Rasulullah s.a.w pun bersabda, “Siapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya!“.

3. Melencong dari arah hakikat yang dicari. Maka itu, meskipun bersih, hati orang soleh pun tidak dapat melihat hakikat dengan jelas jika ia memang tidak hendak mencari hakikat itu dan tidak menghadap padanya. Barangkali seseorang mencurahkan segenap perhatiannya terhadap berbagai amal ibadah jasmani mahupun sumber-sumber penghidupannya, tetapi ia mengabaikan keberadaan sifat-sifat rabbani dan hakikat-hakikat Ilahi yang tersamar. Maka yang akan tampak kepadanya hanyalah apa yang ia fikirkan, iaitu perkara-perkara  yang dapat merosakkan amal, keburukan jiwa yang tersembunyi, dan keuntungan duniawi belaka.

4. Adanya hijab atau penghalang. Seseorang yang taat, mampu mengendalikan nafsunya, dan mencurahkan segenap perhatiannya hanya pada hakikat, terkadang tidak tersingkap baginya hakikat tersebut. Sebabnya, ia terhalang oleh keyakinan yang telah tertanam dalam dirinya sejak kecil melalui doktrin. Sebab ini pula yang membuat sebahagian besar para ahli kalam dan orang-orang yang bermazhab secara fanatik terhalang dari hakikat. Bahkan sebahagian besar orang-orang soleh pun terhalang oleh keyakinan-keyakinan yang didoktrinkan hingga melekat di hati mereka.

5. Tidak tahu arah yang benar untuk mencapai hakikat yang ingin dicari. Seorang pencari ilmu tidak mungkin dapat memperolehi suatu ilmu yang tidak diketahuinya, kecuali dengan mengingat pengetahuan-pengetahuan yang sesuai dengan ilmu yang ingin diperolehnya. Sebab, ilmu yang ingin diperolehnya itu bukan ilmu yang bersifat fitrah, ia tidak boleh diperolehi kecuali melalui jaringan ilmu-ilmu yang sudah dia perolehi sebelumnya. Bahkan, ilmu tersebut hanya dapat dihasilkan dengan menggabungkan dua pengetahuan yang selaras dan dikombinasikan sedemikian rupa.

Itulah sebab-sebab yang menghalangi hati untuk mengetahui hakikat. Kalau tidak ada penghalang-penghalang itu, nescaya semua hati secara alamiah dapat mengetahui hakikat kerana hati merupakan pemberian Tuhan, mulia, dan sedia untuk memegang amanah Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap anak yang lahir dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua orangtuanyalah yang membuatnya menjadi pemeluk Yahudi, Nasrani, mahupun Majusi”. Ath-Thabrani meriwayatkan dari Abu Atabah Al-Khaulani dan menisbahkannya kepada Nabi s.a.w, bahawa Beliau s.a.w pernah bersabda,“Sesungguhnya Allah memiliki bejana-bejana dari para penghuni bumi. Bejana-bejana Tuhanmu tersebut adalah hati hamba-hamba-Nya yang saleh.”. Sebuah hadis menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik?” Beliau menjawab, “Setiap mukmin yang hatinya makhmum’.’ Penanya bertanya lagi, “Apakah hati yang makhmum itu?” “Beliau menjelaskan,“Hati yang bertakwa dan bersih, iaitu hati yang di dalamnya tidak ada tipu daya, ketidakadilan, penghianatan, mahupun iri hati.”

Semua bentuk ketaatan dan amal kebajikan hanyalah dimaksudkan untuk membersihkan, menyucikan, dan membuat hati menjadi bersinar. Allah Swt. berfirman, Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (hati) (QS Al-Syams [91]: 9).

Dari Kitab

Amal Pemusnah Kebaikan Ringkasan Bab Mukhlikat Ihya ‘Ulum al-Din
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)