Syurga :
- Darul Jalal iaitu syurga yang terbuat dari mutiara putih.
- Darus Salam iaitu syurga yang terbuat dari yaqut merah.
- Jannatul Ma’wa iaitu syurga yang terbuat dari zabarjud hijau.
- Jannatul Khuldi iaitu syurga yang terbuat dari marjan yang berwarna merah dan kuning.
- Jannatun Na’im iaitu syurga yang terbuat dari perak putih.
- Jannatul Firdaus iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
- Jannatul ‘Adn iaitu syurga yang terbuat dari intan putih.
- Darul Qarar iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
Ibnu Abbas ra. berkata: Syurga mempunyai 8 pintu yang dibuat dari emas, yang dihiasi dengan jauhar (sejenis mutiara) dan pada
Pintu yang pertama tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, iaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul, syuhada’ dan juga
pintunya orang-orang yang dermawan.
Pintu yang kedua iaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan solat, orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun solatnya.
Pintu yang ketiga iaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.
Pintu yang keempat iaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar.
Pintu yang kelima iaitu pintu bagi orang-orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu yang buruk.
Pintu yang keenam iaitu pintu bagi orang-orang yang melaksanakan haji dan umrah.
Pintu yang ketujuh iaitu pintu bagi orang-orang yang berjihad (dijalan Allah).
Pintu yang kelapan iaitu pintu bagi orang-orang yang bertaqwa, yaitu orang yang memejamkan matanya dari perbuatan dan sesuatu yang haram, orang-orang yang melakukan kebaikan, diantaranya: berbuat baik kepada orang tua, mempererat tali persaudaraan (silaturrahim) dan sebagainya.
Neraka :
Dari Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Nama dan penduduk pintu tersebut adalah:
1. Hawiyah (erti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.
3. Saqar untuk kaum sabian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk syaitan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah SWT.
Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.