JALALAIN :
{ يُؤْتِى الْحِكْمَةَ } أي
العلم النافع المؤديّ إلى العمل { مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ
أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا } لمصيره إلى السعادة الأبدية { وَمَا يَذَّكَّرُ } فيه
إدغام التاء في الأصل في الذال يتعظ { إِلاَّ أُوْلُواْ الالباب } أصحاب العقول
(Allah memberikan hikmah), ertinya ilmu yang berguna
yang dapat mendorong manusia untuk bekerja dan berkarya (kepada siapa yang
dikehendaki-Nya dan barang siapa yang telah diberi hikmah itu, maka sungguh ia
telah diberi kebaikan yang banyak) kerana hikmah itu akan membawanya kepada kebahagiaan yang abadi. (Dan tiadalah yang dapat mengambil
pelajaran). Asalnya ta diidghamkan pada dzal hingga menjadi yadzdzakkaruu,
(kecuali orang-orang berakal).
IBNU KATHIR :
Dia (Allah
) memberi sifat bijak, berupa kebenaran dalam setiap perkataan dan perbuatan,
kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Orang yang diberikan itu sesungguhnya
telah memperoleh kebaikan dan kebijakan yang sangat banyak. Sebab, dengan sifat
bijak, urusan dunia dan akhirat menjadi teratur. Hanya orang-orang yang berakal
sihatlah yang mampu memetik pelajaran dan nasihat Al-Qurân. Sebab akal sihat
dapat mengetahui kebenaran hakiki tanpa dipengaruhi hawa nafsu.