.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, August 13, 2014

USUL FIQH : SUATU DEFINISI

Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.
Dari sudut lain usul fiqh dapat di definasikan seperti:
  1. Sudut Pertama: Daripada sudut erti setiap satu daripada perkataan “ushul” dan “al-fiqh” secara berasingan.
 - “Ushul” adalah jama‘ (plural/jamak) kepada perkataan “ashl” yang bermaksud dasar, asas atau punca yang dibina benda lain di atasnya.

Contohnya: “ashl” bagi dinding ialah dasarnya. Contoh lain: “ashl” pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan. Firman Allah Ta'ala (Ibrahim 14:24):

Maksudnya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit.

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian Bahasa Arab ialah kefahaman.

Contohnya: Firman Allah Ta'ala (Taha 20:27-28):

Maksudnya: Dan leraikanlah simpulan dari lidahku supaya mereka memahami kata-kataku.

- “al-Fiqh” dari sudut pengertian istilah ialah:

Pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara‘ yang bersangkutan dengan amalan,
diambil dari dalil-dalil yang terperinci.

Pejelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:

Maksud pengetahuan ialah ilmu dan Zhan. Ini kerana kefahaman terhadap hukum-hukum fiqh terhasil samada secara yakin atau secara zhan seperti yang terdapat pada kebanyakan permasalahan fiqh.

Maksud hukum-hukum Syara‘ ialah hukum-hukum yang diambil dari Syara‘ seperti kewajipan dan pengharaman.

Dengan itu dua hukum berikut tidak termasuk dalam definisi di atas:
a.       Hukum-hukum akal seperti pengetahuan bahawa sesuatu yang sempurna adalah lebih besar dari sebahagiannya.
b.      Hukum-hukum adat seperti pengetahuan bahawa hujan akan turun di waktu petang sekiranya cuaca di sebelah pagi cerah (dalam musim hujan).
Maksud yang bersangkutan dengan amalan ialah apa yang tidak bersangkutan dengan kepercayaan (iktiqad). Contoh amalan ialah seperti solat dan zakat. Dengan itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad seperti tauhid kepada Allah Ta'ala dan pengetahuan terhadap nama-nama dan sifat-sifatNya tidak termasuk sama.
Maksud diambil dari dalil-dalil yang terperinci ialah dalil-dalil yang bersangkutan dengan permasalahan-permasalahan terperinci al-fiqh. Dengan itu subjek Ushul al-fiqh tidak termasuk sama kerana ia adalah subjek yang berdasarkan dalil-dalil umum.


  1. Sudut Kedua adalah apabila digabungkan kedua-dua perkataan menjadi Ushul al-Fiqh sebagai satu gelaran bagi ilmu yang tertentu. Ilmu ini didefinisikan sebagai :
Satu ilmu yang mengkaji dalil-dalil al-fiqh yang umum  dan cara mengeluarkan hukum darinya serta keadaan orang yang mengeluarkan hukum tersebut.

Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut: 

Maksud umum ialah kaedah yang umum seperti ‘perintah menunjukkan kewajipan’, ‘larangan menunjukkan pengharaman’ dan ‘kesahihan menuntut perlaksanaan’. Dengan itu dalil-dalil terperinci tidak termasuk sama. Namun adakalanya ia akan disebut juga sebagai contoh bagi menerangkan sesuatu kaedah.
Maksud cara mengeluarkan hukum darinya ialah pengetahuan bagaimana mengeluarkan hukum dari dalil-dalilnya dengan mengkaji hukum-hakam sesuatu lafaz dan pengertiannya samada umum, khas, dibiarkan, ditentukan, memansuhkan, dimansuhkan dan lain-lain. Kefahaman terhadap perkara ini membolehkan seseorang itu mengeluarkan hukum dari dalil-dalil fiqh.
Maksud keadaan orang yang mengeluarkan hukum tersebut ialah pengetahuan terhadap keadaan orang yang mengeluarkan hukum dari dalil-dalil iaitu seorang mujtahid. Orang ini digelar sebagai mujtahid kerana dia telah sampai ke peringkat mampu berijtihad di mana dengan usahanya sendiri dia dapat mengeluarkan hukum dari dalil-dalilnya. Jadi pengetahuan tentang mujtahid, syarat-syaratnya, hukumnya dan lain-lain dikaji di dalam ilmu Ushul al-Fiqh.
Pengertian lain tentang Ilmu usul al-fiqh
Sebelum kita masuk dengan lebih jauh tentang Ilmu usul al-fiqh ini , maka adalah lebih baik kita mengetahui dahulu apakah dia yang di maksudkan dengan al-fiqh itu.Ini kerana kita tidak akan dapat memahami dan mengetahui dengan pemahaman yang sempurna tentang ilmu usul al-fiqh jika kita tidak mengetahui (walaupun secara asas / basic ) apakah dia fiqh itu dahulu.
Maka secara ringkasnya , al-fiqh ( الفقــه ) itu dari sudut bahasa ialah : Mengetahui dan memahami , sebagaimana firman Allah swt :
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدَهِ وَلَكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

“Langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.”
Manakala dari sudut Istilah syara’ , al-fiqh bermaksud : Ilmu mengenai hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Ia juga boleh diertikan sebagai , himpunan hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan amalan kehidupan mukallaf yang diambil dari dalil-dalilnya yang tafsili ( terperinci ).
Pengertian Usul ( أصــول ) pula adalah kata jama’ dari perkataan aslu ( أصــل ) yang mana dari segi bahasa membawa maksud : Tempat atau asas binaan sesuatu perkara ; sesuatu yang dibina di atasnya , seperti akar pokok yang mana pokok tumbuh atau terbina melalui (atas) akarnya.Maka akar pokok itu disebut sebagai Aslu ( أصــل ).
Dalil bagi makna di atas ialah firman Allah swt :
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

Dan juga firman-Nya :
مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ

Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) Yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya Yang asal, maka Yang demikian adalah Dengan izin Allah (kerana ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang Yang fasik.”
Terdapat berbagai-bagai pengertian usul al-fiqh dari sudut syara’ yang dikemukakan oleh para ulamaRumusan dan kesimpulan daripada pendapat-pendapat ulama terhadap pengertian usul al-fiqh tersebut ialah :
“Ilmu yang membahaskan segala kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan / mengistinbatkan hukum-hakam syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf (amali) daripada dalil-dalilnya yang tafsili.”
Maka berdasarkan kepada pengertian di atas , ilmu usul al-fiqh boleh dianggap sebagai akar yang mana melalui akar tersebut akan terbina dan terbentuklah ilmu fiqh yang menjadi penentu kepada hukum hakam syar’iyyah terhadap sesuatu perbuatan mukallaf samada ianya wajib , sunat , harus , makruh atau pun haram.
Melalui ilmu usul al-fiqh juga , penetapan hukum hakam syar’iyyah terhadap perbuatan mukallaf dapat dibuat dengan cara melakukan perbahasan dan penelitian terhadap dalil-dalilnya yang qat’ie atau zanni melalui teori dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama usul.
Secara dasarnya Ilmu Fiqh amat berkait rapat dengan ilmu Usul al-fiqh.Tidak mungkin seseorang individu itu akan dapat memahami intipati kandungan ilmu fiqh tanpa disertai dengan kefahaman yang jelas dalam ilmu usul al-fiqh.Ini kerana segala hukum hakam fiqh tidak dapat diputuskan kecuali dengan melalui satu proses perbahasan dan pembinaan hukum menurut teori atau kaedah Usul al-fiqh.
Maka dengan ini , rasanya tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa peng ‘istinbat’an sebarang hukum tanpa melalui proses pengeluaran dan pembinaan hukum seperti yang ditentukan oleh ulama usul , adalah tidak sah serta didorong dan didasari oleh hawa nafsu semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)