حدثنا وكيع عن سفيان عن أبي الزبير عن جابر قال : قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم : بين العبد وبين الكفر ترك الصلاة
حدثنا عبيدة بن حميد عن الأعمش عن أبي سفيان عن جابر عن النبي صلى
الله عليه وسلم نحوه
حدثنا يحيى بن واضح عن حسين بن واقد قال : سمعت ابن بريدة يقول
: سمعت أبي يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم : العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة
، فمن تركها فقد كفر
حدثنا شريك عن عاصم عن زر عن عبد الله قال : من لم يصل فلا دين له
[ ص: 223 ] حدثنا يزيد بن هارون عن هشام الدستوائي عن يحيى عن أبي قلابة عن أبي مليح
عن ابن بريدة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من ترك العصر فقد حبط عمله
حدثنا عيسى ووكيع عن الأوزاعي عن يحيى بن أبي كثير عن أبي قلابة
عن أبي المهاجر عن بريدة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من ترك العصر فقد حبط عمله
حدثنا هشيم قال أخبرنا عباد بن راشد المنقري عن أبي قلابة والحسن
أنهما كانا جالسين فقال أبو قلابة : قال أبو الدرداء : من ترك العصر حتى يفوته من غير
عذر فقد حبط عمله ، قال : وقال الحسن : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من ترك
صلاة مكتوبة من غير عذر فقد حبط عمله
Terdapat begitu banyak dalil dan nas di
dalam Al-Quran tentang kewajipan solat. Salah satu daripadanya Allah berfirman:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta
umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa." (Thoha : 132)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat
semasa mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika mereka
meninggalkan solat) semasa mereka berumur sepuluh tahun, dan juga (dalam
peringkat umur tersebut) hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka (jauh) antara
satu dengan yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Ketika di akhir hayat Baginda Rasulullah
s.a.w, baginda berpesan: Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa
diakhir kalam Baginda Rasulullah s.a.w berwasiat : peliharah Solat ! Peliharalah Solat ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
diakhir kalam Baginda Rasulullah s.a.w berwasiat : peliharah Solat ! Peliharalah Solat ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Solat itu adalah tiang agama, maka
sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya, kemudian
sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan
agamanya.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi).
Juga sabda Baginda s.a.w:
“Dan tiada agama bagi orang yang tidak
menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam,
diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan.”(Hadith Riwayat At-Tabrani
daripada Ibnu Umar
r.a.)
r.a.)
Daripada Abu Hurairah ( r.a ), beliau
berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:
‘ Jika seseorang di antara kamu hendak
solat, maka hendaklah dia menjadikan sesuatu pembatas seperti berada
dihadapannya. Jika tidak menemukan apa-apa objek, maka hendaklah dia memacakkan
sebatang tongkat. Jika tidak ada tongkat, maka hendaklah dia membuat garisan di
hadapannya sebagai pembatas, kemudian orang yang lalu lalang di hadapannya (
selagi diluar pembatas ) tidak dianggap membahayakan solat.”
( Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah
dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban )
Pentingnya solat
1. Solat itu tiang Agama. Penghulu
segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan
dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak
mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk
boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat.
Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika
musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.
2. Sesungguhnya perbuatan
meninggalkan solat ini merupakan kes jenayah yang paling berat, kerana ia
tonggak segala urusan agama ini. Kerana ia hubungan dari seorang hamba dengan
Tuan Penciptanya. Baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh
solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang
merangkumi aspek rukun, syarat, kefahaman dan lalu penuh khusyuk ia akan dapat
mencegah seseorang dari perbuatan keji. Hal ini menjadi jawapan kepada pelbagai
masalah yang timbul dalam tiap individu. Firman Allah swt:
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya). (Al-'Ankabuut 45)
Sabda Nabi saw: Tonggak urusan
(agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah solat. (Sunan at-Tirmidzi no.
2559. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sahih)
3. Solat adalah ibadat yang sebelum
kebangkitan Nabi Muhammad saw lagi. Dalam Al-Quran diceritakan yang Nabi
Ibrahim as berdoa kepada Allah untuk dirinya dan zuriatnya agar mendirikan
solat sebagaimana Firman Allah swt:
Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 40)
Begitu juga Nabi Ismail as:
Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan
menunaikan zakat. (Maryam 55)
Firman Allah swt sewaktu berkata-kata
dengan Nabi Musa as:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah
solat untuk mengingat-Ku. (Thaahaa 14)
Allah swt berpesan kepada Nabi Isa as:
Dan Dia menjadikan aku seorang yang
diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan)
solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup. (Maryam 31)
4. Demikianlah perintah solat merupakan
suatu perkara yang telah diwajibkan telah berkurun lamanya. Merupakan syiar
seorang hamba yang patuh dan tanggungjawab penting yang telah diwajibkan juga
kepada seorang Rasul pilihan Allah. Hinggalah kepada kita sampai hari
ini.
Sabda Nabi saw: Ajarkanlah anak kamu
supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah
jika sudah memasuki 10 tahun. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi. Imam
at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan). Disuruh dalam hadith ini ialah kepada
walinya.
Daripada Imran bin al-Hushain ra, katanya:
Aku ada penyakit bawasir, maka aku bertanya Nabi saw tentang bagaimana dengan
solat. Lalu Nabi saw bersabda: Solatlah berdiri, jika tak mampu dalam keadaan
duduk, jika tak mampu dalam keadaan berbaring. (Riwayat Bukhari)
Yang pertama dihisab dari hamba
dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya,
lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang
dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa
yang kurang dari solat tadi. (Riwayat Tirmidzi, Hasan)
(Pembatas) di antara seorang muslim dan
syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. (Riwayat Muslim)
5. Sama-sama kita melaksanakannya
dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman
akan betapa pentingnya solat. Sentiasa berdoa memohon hidayah dan rahmat-Nya.
Sama-sama kita pelihara sebaiknya solat kita, hanya 5 kali sehari. Masukkan dan
jadikan dalam rutin kerja yang memang wajib bagi diri kita. Ada waktu yang
khusus untuk solat dengan sempurna. Usaha jangan biar jadi hal yang
membebankan. Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim 6). Inilah kejayaan yang
kita inginkan, dunia dan akhirat yang berkekalan kelak.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu
mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha
132)
6. Dalam keadaan macam mana
sekalipun, peliharalah sungguh-sungguh hal solat ini. Ketika terlalu lemah dan
malas sangatpun, tidak mampu yang lain, jangan dibiar terabai solat kita. Jika
solat sudah awal lagi tak ditunai, memang tiada guna hidup kita. Kita rasa
malas dan berat kerana belum memahaminya dan dosa yang banyak masih diselangi
dan dibiasai. Kita tak ingin bersedia untuk menjadi hamba yang taat. Berada
dalam rahmat dan redha Allah. Janganlah diremehkan dan masih dianggap biasa
dalam sering menangguh dan tidak bersedia itu.
Meninggalkan Solat:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Perjanjian di antara kita orang Islam dan
orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah
menjadi seorang kafir. (Riwayat At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w juga bersabda,
"Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan
kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (Riwayat Muslim)
Diterangkan oleh Imam An-Nawawi
bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari
kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam.
(ijma' ulamak Islam).
Jika dia meninggalkan solat kerana
malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya,
maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya
dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak
mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.
Segolongan ulamak salaf, di antaranya
Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah
kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.
Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan
bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh,
hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.
Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah
mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu
dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari
dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman
keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah
serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” [Ash-Sholah, hal. 7]
Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir,
Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling
besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh
seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” [Al-Kaba’ir, hal. 25]
Amirul Mukminin, ‘Umar bin Al Khaththob
r.a mengatakan, “Sesungguhnya di antara perkara terpenting bagi kalian adalah
solat. Barangsiapa menjaga solat, bererti dia telah menjaga agama. Barangsiapa
yang menyia-nyiakannya, maka untuk amalan lainnya akan lebih disia-siakan lagi.
Tiada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.“
Ulama’ yang tidak mengkafirkan orang yang
meninggalkan solat mengambil hujah sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Barangsiapa mengucapkan;
"Lailla haillahllah", masuklah ia kedalam syurga". (Riwayat
Ahmad dari Abu Hurairah; An-Nail 1:376 - As-Sholah Ibnul Qayyim 39).
Ulama’ yang menyuruh membunuh orang yang
tidak mau bersolat sesudah disuruh bertaubat, berhujjah dengan: Sabda
Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Saya diperintah memerangi manusia
sehingga mereka mengucap Lailahaillahllah, mendirikan solat dan mengeluarkan
zakat. Apabila mereka mengerjakan yang demikian, nescaya mereka pelihara
darah-darah dan harta-harta mereka daripadaku". (Riwayat Bukhari dan
Muslim dari Ibn Umar; Nailul-Authar 1:364).
Firman Allah s.w.t.:bermaksud:"Maka
jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, lepaskanlah
perjalanan mereka". (At-Taubah ayat 12).
Ulama’ yang tidak menghukum membunuh orang
yang tidak mengerjakan solat, berhujah dengan: Sabda Rasulullah
s.a.w.bermaksud:
"Tidak halal dari seorang Muslim yang mengaku bahawa sesungguhnya tidak
ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku pesuruh Allah, melainkan dengan
kerana salah satu dari tiga perkara; pertama tsaib (janda) mengerjakan zina,
kedua membunuh orang dan ketiga meninggalkan agama dan menentang jamaah".
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Muftahul-Khathabah 219).
بَيْنَ العَبْدِ
وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ
“Pemisah
Antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia
meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (Riwayat At-Thabariy dengan
sanad sahih. Syeikh Al
Albani mengatakan hadith ini sahih. Lihat Shohih At Targib wa At
Tarhib
)
Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal,
Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ تَرَكَ صَلاَةً
مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّداً فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ
“Barangsiapa
meninggalkan solat yang wajib dengan sengaja, maka janji Allah terlepas
darinya. ” (Riwayat
Ahmad Dikatakan hasan lighoirihi oleh Syeikh Al Albani dalam Sohih
At Targib wa At Tarhi
Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا
، وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا ، وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا ، فَهُوَ المُسْلِمُ لَهُ
مَا لَنَا وَعَلَيْهِ مَا عَلَيْنَا
“Barangsiapa
mengerjakan solat kami, menghadap kiblat kami, dan memakan sembelihan kami;
maka dia adalah muslim. Dia memiliki hak sebagaimana hak umumnya kaum muslimin.
Demikian juga memiliki kewajiban sebagaimana kewajiban kaum muslimin.” (Lihat
Syarhul ‘Aqidah Ath Thohawiyyah Al Albani, 351. Beliau mengatakan bahawa hadith
ini sohih)
Diriwayatkan Mihjan bin Al-Adro’
Al-Aslamiy bahawa:
أَنَّهُ كَانَ فِى
مَجْلِسٍ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَذَّنَ بِالصَّلاَةِ –
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ رَجَعَ وَمِحْجَنٌ فِى
مَجْلِسِهِ – فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا مَنَعَكَ
أَنْ تُصَلِّىَ أَلَسْتَ بِرَجُلٍ مُسْلِمٍ ». قَالَ بَلَى وَلَكِنِّى كُنْتُ قَدْ
صَلَّيْتُ فِى أَهْلِى فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِذَا
جِئْتَ فَصَلِّ مَعَ النَّاسِ وَإِنْ كُنْتَ قَدْ صَلَّيْتَ ».
Beliau pernah berada di majlis bersama Nabi s.a.w, lalu
dikumandangkan adan untuk solat. Kemudian beliau (nabi s.a.w ) berdiri, lalu
kembali (ke belakang), sedangkan Mihjan masih duduk di tempat semula. Kemudian
Rasulullah s.a.w bertanya: ”Apa yang menghalangimu dari melakukan
solat, bukankah engkau adalah seorang muslim?” Lalu Mihjan menjawab, ”Betul.
Akan tetapi saya sudah melaksanakan solat bersama keluargaku.” Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: ”Apabila engkau datang, solatlah bersama orang-orang,
walaupun engkau sudah solat.” (Riwayat An-Nasa’i . Dikatakan sahih oleh Syeikh
Al Albani dalam Sohih wa Dho’if Sunan An-Nasa’i)
Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha
berkata bahawa Rasulullah s.a bersabda:
سَتَكُونُ أُمَرَاءُ
فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ
مَنْ رَضِىَ وَتَابَعَ
“Suatu
ketika akan datang para pemimpin. Mereka melakukan amalan ma’ruf (kebajikan)
dan kemungkaran (kejelekan). Barangsiapa mengetahui bahawa itu adalah
kemungkaran maka dia telah bebas. Barangsiapa mengingkarinya maka dia selamat.
Sedangkan (dosa dan hukuman adalah) bagi siapa yang redha dan mengikutinya.”
Kemudian para sahabat berkata, “Apakah kami boleh memerangi mereka.” Rasulullah
s.a.w menjawab,
لاَ مَا صَلَّوْا
“Jangan
selama mereka mengerjakan solat.” (Riwayat Muslim Lihat penjelasan hadith
ini di Ad Dibaj ‘ala Muslim, 4/462 dan Syarha An Nawawi ‘ala Muslim, 6/327)
Dari ‘Auf bin Malik r.a, Nabi s.a.w
bersabda:
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ
الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ
عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ
وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ». قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ
بِالسَّيْفِ فَقَالَ « لاَ مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاَةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ
مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزِعُوا
يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
».
“Sebaik-baik
pemimpin-pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka dan mereka pun
mencintai kalian. Mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka.
Sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka dan mereka pun
membenci kalian, juga kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Kemudian
ada yang berkata, ”Wahai Rasulullah, tidakkah kita menentang mereka dengan
pedang?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak, selama mereka masih
mendirikan solat di tengah-tengah kalian. Jika kalian melihat dari pemimpin
kalian sesuatu yang kalian benci, maka bencilah amalannya dan janganlah
melepas ketaatan kepadanya.” (Riwayat Muslim)
Dari ‘Ubadah bin As-Shamit r.a:
دَعَانَا رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَبَايَعْنَاهُ فَكَانَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا
أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِى مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا
وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةٍ عَلَيْنَا وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ
أَهْلَهُ قَالَ « إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ
فِيهِ بُرْهَانٌ
»
“Rasulullah
s.a.w mengajak kami untuk berbai’at, lalu kami berbai’at kepadanya. Bai’at
tersebut mewajibkan kami untuk mendengar dan selalu taat kepada penguasa dalam
keadaan senang atau benci, sulit atau lapang, dan mengalahkan kepentingan kami,
juga tidak menentangnya. Baginda s.a.w bersabda, ’Sampai kalian melihat adanya
kekufuran yang nyata dan kalian memiliki bukti dari Allah’.” (Riwayat
Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa
yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia
telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dan dirikanlah solat
untuk mengingati-Ku."
(Riwayat Bukhari)
Huraian:
1.Solat merupakan tanda pertalian terus
seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan
solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2.Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa
yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang
meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3.Bagi orang yang meninggalkan solat
disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa
besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam
bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat
wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan
sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar
tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan
mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.