.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : AL-MUTLAQ dan AL-MUQAYYAD

Al-Mutlaq (Yang dibiar)

Dari bahasa Arab al-Mutlaq ialah binatang atau lain-lain yang dibiar, lawan kepada al-Muqayyad. Dari sudut istilah al-Mutlaq ialah:

Apa yang menunjukkan kepada sesuatu hakikat tanpa perlu dikaitkan.

Contohnya ialah firman Allah Ta’ala (al-Mujadilah 58:3)- Maksudnya: Maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur.

Berdasarkan definisi Apa yang menunjukkan kepada sesuatu hakikat maka terkeluarlah perkara yang umum (al-'Am) kerana ianya menunjukkan keumuman dan bukan menunjukkan semata-mata sesuatu hakikat sahaja.

Berdasarkan tanpa perlu dikaitkan maka terkeluarlah al-Muqayyad (yang dikaitkan).


Al-Muqayyad (Yang dikaitkan)

Dari sudut bahasa Arab al-Muqayyad ialah binatang atau lain-lain yang diikat. Dari sudut istilah ialah:

Apa yang menunjukkan kepada sesuatu hakikat dengan dikaitkan kepada sesuatu yang lain.

Contohnya ialah firman Allah (al-Nisa 4:92) - Maksudnya: (Hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman.

Berdasarkan definisi dengan dikaitkan kepada sesuatu yang lain maka terkeluarlah  al-Mutlaq.


Beramal dengan al-Mutlaq (Yang dibiar)

Beramal dengan al-Mutlaq (yang dibiar) adalah wajib di atas sifat mutlaqnya kecuali jika terdapat dalil yang menunjukkan ianya dikaitkan. Ini kerana beramal dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah adalah wajib sepertimana yang dituntut oleh kandungannya sehinggalah wujud dalil yang menyalahinya.

Sekiranya terdapat nas al-Mutlaq di samping nas al-Muqayyad, wajib dikaitkan al-Mutlaq dengan al-Muqayyad jika hukum kedua-duanya serupa. Sekiranya hukum kedua-duanya berbeza, setiap nas itu hendaklah diamalkan menurut sifat mutlaqnya atau sifat muqayyadnya.

Contoh bagi hukum yang serupa bagi nas al-Mutlaq (yang dibiar) dan al-Muqayyad (yang dikaitkan) ialah firman Allah berkenaan kaffarah zihar (penebus zihar) (al-Mujadilah 58:3) - Maksudnya: Maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur.

Dan firman Allah berkenaan kaffarah (penebus) pembunuhan (al-Nisa 4:92) - Maksudnya: (Hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman.

Di sini hukumnya satu iaitu pembebasan hamba. Jadi wajib dikaitkan al-Mutlaq di dalam ayat kaffarah zihar (penebus zihar) dengan al-Muqayyad di dalam ayat kaffarah (penebus) pembunuhan di mana adalah disyaratkan iman bagi hamba pada kedua-dua keadaan.

Contoh bagi hukum yang berbeza bagi nas al-Mutlaq (yang dibiar) dan al-Muqayyad (yang dikaitkan) ialah firman Allah (al-Maidah 5:38) - Maksudnya: Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya.

Dan firman Allah berkenaan wudhuk (air sembahyang) (al-Maidah 5:6 - Maksudnya: Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku.

Di sini hukumnya adalah berbeza; di dalam ayat pencurian hukumnya ialah potong tangan dan di dalam ayat wudhuk hukumnya ialah basuh tangan. Jadi tidak boleh dikaitkan ayat pertama yang mutlaq dengan ayat kedua yang muqayyad. Sebaliknya, al-Mutlaq di sini kekal atas sifat mutlaqnya di mana tangan dipotong pada pergelangan tangan dalam pencurian, manakala tangan dibasuh sehingga ke siku dalam wudhuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)