Sahal Ibnu Sa’ad
al-Sa’idy R.A berkata: Ada seorang
wanita menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, aku datang
untuk menghibahkan diriku pada Baginda s.a.w.
Lalu Rasulullah s.a.w memandangnya dengan penuh perhatian, kemudian
beliau menganggukkan kepalanya. Ketika perempuan itu memahami bahawa beliau tidak menghendakinya sama
sekali, ia pun duduk. Berdirilah seorang sahabat dan berkata: “Wahai
Rasulullah, jika baginda tidak menginginkannya, nikahkanlah aku dengannya.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apakah engkau mempunyai sesuatu?”
Sahabat itu menjawab: “Demi
Allah tidak, wahai Rasulullah.”
Beliau bersabda:
“Pergilah kepada keluargamu, lalu lihatlah, apakah engkau mempunyai sesuatu.”
Sahabat Rasulullah s.a.w
itupun pergi, kemudian kembali dan
berkata: “ Demi Allah, tidak, aku tidak mempunyai sesuatu.”
Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Carilah, walaupun hanya sebuah
cincin dari besi.” Lalu iapun pergi,
kemudian kembali lagi dan berkata: “Demi
Allah tidak ada, wahai Rasulullah, walaupun hanya sebuah
cincin dari besi, tetapi ini kainku “
cincin dari besi, tetapi ini kainku “
Sahal berkata: “Ia
mempunyai selendang yang sebahagian untuk diberikannya kepada perempuan
itu.”
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Apa yang engkau akan lakukan dengan
kainmu? Jika engkau memakainya, Ia tidak dapat apa-apa dari kain itu dan jika ia memakainya,
engkau pula tidak dapat apa-apa.” Lalu
orang itu duduk.
Setelah duduk lama, ia
berdiri. Ketika Rasulullah s.a.w melihatnya
berpaling, beliau memerintah untuk memanggilnya. Setelah ia datang, beliau
bertanya: “Apakah engkau mempunyai hafalan Quran?” Ia menjawab: Aku hafal surah
ini dan itu. Beliau bertanya: “Apakah engkau menghafalnya di luar kepala?” Ia
menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Beliau bersabda:
“Pergilah, aku telah berikan wanita itu padamu dengan hafalan Quran yang engkau
miliki.”
Muttafaq Alaihi dan
lafaznya menurut Muslim. Dalam suatu riwayat: Rasulullah s.a.w bersabda padanya: “berangkatlah, aku telah
nikahkan ia denganmu dan ajarilah ia Al-Quran.” Menurut riwayat Bukhari: “Aku
serahkan ia kepadamu dengan (maskawin) Al-Quran yang telah engkau hafal.”
Masih mampukan kita
menerima maskahwin atau memberi maskahwin dengan senaskah Al-Quran yang agung
di sisi ummat Islam, yang merupakan panduan hidup?