بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ، أما بعد
kebenaran itu disampaikan anak kecil atau yang tidak pandai"
Pernyataan Imam Fudhail bin Iyyad adalah lawan sikap
takabbur (sombong), iaitu sikap yang menolak kebenaran dan memandang rendah
orang lain. Ini merupakan sifat yang buruk dihadapan Allah mahupun makhluk-Nya
yang lain.
Sikap tawadhu' banyak dimiliki oleh para ulama salafussoleh.
Ketinggian darjat mereka dalam ilmu tidak membuat mereka menjadi peribadi yang
sombong.
Imam Syafi'i contohnya, seorang Imam
Mujtahid yang soleh, tetapi dalam sebuah syairnya beliau menunjukkan sikap
tawadhu' yang sangat luar biasa. Syair Imam Syafi’:
Syair Imam Syafi'i |
Bait-bait syair Imam Syafi'i sangat penting
untuk menjadi bahan renungan bagi umat Islam dan kembali bercermin apakah
ketinggian ilmu, kekayaan, kedudukan dan sebagainya telah menjadikan dirinya
sebagai peribadi yang takabbur atau dengan semua itu mampu menjadikan dirinya
sebagai peribadi yang tawadhu'.
والله تعالى اعلم