Dari Abu Hurairah r.a, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada suatu surah yang terdiri atas tiga puluh ayat. Ayat itu kelak akan menjadi syafa'at kepada pembacanya sehingga dosa-dosanya akan diampuni Allah, yakni surah Al-Mulk"
(Riwayat Tarmizi, Ahmad, Nasa'i dan Abu Dawud)
At-Tarmizi meriwayatkan dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur sebelum membaca "Alif Laam Miim, Tanziilul...(surah as-sajadah)" dan "Tabarokal Lazhi Biyadihil Mulku...(surah al-mulk)"
(Tafsir Ibnu Katsir 4/395)
Ulama berkata:
"Sesungguhnya Surah Yaasin dan surah al Mulk terkandung beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa yang mengamalkannya akan mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk".
Saidina abdullah bin Abbas berkata:
"Barangsiapa membaca surah al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nascaya akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH swt di dalam
kuburnya. Apabila azab hendak datang ke bahagian kepala, terdengar satu seruan,
"tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al Mulk".
Begitulah keadaannya bila azab itu peergi ke bahagian kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah al Mulk".