JALALAIN :
(Perumpamaan orang-orang yang mengambil
pelindung-pelindung selain Allah) yakni berhala-berhala yang mereka harapkan
dapat memberi manfaat kepada diri mereka (adalah seperti labah-labah yang membuat rumah) untuk tempat tinggalnya. (Dan sesungguhnya rumah yang
paling lemah) yang paling rapuh (ialah rumah labah-labah) kerana tidak dapat melindungi diri dari panas matahari dan dari dinginnya udara,
demikian pula berhala-berhala itu, mereka tidak dapat memberikan manfaat apa
pun kepada para penyembahnya (kalau mereka mengetahui) hal tersebut, tentu
mereka tidak akan menyembahnya.
{مِثْل الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ
دُون اللَّه أَوْلِيَاء} أَيْ أَصْنَامًا يَرْجُونَ نَفْعهَا {كَمَثَلِ
الْعَنْكَبُوت اتَّخَذَتْ بَيْتًا} لِنَفْسِهَا تَأْوِي إلَيْهِ {وَإِنْ أَوْهَن}
أَضْعَف {الْبُيُوت لِبَيْتِ الْعَنْكَبُوت} لَا يَدْفَع عَنْهَا حَرًّا وَلَا
بَرْدًا كَذَلِكَ الْأَصْنَام لَا تَنْفَع عَابِدِيهَا {لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ}
ذَلِكَ مَا عَبَدُوهَا
IBNU KATHIR :
Keadaan
orang-orang yang mendustakan dan tunduk kepada selain Allah –dalam hal
kelemahan dan kebergantungan mereka kepada yang tidak dapat dijadikan sebagai
tempat bergantung– adalah bagaikan labah- labah yang menjadikan rumahnya
sebagai tempat berlindung. Rumahnya adalah rumah yang paling lemah dan sama
sekali tidak layak untuk dijadikan sebagai tempat berlindung. Kalau seandainya
orang-orang yang mendustakan adalah orang-orang yang berilmu, nescaya mereka
tidak akan melakukannya.
Sarang
labah-labah yang dijadikan sebagai tempat tinggal dan perangkap untuk menangkap
mangsanya, memang pembuatannya sangat rumit, kerana terbuat dari benang- benang
yang sangat halus yang melebihi halusnya sutera. Kehalusan sarang labah-labah
inilah yang membuat susunannya menjadi rumah paling lemah yang dijadikan tempat
berlindung oleh haiwan apa pun.
هذا مثل ضربه الله تعالى للمشركين في اتخاذهم آلهة
من دون الله يرجون نصرهم ورزقهم ويتمسكون بهم في الشدائد فهم في ذلككبيت العنكبوت
في ضعفه ووهنه فليس في آيدى هؤلاء من آلهتهم إلا كمن يتمسك ببيت العنكبوت فإنه لا
يجدى عنه شيئا فلو علموا هذا الحال لما اتخذوا من دون الله أولياء وهذا بخلاف
المسلم المؤمن قلبه لله وهو مع ذلك يحسن العمل في اتباع الشرع فإنه متمسك بالعروة
الوثقى لا انفصام لها لقوتها وثباتها ثم قال تعالى متوعدا لمن عبد غيره وأشرك به
أنه تعالى يعلم ما هم عليه من الأعمال ويعلم ما يشركون به من الأنداد وسيجزيهم
وصفهم أنه حكيم عليم