JALALAIN :
(Orang-orang yang dimatikan) dapat dibaca tatawaffaahum dan yatawaffaahum (oleh
para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri) kerana melakukan kekufuran (lalu mereka menyerahkan diri) mereka tunduk dan berserah
diri ketika maut menjelang mereka seraya berkata ("Kami sekali-kali tidak ada
mengerjakan suatu kejahatan pun.") iaitu perbuatan musyrik. Maka para malaikat
berkata kepada mereka ("Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah
kalian kerjakan.") oleh sebab itu Dia membalaskannya kepada diri
kalian.
Lalu dikatakan kepada
mereka ("Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kalian kekal di dalamnya.
Maka amat buruklah tempat) menetap (orang-orang yang menyombongkan diri
itu.")
{الَّذِينَ
تَتَوَفَّاهُمْ} بِالتَّاءِ وَالْيَاء {الْمَلَائِكَة ظَالِمِي أَنْفُسهمْ}
بِالْكُفْرِ {فَأَلْقَوْا السَّلَم} انْقَادُوا وَاسْتَسْلَمُوا عِنْد الْمَوْت
قَائِلِينَ {مَا كُنَّا نَعْمَل مِنْ سُوء} شِرْك فَتَقُول الْمَلَائِكَة {بَلَى
إنَّ اللَّه عَلِيم بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ} فَيُجَازِيكُمْ بِهِ
وَيُقَال لَهُمْ
{فَادْخُلُوا أَبْوَاب جَهَنَّم خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى} مَأْوَى
{الْمُتَكَبِّرِينَ}
IBNU KATHIR :
Kenistaan itu diperuntukkan bagi orang- orang kafir yang mempertahankan
kekafiran hingga datangnya malaikat pencabut nyawa, sementara mereka dalam
keadaan menzalimi diri sendiri dengan melakukan kemusyirikan dan kejahatan.
Setelah lama membangkang, mereka menyerah kerana mengetahui hakikat kejahatan
mereka. Kerana terkejut, dengan berbohong mereka mengatakan, "Kami tidak pernah
berbuat maksiat sedikit pun di dunia!" Lalu malaikat dan para nabi menjawab,
"Tidak! Kalian bohong! Kalian telah melakukan kemaksiatan yang terburuk. Allah
mengetahui apa yang kalian perbuat di dunia, baik yang kecil mahupun yang besar.
Keingkaran kalian tidaklah mendatangkan
manfaat!"
Lalu dikatakan kepada mereka, "Tempat kalian adalah neraka dengan seksaan yang kekal, tidak ada putus-putusnya. Neraka jahanam merupakan tempat yang buruk bagi setiap orang yang takabur dan enggan untuk tunduk pada kebenaran serta menolak untuk beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya."
Lalu dikatakan kepada mereka, "Tempat kalian adalah neraka dengan seksaan yang kekal, tidak ada putus-putusnya. Neraka jahanam merupakan tempat yang buruk bagi setiap orang yang takabur dan enggan untuk tunduk pada kebenaran serta menolak untuk beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya."
يخبر تعالى عن حال المشركين الظالمي أنفسهم عند احتضارهم ومجيء الملائكة إليهم لقبض
أرواحهم الخبيثة « فألقوا السلم » أي أظهروا السمع والطاعة
والانقياد قائلين « ما كنا نعمل من سوء » كما يقولون يوم
المعاد « والله ربنا ماكنا مشركين » « يوم
يبعثهم الله جميعا فيحلفون له كما يحلفون لكم » قال الله مكذبا لهم في قيلهم
ذلك « بلى إن الله عليم بما كنتم تعملون فادخلوا أبواب جهنم خالدين
فيها فلبئس مثوى المتكبرين » أي بئس المقيل والمقام والمكان من دار هوان لمن
كان متكبرا عن آيات الله واتباع رسله وهم يدخلون جهنم من يوم مماتهم بأرواحهم وينال
أجسادهم في قبورها من حرها وسمومها فإذا كان يوم القيامة سلكت أرواحهم في أجسادهم
وخلدت في نار جهنم « لايقضى عليهم فيموتوا ولا يخفف عنهم من عذابها
» كماقال الله تعالى « النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم
تقوم الساعة أدخلوا آل فرعون أشد العذاب »