Dalam Kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yg disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi, yang menyenaraikan ada 43 perkara membuatkan rezeki sempit
tidak sembahyang atau solat;
tidak membaca Bismillah ketika hendak makan;
makan atas pinggan yang terbalik;
memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri;
menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan;
berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil;
suka bersandar pada pintu rumah;
suka duduk di atas tangga;
membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan;
membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung;
tidak membersihkan rumah;
membuang sampah atau menyapu dengan kain;
suka membersihkan rumah pada waktu malam;
suka tidur di atas muka;
membakar kulit bawang;
menjahit baju yang sedang dipakai;
mengelap muka dengan baju;
berdiri sambil bercekak pinggang;
tidur tidak memakai baju;
makan sebelum mandi hadas;
tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh;
pergi ke pasar sebelum matahari terbit;
lambat pulang dari masjid;
doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak;
kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan;
suka memadam pelita dengan nafas;
membuang kutu kepala dalam keadaan hidup;
membasuh kaki dengan tangan kanan;
membuang air kecil pada air yang mengalir;
memakai seluar sambil berdiri;
memakai serban sambil duduk;
mandi junub di tempat buang air atau tempat najis;
makan dengan menggunakan dua jari;
berjalan di antara kambing;
berjalan di antara dua perempuan;
suka mempermainkan janggut;
suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut;
meletakkan tapak tangan pada hidung;
suka menggigit kuku dengan mulut;
mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan;
mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil;
menguap ketika solat; dan
meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Solat akan manis apabila:
1-Kosongkan hati dari sesuatu hal keduniaan.
2-Memahami makna bacaan dalam solat.
3-Merasa kebesaran dan keagungan Allah
4-Hadirkan perasaan takut dan takwa kepada Allah
5-Mengharapkan balasan Allah dan
memohon dijauhkan daripada neraka.
6-Merasa malu apabila berhadapan dengan Allah.