.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, November 12, 2015

Pakaian Muslimat


SYARAT PAKAIAN WANITA


Allah عزّوجلّ berfirman:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
 ...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; (An-Nur: 31)
Tujuan dari perintah berhijab/berjilbab adalah supaya menutupi perhiasan kaum wanita, maka tidak
masuk akal jika ada wanita memakai baju/jilbab yang pada dasarnya baju/jilbabnya itu sendiri adalah perhiasan (yang menarik perhatian kaum laki-laki) dan ini termasuk perkara yang mungkar.
(Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fil Kitab was Sunnah : al-Albani)
Al-Albani  رحمه الله mengatakan, "Ketahuilah bahawa bukan termasuk perhiasan (terlarang) sedikitpun jika pakaian wanita berwarna selain putih dan selain hitam, tidak seperti yang difahami sebahagian wanita multazimah (yang menyangka pakaian wanita harus hitam), kerana dua alasan:

1.    Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
وَطِيبُ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

"wangi-wangian kaum wanita itu kelihatan warnanya dan samar baunya.”
(Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dan dinyatakan sahih oleh al-Albani)

2.    Adanya kaum wanita dari kalangan sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم yang mengenakan pakaian berwama (selain hitam atau putih)."


HINDARI PAKAIAN SYUHRAH


Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارًا
"Barangsiapa memakai baju syuhrah di dunia, maka Allah akan memakaikan padanya baju kehinaan di Hari Kiamat, lalu dinyalakan dengannya api Neraka." (Riwayat Ibnu Majah: dan dinyatakan hasan oleh al-Albani dalam Jilbab al-Mar'ah al-Miislimah)
Ibnul Atsir رحمه الله mengatakan bahawa syuhrah ertinya "terlihatnya sesuatu", pakaian syuhrah adalah "pakaian yang dijadikan sebagai ciri khas seseorang di tengah manusia sebab berbeza warnanya dengan pakaian manusia (di tempatnya), sehingga manusia melonggokkan pandangannya kepadanya, dan orang ini membanggakan dirinya (dengan pakaiannya) disertai sifat ujub dan kesombongan", dan yang demikian juga disebutkan dalam Nailul Authar (lihat Annul Ma'bud Syarh Sunan Abu Dawud 9/1035).



PAKAIAN PUTIH BAGI WANITA


Hukum asalnya, warna pakaian putih adalah warna pakaian yang terbaik, sebagaimana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
الْبِسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ الْبَيَاضِ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ
"Kenakanlah pakaianmu yang berwarna putih kerana itu sebaik-baik pakaianmu." (Riwayat Abu Dawud dan dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Ahkamul Jana'iz)
Akan tetapi, sebahagian para ulama berpendapat bahawa pakaian putih dikhususkan untuk kaum laki-laki, berbeza dengan wanita, tidak dianjurkan memakai warna putih, dengan alasan wanita lebih tertutup jika mengenakan warna selain putih. (Asy-Syeikh Salih al-Fauzan dalam Tashilul llmam fi Fiqhi al-Ahadits Bulugh al-Maram)
Sementara itu, sebahagian lain berpendapat wanita seperti laki-laki dalam segala hukum jika tidak terdapat dalil yang membezakannya, dan termasuk dalam warna pakaian, maka wanita sama dengan laki-laki, kerana tidak ada dalil yang mengkhususkan warna tertentu hanya untuk laki-laki, sehingga tidak terlarang wanita memakai pakaian dengan warna seperti warna pakaian laki-laki. Hanya, harus diperhatikan, jika pakaian warna putih itu menjadi simbol pakaian khusus laki-laki, atau dianggap sebagai pakaian perhiasan seperti di Nejed, atau jika wanita memakainya akan disebut menyerupai laki-laki, maka pakaian warna putih semacam ini terlarang bagi kaum wanita disebabkan menyerupai lawan jenis bukan kerana warnanya yang putih.   (fatwa al-Lajnah ad-Da'imah dan perkataan Asy-Syeikh Muhammad ibn Shalih al-Uthaimin dalam Fath Dzil jalal wal Ikram bi Syarli Bulugh al-Maram 5/434, dan lihat Fatwa al-Mar'ah 2/84 dikumpulkan oleh Muhammad al-Musnid.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)