Rasulullah s.a.w bersabda , bahawa Allah berfirman :-
حقَّت محبتي للمتحابين فيَّ ، وحقت محبتي للمتزاورين فيَّ ، وحقت محبتي للمتباذلين فيَّ ، وحقت محبتي للمتواصلين فيَّ
“Cintaku dijamin bagi dua orang yang mencintai satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menziarahi satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menhubungkan silatulrahim keranaKu” [Riwayat Ahmad, dan hadis dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib].
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis qudsi, firman Allah:
وما زال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبَّه
“Hambaku masih menghampiri kepadaKu dengan melakukan amalan sunat (nawaafil) sehingga aku mencintainya”
Syiekh Ibn Uthaimin rh :-
النبي صلى الله عليه وسلم حبيب الله لا شك فهو حاب لله ومحبوب لله ، ولكن هناك وصف أعلى من ذلك وهو خليل لله ، فالرسول صلى الله عليه وسلم خليل الله كما قال صلى الله عليه وسلم : ” إن الله اتخذني خليلاً كما اتخذ إبراهيم خليلاً ” رواه مسلم ( 532 ) . والخلة هي كمال المحبة .
“Nabi tidak syak lagi adalah kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya. Akan tetapi disana ada diskripsi yang lebih tinggi daripada itu itu Khalillullah (Rakan Karib Allah), maka Rasulullah s.a.w adalah Khalillullah sebagaimana sabda baginda :’Sesungguhnya Allah telah mengambilKu sebagai Rakan Karibnya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya” [Hadith riwayat Muslim #532]. Rakan Karib adalah lebih sempurna dari kekasih” [Majmu’ fataawa Ibn Utsaimin, 1/319].
Kata Syeikh Uthaimin rh
وهذا أعلى من قولنا : حبيب الله لأنه متضمن للمحبة ، وزيادة لأنه غاية المحبة
“Dan ini lebih baik dari berkata : Kekasih Allah kerana sesungguhnya (Rakan Karib) ia memasukkan cinta, dan lebih, kerana ia merupakan matlamat cinta”