Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Abdullah bin Humaid, Abu Daud, At-Tirmizi,
An-Nasa'y, Ibnu Majah, Ad-Daruquthny, Al-Baihaqy, dan Abu Ya'la mentakhrijkan
dari Qais bin Abu Hazim, dia berkata, "Setelah Abu
Bakar menjadi khalifah,
dia naik ke atas mimbar, lalu menyampaikan ucapan. Setelah menyampaikan pujian
kepada Allah, dia berkata,
"Wahai semua manusia , tentunya kalian juga membaca ayat ini,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا شَهَادَةُ
بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا
عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي
الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ
الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا
وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ
الْآثِمِينَ
Hai orang-orang
yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi
mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka
Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Al-Maidah : 105)
Akan tetapi kalian meletakkan ayat ini bukan pada tempatnya. Aku
pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya apabila manusia
melihat kemungkaran dan mereka tidak mahu merubahnya, maka Allah akan
menyegerakan seksa yang menyelingkupi mereka semua'."
(Al-Kanzu, 2/138)
Ath-Thabrany mentakhrijkan dari Thariq bin Syihab, dia berkata,
"Itris bin Urqub Asy-Syaibany menemui Abdullah ra . seraya berkata,
"binasalah orang yang tidak menyuruh kepada yang ma'ruf dan tidak mencegah
dari yang mungkar." Abdullah ra. meralat ucapannya dengan, "Bahkan
binasalah orang yang tidak memperlihatkan yang makruf dan tidak mengingkari
yang mungkar".
(Al-Haitsamy, 7/275, hahih)