Jalalain
:
(Tidakkah kamu melihat, bahawasanya Allah kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan
di bumi) dan termasuk ke dalam pengertian bertasbih adalah solat (dan juga burung-burung) lafaz Thair adalah bentuk jamak dari lafaz Ath Thaair, yakni makhluk yang terbang antara bumi dan
langit (dengan mengembangkan sayapnya) lafaz Shaaffaatin adalah kata keterangan keadaan dari
burung-burung tadi, iaitu burung-burung itu membaca tasbih dengan
mengembangkan sayapnya. (Masing-masingnya telah diketahui) oleh Allah (cara solat dan bertasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka kerjakan). Di dalam ungkapan ini, semuanya dianggap sebagai makhluk yang
berakal.
{ألم تر أَنَّ
اللَّه يُسَبِّح لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَات وَالْأَرْض} وَمِنْ التَّسْبِيح
صَلَاة {وَالطَّيْر} جَمْع طَائِر بَيْن السَّمَاء وَالْأَرْض {صَافَّات} حَال
بَاسِطَات أَجْنِحَتهنَّ {كُلّ قَدْ عَلِمَ} اللَّه {صَلَاته وَتَسْبِيحه
وَاَللَّه عَلِيم بِمَا يَفْعَلُونَ} فِيهِ تَغْلِيب الْعَاقِل
Ibnu Kathir :
Wahai Rasul, tidakkah kamu yakin bahawa semua yang
menetap di langit dan bumi tunduk kepada Allah swt. Termasuk burung-burung juga
tunduk kepada-Nya ketika sedang membentangkan sayapnya. Semua makhluk tersebut
tunduk pada perintah dan peraturan Allah. Mereka menyucikan-Nya dari sekutu dan
segala sesuatu yang tidak pantas bagi-Nya. Semua makhluk ini –melalui wahyu–
telah mengetahui kewajiban mereka untuk tunduk kepada Allah dan menyucikan-Nya
serta melaksnakan tugas kehidupan. Di balik itu, Allah Maha Mengetahui solat, tasbih
dan semua yang dilakukan hamba- hamba-Nya. Lalu bagaimana orang-orang itu tidak
mempercayai-Nya?
يخبر
تعالى أنه يسبح له من في السموات والأرض أي من الملائكة والأناسي والجان والحيوان
حتى الجماد كما قال تعالى « تسبح له السموات السبع والأرض ومن
فيهن » الآية وقوله تعالى « والطير صافات » أي في
حال طيرانها تسبح ربها وتعبده بتسبيح ألهمها وأرشدها إليه وهو يعلم ماهي فاعلة
ولهذا قال « كل قد علم صلاته وتسبيحه » أي كل قد أرشده إلى
طريقته ومسلكه في عباد الله عز وجل ثم أخبر أنه عالم بجميع ذلك لا يخفى عليه من
ذلك شيء ولهذا قال تعالى « والله عليم بما يفعلون » ثم
أخبر تعالى أن له ملك السموات والأرض فهو الحاكم المتصرف الإله المعبود الذي لا
تنبغي العبادة إلا له ولامعقب لحكمه « وإلى الله المصير » أي
يوم القيامة فيحكم فيه بما يشاء « ليجزي الذين أساءوا بما عملوا »
الآية فهو الخالق المالك الإله الحكم في الدنيا والأخرى وله الحمد في
الأولى والآخرة