.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, September 22, 2015

Tawassul

TAWASSUL YANG DISYARI'ATKAN
Allah berfirman, 
 "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri KepadaNya." (Al-Maa'idah: 35)

Al-Qatadah berkata, "Dekatkanlah dirimu kepadaNya, dengan ketaatan dan amal yang membuatNya redha."
Tawassul yang disyari'atkan adalah tawassul sebagaimana yang diperintahkan oleh Al-Quran, diteladankan oleh Rasulullah s.a.w dan diamalkan oleh para sahabat. 
Di antara tawassul yang disyari'atkan iaitu:

1. Tawassul dengan iman: Seperti yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran tentang hamba-Nya yang bertawassul dengan iman mereka. Allah berfirman, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu), 'Berimanlah kamu kepada Tuhanmu', maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti." (Ali Imran: 193)  

2. Tawassul  dengan mengesakan Allah: Seperti doa Nabi Yunus a.s, ketika ditelan oleh ikan Nun. Allah  mengisahkan dalam firmanNya: "Maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap, 'Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami telah memperkenankan doanya, dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (Al-Anbiyaa': 87-88)  
3. Tawassul dengan Nama-nama Allah: Sebagaimana tersebut dalam firmanNya, "Hanya milik Allah Asma'ul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'ul Husna itu." (Al-A'raaf: 180) 
Di antara doa Rasulullah s.a.w dengan Nama-namaNya yaitu: "Aku memohon KepadaMu dengan segala nama yang Engkau miliki." (Riwayat At-Tirmidzi, hadis hasan sahih)  

4. Tawassul dengan Sifat-sifat Allah: Sebagaimana doa Rasulullah s.a.w, "Wahai Zat Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), dengan rahmatMu aku mohon pertolongan." (Riwayat At-Tirmidzi, hadis hasan)  
5. Tawassul dengan amal soleh: Seperti solat, berbakti kepada kedua orang tua, menjaga hak dan amanah, bersedekah, zikir, membaca Al-Quran, salawat atas Nabi s.a.w, kecintaan kita kepada beliau dan kepada para sahabatnya, serta amal soleh lainnya. Dalam kitab Sahih Muslim terdapat riwayat yang mengisahkan tiga orang yang terperangkap di dalam gua. Lalu masing-masing bertawassul dengan amal solehnya. Orang pertama bertawassul dengan amal solehnya, berupa memelihara hak buruh. Orang kedua dengan baktinya kepada kedua orang tua. Orang yang ketiga bertawassul dengan takutnya kepada Allah, sehingga menggagalkan perbuatan keji yang hendak ia lakukan. Akhirnya Allah membukakan pintu gua itu dari batu besar yang menghalanginya, sehingga mereka semua selamat.  
6. Tawassul dengan meninggalkan maksiat: Misalnya dengan meninggalkan minum khamar (minum-minuman keras), berzina dan sebagainya dari berbagai perkara dan perbuatan yang diharamkan. Salah seorang dari mereka yang terperangkap dalam gua, juga bertawassul dengan meninggalkan zina, sehingga Allah menghilangkan kesulitan yang dihadapinya. Adapun umat Islam sekarang, mereka meninggalkan amal soleh dan bertawassul dengannya, lalu menyandarkan diri bertawassul dengan amal soleh orang lain yang telah mati. Mereka melanggar petunjuk Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.  
7. Tawassul dengan memohon doa kepada para nabi dan orang-orang soleh yang masih hidup. Tersebutlah dalam riwayat, bahawa seorang buta datang kepada Nabi s.a.w. Orang itu berkata, "Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah, agar Dia menyembuhkanku (sehingga boleh melihat kembali)." Rasulullah s.a.w menjawab, "Jika engkau menghendaki, aku akan berdoa untukmu, dan jika engkau menghendaki, bersabar adalah lebih baik bagimu." Ia (tetap) berkata, "D'akanlah." Lalu Rasulullah s.a.w menyuruhnya berwudhu secara sempurna, lalu solat dua rakaat, selanjutnya beliau menyuruhnya berdoa dengan mengatakan, "Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dan aku menghadap kepadaMu dengan (perantara) NabiMu, seorang Nabi yang membawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap dengan (perantara)mu kepada Tuhanku dalam hajatku ini, agar dipenuhiNya untukku. Ya Allah jadikanlah ia pemberi syafa'at kepadaku, dan berilah aku syafa'at (pertolongan) di dalamnya." la berkata, "Laki-laki itu kemudian melakukannya, sehingga ia sembuh." (Riwayat  Ahmad, hadis sahih) 
Hadis di atas mengandungi pengertian bahawa Rasulullah s.a.w berdoa untuk lelaki buta tersebut dalam keadaan beliau masih hidup. Maka Allah mengabulkan doanya. 
Rasulullah s.a.w memerintahkan orang tersebut agar berdoa untuk dirinya. Menghadap kepada Allah untuk meminta kepadaNya agar Dia menerima syafa'at NabiNya. Maka Allah pun menerima doanya. 
Doa ini khusus ketika Nabi s.a.w masih hidup. Dan tidak mungkin berdoa dengannya setelah beliau wafat. Sebab para sahabat tidak melakukan perkara itu. Juga, orang-orang buta lainnya tidak ada yang mendapatkan manfa'at dengan doa itu, setelah terjadinya peristiwa tersebut. 

TAWASSUL YANG DILARANG 
  
Tawassul yang dilarang adalah tawassul yang tidak berdasarkan dan bertunjangkan dalam agama Islam.

Di antara tawassul yang dilarang:
1. Tawassul dengan orang-orang mati, meminta hajat dan memohon pertolongan kepada mereka, sebagaimana banyak kita saksikan pada zaman ini. Mereka menamakan perbuatan tersebut sebagai tawassul, padahal sebenarnya tidak demikian. Sebab tawassul adalah memohon kepada Allah dengan perantara yang disyari'atkan. Seperti dengan perantara iman, amal soleh, Asmaa'ul Husnaa dan sebagainya. Berdoa dan memohon kepada orang-orang mati adalah berpaling dari Allah. Ia termasuk syirik besar. Allah berfirman, "Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi madharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim". (Yunus: 106) Orang-orang zalim dalam ayat di atas berarti orang-orang musyrik.  
2. Tawassul dengan kemuliaan Rasulullah s.a.w. Seperti ucapan mereka, "Wahai Tuhanku, dengan kemuliaan Muhammad, sembuhkanlah aku." Ini adalah perbuatan bid'ah. Sebab para sahabat tidak melakukan perbuatan tersebut. Adapun tawassul yang dilakukan oleh Umar bin Khattab dengan doa bapa saudara Rasulullah s.a.w, Al-Abbas adalah semasa ia masih hidup. Dan Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat. Sedangkan hadis, "Bertawassullah kalian dengan kemuliaanku." Hadis tersebut sama sekali tidak ada sumber aslinya. Demikian menurut Ibnu Taimiyah. Tawassul bid'ah ini boleh menyebabkan pada kemusyrikan. Iaitu jika ia mempercayai bahawa Allah memerlukan perantara. Sebagaimana seorang pemimpin atau penguasa. Sebab dengan demikian ia menyamakan Tuhan dengan makhlukNya. Abu Hanifah berkata, "Aku benci memohon kepada Allah, dengan selain Allah." Demikian seperti disebutkan dalam kitab Ad-Durrul Mukhtaar.  
3. Meminta agar Rasulullah s.a.w mendoakan dirinya setelah baginda wafat, seperti ucapan mereka, "Ya Rasulullah doakanlah aku", ini tidak diperbolehkan. Sebab para sahabat tidak pernah melakukannya. Juga kerana Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepada (orang tua)-nya." (Riwayat  Muslim) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)