.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 8, 2015

Surah Al-Baqarah


Adalah Surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada' (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al-Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.


Baqarah (sapi, sapi betina) secara keseluruhan disebutkan sebanyak 7 kali dalam bentuk “baqarah” dan baqar dalam Al-Quran (5 kali pada surah ini dan 2 kali pada surah Al-An’am. Yang dimaksud sebagai baqarah menyinggung kisah sapi betina Bani Israil (ayat-ayat 67-73) dan sikap mencari-cari alasan Bani Israil juga disebutkan dalam surah ini. Surah ini termasuk sebagai surah Madani dan sesuai dengan urutan pengumpulannya dan susunannya dalam
mushaf termasuk sebagai surah kedua. Adapun dari sisi urutan pewahyuan, surah Al-Baqarah adalah surah yang ke-87 yang diturunkan dan surah pertama dari surah Madani. Surah Al-Baqarah merupakan surah yang terbesar dalam Al-Quran (mencakup 286 surah, menurut sebahagian ahli qurra, 285 ayat dan menurut sebahagian yang lain 587 ayat) yang kurang lebih mencakup 2/5 juz dari keseluruhan Al-Quran. Ayat terpanjang (ayat din/tadayun/mudayanah) ayat 282 juga terdapat dalam surah ini. Jumlah katanya adalah 6156 dan jumlah hurufnya adalah 26256. 
Surah ini merupakan surah dari tujuh surah (thuwal) dan surah pertama dari 29 surah yang dimulai dengan huruf-huruf muqattha’ah (terpotong). 

Tema :
  • Penciptaan Adam dan pembangkangan syaitan serta tertipunya Adam kemudian berakhir pada keluarnya Adam dari syurga
  • Kisah Bani Israil, sikap keras kepala dan suka mencari-cari alasan, penyembahan sapi, gangguan kepada para nabinya sendiri
  • Kisah pergantian kiblat
  • Deskripsi tentang iman orang-orang Mukmin terhadap ghaib, ihwal orang-orang kafir dan munafik
  • Hukum-hukum puasa, hukum wasiat, iktikaf, haji, talak, pernikahan
  • Keharaman riba, keharaman minuman keras, keharaman judi
  • Keharusan menghindari penyalahgunaan harta anak-anak yatim dan harta manusia lainnya.

Kandungan  :
Surah mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; zakat;  puasa;  haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum mengubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinah serta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.


  1. Al-Quran, Terjemahan Persia: Muhammad Mahdi Fuladwand, Tehran, Dar al-Quran al-Karim, 1418 H/1376 S.
  2. Danesynameh Qur’an wa Qur’an Pazyuhi, Khurramsyahi, Qiwamuddin, Tehran, Dustan-Nahid, 1377 S.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)