.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 22, 2015

Jangan Abaikan Al-Quran



Siapapun yang mahu menggunakan akalnya untuk memperhatikan Al-Quran nescaya dia akan mendapatkan keyakinan bahawa aAl-Quran berasal dari Allah SWT. Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya:
﴿ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.(An-Nisa’ : 82)
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya mengatakan bahawa Allah SWT memuji Al-Quran sebagai petunjuk kalbu
manusia bagi yang mengimaninya, membenarkannya, dan mengikutinya. Juga sebagai dalil-dalil dan hujjah yang jelas dan nyata bagi yang memahami dan mentadabburinya. 
 
Imam As-Syaukani dalam tafsirnya Fathul Qadir menerangkan bahawa Al-Quran adalah petunjuk bagi manusia (huda linnaas), dan juga penjelasan-penjelasan (bayyinnaat) yang khusus tentang hukumnya, baik yang muhkam mahupun mutasyabih, juga sebagai al-furqan yakni pemutus perkara yang haq dan yang batil. 

Al-Quran sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (huda lilmuttaqin) menurut Ibnu Abbas r.a. yakni Al-Quran menjelaskan kekufuran, kemusyrikan, dan perbuatan-perbuatan maksiat yang keji. Dikatakan juga Al-Quran merupakan karamah bagi orang-orang mukmin dan rahmat bagi orang-orang yang bertakwa dari umat nabi Muhammad Saw. , yakni orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti syurga al jannah, neraka an naar, jambatan di atas neraka as shirath, timbangan amal di hari kiamat al mizan, perhitungan  amal al hisab dan lain-lain yang semua dijelaskan di dalam Al-Quran.   

Imam Ibn Kathir memberikan contoh sikap hajr al-Qurân (tidak mengacuhkan Al-Quran . Di antaranya adalah menolak untuk mengimani dan membenarkan Al-Quran  tidak mahu menyemak dan mendengarkannya, bahkan membuat penentangan dan pembicaraan lain sehingga tidak mendengar Al-Quran saat dibacakan; tidak mentadaburi dan tidak memahaminya; tidak mengamalkan dan tidak mematuhi perintah dan larangannya, dan berpaling darinya lalu berpaling kepada selainnya, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, ucapan, atau thariqah yang diambil dari selain Al-Quran (Ibn Kathir, Tafsîr al-Qurân al-’Azhîm).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)