.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, August 7, 2014

PESANAN HIKMAH

Rasulullah SAW bersabda menjelaskan bahawa : ” Sebaik-baik percakapan ialah Kitab Allah, sebaik-baik agama ialah Nabi Ibrahim, sebaik-baik contoh adalah Rasulullah SAW, sebaik-baik ucapan ialah memuji Allah SWT, sebaik-baik bacaan ialah bacaan Al-Quran, seburuk-buruk agama adalah bidaah, sebaik-

baik jalan ialah jalan Rasulullah SAW, sebaik-baik mati ialah mati syahid,

seburuk-buruk buta ialah sesat setelah mendapat petunjuk, sebaik-baik tindakan ialah melakukan kebajikan, sebaik-baik petunjuk ialah yang disertakan dengan amalan, sedikit yang mendatangkan kepuasan lebih baik daripada banyak tetapi menimbulkan riak, seburuk-buruk taubat ialah taubat ketika hampir mati dan seburuk-buruk penyesalan ialah penyesalan pada Hari Kebangkitan. ”
Hadis dari riwayat Abu Hurairah r.a , dia berkata: Nabi Sulaiman a.s mempunyai enam puluh orang isteri. Suatu hari ia berkata kepada isteri-isterinya :" Malam ini aku akan menggauli semua isteri-isteriku, sehingga mereka masing-masing akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki yang perkasa dalam menunggang kuda untuk berjuang di jalan Allah." Ternyata tidak ada seorangpun isterinya yang mengandung kecuali seorang yang melahirkan seorang anak separuh manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:" Seandainya Nabi Sulaiman mengucapkan "Insha Allah", nescaya para isterinya akan melahirkan seorang anak lelaki perkasa yang menunggang kuda untuk berjuang di jalan Allah."
(Riwayat Muslim)
Imam Ghazali:
"ada empat cara untuk kita beristiqamah dalam amalan dan ibadah.
Pertama, mesti bebas daripada penghargaan manusia tetapi carilah reda Allah. Berani berkata benar dan tidak takut kepada tekanan dan ancaman manusia.
Kedua, hanya mencari reda Allah hingga kita menjadi manusia yang tidak takut dikeji dan tidak suka dipuji.
Ketiga, sentiasa ingatkan mati dan berdoa mahu mati dalam iman dan khusnulkhatimah.
Keempat, hati yang rindu kepada para Nabi dan para sahabat di syurga.
Dari Abu Dzarr,
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu semua tidak mendengarnya, langit yang mengeluarkan suara dimana ia memang layak mengeluarkan suara, tidak ada tempat didalamnya yang tidak digunakan oleh malaikat untuk meletakkan dahinya untuk bersujud kepada Allah.
Demi Allah, seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui sudah pasti kamu akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis, pasti kamu tidak akan mereguk kenikmatan dengan perempuan di atas kasur, pasti kamu akan menuju ke jalan-jalan berdoa kepada Allah dengan suara keras memohon dijauhkan dari bencana, sedang kamu pasti akan berkhayal menjadi sebatang pohon yang sedang digergaji".
(Diriwayatkan oleh al-Titmidzi).
Dari Nu' man bin Basyir r.a:
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Penghuni neraka yang mendapat seksaan yang paling ringan di akhirat adalah orang yang pada dua telapak kakinya diberi percikan api, yang sampai ke atas mencapai ubun-ubunnya seperti bejana api dan teko (bahan untuk menghangatkan air) yang dipanaskan dengan api".
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Riwayat daripada Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w Baginda s.a.w bersabda:
"Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah terbuka sebesar ini.". Wuhaib (perawi hadis) melingkarkan jarinya membentuk angka sembilan puluh(menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Riwayat Muslim)
Firman Allah SWT :
"Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui." ( al-Isra ': 36).
Sabda Nabi saw:
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong"
(Jami 'al-Shaghir)
Rasulullah bersabda, dalam suhuf (kitab) Nabi Musa a.s: Bahawa orang yang berakal mempunyai 4 waktu dalam kehidupannya seharian:
1. Satu waktu untuk bermunajat (beribadah, solat fardhu/sunat,berzikir, berdoa, membaca al-quran,dll) dengan TuhanNya
2. Satu waktu untuk menghitung dirinya
3. Satu waktu untuk memikirkan perbuatan Allah
4. Satu waktu untuk urusan hajatnya atau makan minumnya
Semua 4 waktu ini perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat/berfaedah (samada perkataannya dan perbuatannya)
( Hadis 40 Imam an-Nawawi )
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w. bersabda :"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".....SIAPAKAH GOLONGAN KELIMA?
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syara' (ILMU AGAMA) itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Nabi saw. bersabda:
“Takbur dan sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (Riwayat Muslim).
"Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (Riwayat Tirmidzi)
"Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras". (Riwayat Tirmizi)
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kepada Nabi saw. sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (Riwayat Ahmad)
Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah saw:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. "
(Riwayat Bukhari)
"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (Riwayat Tirmidzi)
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran.” (Riwayat Ahmad)
Dari Ibnu Mas'ud ra. Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan berhati-hatilah kalian dari dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang akan selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Dzarr,


Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu semua tidak mendengarnya, langit yang mengeluarkan suara dimana ia memang layak mengeluarkan suara, tidak ada tempat didalamnya yang tidak digunakan oleh malaikat untuk meletakkan dahinya untuk bersujud kepada Allah.

Demi Allah, seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui sudah pasti kamu akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis, pasti kamu tidak akan mereguk kenikmatan dengan perempuan di atas kasur, pasti kamu akan menuju ke jalan-jalan berdoa kepada Allah dengan suara keras memohon dijauhkan dari bencana, sedang kamu pasti akan berkhayal menjadi sebatang pohon yang sedang digergaji".

(Diriwayatkan oleh al-Titmidzi).




Dari Nu' man bin Basyir r.a:

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Penghuni neraka yang mendapat seksaan yang paling ringan di akhirat adalah orang yang pada dua telapak kakinya diberi percikan api, yang sampai ke atas mencapai ubun-ubunnya seperti bejana api dan teko (bahan untuk menghangatkan air) yang dipanaskan dengan api".

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Wuhaib berkata:
"Telah sampai khabar kepada kami, seseorang tidak akan mati hingga diperlihatkan kepadanya dua malaikat pencatat amalannya. Maka, jika ia adalah seorang yang taat, kedua malaikat itu akan berkata kepadanya, "Semoga Allah membalasmu kerana kami dengan kebaikan. Kerana berapa banyak majlis kebenaran yang engkau perlihatkan kepada kami dan berapa banyak amal soleh yang telah engkau datangkan kepada kami."
Adapun jika ia adalah seorang yang fasik, maka kedua malaikat pencatat amal akan berkata kepadanya, "Semoga Allah tidak membalasmu kerana kami dengan kebaikan. Kerana berapa banyak majlis keburukan yang engkau perlihatkan kepada kami, berapa banyak amalan buruk yang engkau datangkan kepada kami, dan berapa banyak perkataan buruk yang engkau perdengarkan kepada kami. Maka, semoga Allah tidak membalasmu dengan kebaikan".
Pada ketika itulah pandangan mata jenazah terbuka mengarah kepada kedua malaikat tersebut dan tidak akan kembali ke dunia selama-lamanya.
"Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya"- Al Anbiya ayat 3
"maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup?" - Muhammad ayat 24
"Wahai pembaca yang patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (zikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)
berkata Al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhuma: “Generasi sebelum kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai risalah (surat) dari Tuhan mereka. Mereka bertadabbur pada waktu malam. Dan beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”. (At Tibyan: 28)

Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bermadah:

Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati,
Berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan,
Meninggalkan dosa pula menghidupkan hati,
Mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)