.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, November 16, 2014

MARI BERKENALAN : Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah An-Naisaburi

Muhammad bin Ishaaq bin Khuzaimah bin Al-Mughiirah bin Shaalih bin Bakr As-Sulamiy An-Naisaabuuriy, yang mempunyai jo[okan : imam para imam (imaamul-aimmah) juga dipanggil sebagai Abu Bkr atau lebih dikenali sebagai Ibnu Khuzaimah dilahirkan pada bulan Safar 223 H. atau bersamaan 838 M. di Naisabur, sebuah bandar di Khurasan, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran.  

Beliau merupakan salah seorang tokoh dalam bidang Hadis pada abad ke-4H, yang telah banyak menyumbangkan sebahagian besar hidupnya untuk mengkaji hadis.Disebabkan oleh jasanya yang begitu besar, kebanyakan para ulama yang menyebutnya sebagai imamnya para imam (bahasa Arab: إمام الأئمة). Salah satu karyanya yang sangat penting dan banyak mendapat ilham di kalangan ulama, adalah Ash-Shahih, sebuah karya yang dalam bidang hadis yang memuatkan hadis-hadis shahih yang tidak disebutkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim


Beliau memulakan pendidikannya dengan mempelajari Al-Quran, dan kemudian beliau mempelajari ilmu hadis melalui seorang ulama di Marwah, iaitu Muhammad bin Hisyam dan Ibnu Qutaibah.  Setelah usianya mencapai 17 tahun
beliau melakukan pembelajaran intelektual ke pelbagai negeri Islam; seperti ke Marwah, Rayy, Syria, Mesir, Washith,Baghdad, Basrah, Kufah dan lain-lain. 
Selama mempelajari ilmu pendidikan, beliau mempelajari melalui kebanyakan ulama tersohor pada zamannya, - selain yang telah disebutkan - antara lain: Ali bin Muhammad, Musa bin Sahl Ar-Ramli, Muhammad bin Harb, Abu Kuraib, Muhammad bin Maran, Yunus bin Abdul A’la, Abdul Jabbar bin Al-A’la, Ishaq bin Rahawaih, Mahmud bin Ghailan, Ali bin Hajar, dan lain-lain. 
Sebagai seorang imam besar di Khurasan, Ibnu Khuzaimah mempunyai ramai murid, antaranya: Ahmad bin Al-Mubarak, Ibrahim bin Abi Thalib, Abu Ali An-Nisaburi, Abu Amr bin Hamdan, Muhammad bin Ahmad bin Bashir, dan lain. 
Ibnu Khuzaimah meninggal dunia pada malam Sabtu berzamaan 12 Zulkaedah tahun 311 H. atau yang bersamaan dengan 924 M. ketika berusia 89 tahun; jenazahnya dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dan dikebumikan di biliknya sendiri.

Mazhab Fiqhiyyah
Mazhab fiqh yang ia pegang adalah Syaafi’iyyah. As-Sam’aaniy berkata :
وكان أدرك أصحاب الشافعي وتفقه عليهم
“Ia bertemu dengan shahabat-shahabat (murid) Asy-Syaafi’iy dan belajar kepada mereka” [Al-Ansaab, 2/362].

Perjalanannya dalam Menuntut Ilmu
Ia berjalan ke berbagai negeri untuk mendapatkan hadits [Al-Muntadham oleh Ibnul-Jauziy 13/233], di antaranya negeri ‘Iraaq, Syaam, Mesir, dan yang lainnya [Al-Ansaaboleh As-Sam’aaniy 2/362]. Ia memasuki daerah Jurjaan pada bulan Rajab tahun 300 H dan meriwayatkan hadits di sana. Kemudian keluar menuju Ribaath Dahistaan dan meriwayatkan hadits di sana, dan meng-imla’-kannya di sebuah masjid tua di sana [Taariikh Jurjaan oleh Abul-Qaasim Al-Jurjaaniy hal. 413].
Guru-Gurunya
·         Mendengar hadits dari Ishaaq bin Rahaawaih dan Muhammad bin Humaid, akan tetapi tidak meriwayatkan hadits dari mereka berdua dikarenakan ia menulis dari mereka ketika masih ia masih kecil sebelum ia dapat memahaminya [Siyaru A’laamin-Nubalaa’ 14/365-366].
·         ‘Aliy bin Hajar di Marwa
·         Yuunus bin ‘Abdil-A’laa di Mesir
·         Ahmad bin Ibraahiim Ad-Dauraqiy dan saudaranya yang bernama Ya’quub.
·         Muhammad bin Harb di Waasith.
·         Muhammad bin Abaan Al-Mustamliy
·         Dan yang lainnya masih banyak [Al-Muntadham, 13/233 dan Siyaru A’laamin-Nubalaa’ 14/365-366].
Murid-Muridnya
o    Telah menulis darinya Abu Bakr Al-Ismaa’iiliy di Jurjaan dan Dahistaan [Taariikh Jurjaan hal. 413].
o    Telah meriwayatkan darinya, dua syaikhnya : Al-Bukhaariy dan Muslim di selain kitabShahih-nya [Siyaru A’laamin-Nubalaa’ 14/366-367]. Al-Haakim berkata :
قد رأيت في كتاب مسلم بن الحجاج بخط يده: حدثني محمد بن إسحاق أبو بكر صاحبنا
“Aku pernah melihat di kitab Muslim bin Al-Hajjaaj dengan tulisan tangannya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Ishaaq Abu Bakr, shahabat kami” [At-Taqyiidoleh Ibnu Nuqthah, hal. 17].
o    Syaikhnya, Muhammad bin ‘Abdillah bin ‘Abdil-Hakam.
o    Cucunya, Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad bin Khuzaimah.
o    Abu Haatim Al-Bustiy (Ibnu Hibbaan).
o    Abu Ahmad bin ‘Adiy (Ibnu ‘Adiy).
o    Abu Bakr Ahmad bin Ishaaq Ash-Shibghiy.
o    Abu Ahmad Al-Haakim.
o    Dan yang lainnya masih banyak [Siyaru A’laamin-Nubalaa’, 14/366-367].
Sirahnya dan Perkataan Para Ulama Naqd Tentangnya
Ibnu Hibbaan berkata :
كان -رحمه الله- أحد أئمة الدنيا علما وفقها وحفظا وجمعا واستنباطا، حتى تكلم في السنن بإسناد لا نعلم سبق إليها غيره من أئمتنا، مع الإتقان الوافر والدين الشديد إلى أن توفى رحمه الله
“Ia – rahimahullah – salah seorang imam dunia dalam ilmu, kefaqihan, hapalan, pengumpulan (ilmu-ilmu), dan istinbaath. Hingga, ia mampu berkata/meriwayatkan hadits-hadits dengan sanad yang kami tidak mengetahui ada orang yang mendahuluinya dari kalangan imam-imam kami; bersamaan dengan pengetahuannya yang sempurna dan kebenaran agamanya hingga ia meninggal dunia, rahimahullaah” [Ats-Tsiqaat oleh Ibnu Hibbaan, 9/156].
ما رأيتُ على وجه الأرض من يحفظ صناعة السنن، ويحفظ ألفاظها الصحاح، وزياداتها، حتى كأنَّ السنن كلها بين عينيه إلا محمد بن إسحاق بن خزيمة فقط
“Aku tidak pernah melihat di muka bumi orang yang menghapal hadits-hadits, menghapal lafadh-lafadh shahihnya, dan penambahannya hingga seakan-akan seluruh hadits berada di depan matanya, selain dari Muhammad bin Ishaaq bin Khuzaimah saja” [Siyaru A’laamin-Nubalaa’, 14/372].
Ad-Daaruquthniy berkata :
كان ابن خزيمة إمامًا ثبتًا معدوم النظير
“Ibnu Khuzaimah adalah seorang imam yang tsabat, tidak ada bandingannya” [Suaalaat As-Sulamiy lid-Daaruquthniy, hal 101].
Abu Sa’d As-Sam’aaniy berkata :
اتفق أهل عصره على تقدمه في العلم...وكان أدرك أصحاب الشافعي وتفقه عليهم
“Orang-orang di jamannya telah sepakat mendahulukannya dalam hal ilmu….. dan ia pernah menjumpai shahabat-shahabat Syaafi’iy dan belajar kepada mereka” [Al-Ansaab, 2/362].
Abul-‘Abbaas bin Suraij berkata :
يُخْرِج النُّكت من حديث رسول الله صلى الله عليه وآله بالمِنقَاش
“Ia mengeluarkan intisari/faedah dari hadits Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam dengan pahat[1]” [Ma’rifatu ‘Uluumil-Hadiits oleh Al-Haakim, hal. 283].
Abu ‘Abdillah Al-Haakim berkata :
فضائل هذا الإمام مجموعة عندي في أوراق كثيرة، وهي أكثر وأشهر من أن يحتملها هذا الموضع
“Keutamaan imam ini terkumpul padaku dalam banyak kertas. Hal itu lebih banyak dan lebih terkenal/masyhur dari yang disebutkan di tempat ini” [idem, hal. 284].
Muhammad bin Sahl Ath-Thuusiy berkata :
سمعت الربيع بن سليمان وقال لنا: هل تعرفون ابن خزيمة؟ قلنا: نعم. قال: استفدنا منه أكثر مما استفاد منا
“Aku pernah mendengar Ar-Rabii’ bin Sulaimaan, dan ia berkata kepada kami : ‘Apakah kalian mengetahui Ibnu Khuzaimah ?’. Kami berkata : ‘Ya’. Ia berkata : ‘Kami lebih banyak mengambil faedah darinya, daripada ia mengambil faedah dari kami” [Siyaru A’laamin-Nubalaa’, 14/371].
Al-Haafidh Abu ‘Aliy An-Naisaabuuriy berkata :
كان ابن خزيمة يحفظ الفقهيات من حديثه كما يحفظ القارئ السورة
“Ibnu Khuzaimah menghapal permasalahan-permasalahan fiqh dari haditsnya sebagaimana ia seorang qaari’ menghapal satu surat (dalam Al-Qur’an)” [idem, 14/372].
لم أر أحدًا مثل ابن خزيمة
“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang semisal dengan Ibnu Khuzaimah”.
Adz-Dzahabiy memberikan komentar atas perkataan di atas :
يقول مثل هذا وقد رأى النسائي
“Ia telah berkata semisal dengan ini padahal ia pernah melihat An-Nasaa’iy” [idem, 14/372-373].
Ibnu Abi Haatim pernah ditanya tentang Ibnu Khuzaimah, lalu ia berkata :
ويْحَكُم! هو يُسال عنّا ولا نُسال عنه ! هو إمام يُقتدى به
“Celaka kamu, ia lah yang seharusnya ditanya tentang kami, dan bukan kami yang ditanya tentangnya. Ia adalah seorang imam yang diteladani” [idem, 14/377].
Adz-Dzahabiy berkata :
عنى في حداثته بالحديث والفقه، حتى صار يُضرب به المَثل في سعة العلم والاتقان
“Ia menyibukkan diri di masa mudanya dengan hadits dan fiqh, hingga menjadi patokan dalam keluasan ilmu dan itqaan” [idem, 14/365].
لابن خزيمة عظمة في النفوس، وجلالة في القلوب لعلمه ودينه، واتباعه السنة
“Ibnu Khuzaimah mempunyai kebesaran jiwa dan keagungan hati karena ilmu dan (kebaikan) agamanya, serta sikap ittiba’-nya terhadap sunnah” [idem, 14/374].
Ibnu Katsiir berkata :
كان بحرًا من بحور العلم، طاف البلاد ورحل إلى الآفاق في الحديث وطلب العلم، فكتب الكثير وصنف وجمع، وكتابه الصحيح من أنفع الكتب وأجلها، وهو من المجتهدين في دين الاسلام، حكى الشيخ أبو إسحاق الشيرازي في طبقات الشافعية عنه أنه قال: ما قلدتُ أحدًا منذ بلغت ست عشرة سنة
“Ia adalah laut dari lautan ilmu, mengembara ke berbagai negeri untuk mencari hadits dan ilmu. Lalu ia banyak mencatatnya, menulisnya, dan mengumpulkannya. Dan kitabnya Ash-Shahiih adalah kitab yang paling besar dan bermanfaat. Ia termasuk mujtahid dalam agama Islam. Asy-Syaikh Abu Ishaaq Asy-Syiiraaziy menghikayatkan dalam Thabaqaat As-Syaafi’iyyah darinya (Ibnu Khuzaimah), bahwasannya ia pernah berkata : ‘Aku tidak pernah bertaqlid kepada siapapun sejak aku berusia 16 tahun” [Al-Bidaayah wan-Nihaayah, 11/170].
Ibnu ‘Abdil-Haadiy berkata :
الحافظ الثبت، إمام الأئمة، وشيخُ الإسلام، أبو بكر، محمد بن إسحاق بن خزيمة
“Seorang haafidh yang tsabat, imamnya para imam, syaikhul-Islaam, Abu Bakr Muhammad bin Ishaaq bin Khuzaimah” [Thabaqaat ‘Ulamaa Al-Hadiits, 2/441].
Muhammad bin Al-Fadhl berkata :
استأذنت أبي في الخروج إلى قتيبة، فقال: اقرإ القرآن أولا حتى آذن لك. فاستظهرت القرآن، فقال لي: امكث حتى تصلي بالختمة. ففعلت، فلما عيَّدنا، أذن لي، فخرجت إلى مرو، وسمعت بمرو الرُّوذ من محمد بن هشام صاحب هشيم، فَنُعِيَ إلينا قتيبة
“Aku pernah mendengar kakekku (Ibnu Khuzaimah) berkata : ‘Aku meminta ijin ayahku untuk keluar menemui Qutaibah’. Maka ayahku berkata : ‘Bacalah (hapalkanlah) Al-Qur’an terlebih dahulu, hingga aku berikan ijin kepadamu’. Aku pun menghapalkan Al-Qur’an’. Lalu ayahku berkata lagi : ‘Tinggallah dulu hingga engkau shalat dengan mengkhatamkan Al-Qur’an’. Lalu, aku pun melakukannya. Ketika kami merayakan hari raya ‘Ied, ayahku mengijinkanku. Aku pun keluar menuju daerah Marwi, dan aku mendengar di Marwi dari Muhammad bin Hisyaam, shahabat Husyaim. Lalu sampailah kepada kami khabar wafatnya Qutaibah” [Siyaru A’laamin-Nubalaa’, 14/371].
Ibnu Khuzaimah berkata :
كنت إذا أردت أن أصنف الشيء أدخل في الصلاة مستخيرًا حتى يفتح لي، ثم أبتدئ التصنيف
“Dulu, jika aku hendak menulis sesuatu, maka aku mengerjakan shalat istikharah, hingga Allah membukakan bagiku, (setelah itu) lalu aku mulai menulis” [idem, 14/365].
Abu Ahmad Husainak pernah bertanya kepada Ibnu Khuzaimah : “Berapa hadits yang dihapal oleh syaikh (yaitu Ibnu Khuzaimah)”. Maka Ibnu Khuzaimah memukul kepalanya dan berkata : 
ما أكثر فضولك ! ثم قال: يا بني! ما كتبتُ سوداء في بياض إلا وأنا أعرفه
“Betapa banyak kelebihan (bicara)-mu. Wahai anakku, tidaklah aku menulis tinta hitam di atas kertas putih kecuali aku mengetahui/menghapalnya” [idem, 14/373].
Ibnu Khuzaimah pernah ditanya : “Dari siapakah engkau mendatangi/mencari ilmu ?”. Ia menjawab :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ماء زمزم لما شُرب له." وإني لما شربت سألت الله علمًا نافعًا
“Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ‘Air zamzam itu sesuai dengan yang diinginkan peminumnya’. Dan aku ketika meminumnya berdoa kepada Allah agar memperoleh ilmu yang bermanfaat” [idem, 14/370].
Wafatnya
Ibnu Khuzaimah jatuh sakit pada malam Rabu, dan wafat malam Sabtu setelah ‘Isyaa’, tanggal 5 Dzulqa’dah di rumahnya pada usia 88 tahun. Ia dikuburkan di rumahnya yang kemudian (rumahnya tersebut) dijadikan pekuburan [Ats-Tsiqaat oleh Ibnu Hibbaan, 9/156 dan Al-Ansaab, 2/362].
Abu Sa’iid bin Muhammad, saudara Ibnu Khuzaimah, berkata :
حضرت وفاة الإمام أبي بكر وكان يحرك إصبعه بالشهادة عند آخر رمق
“Aku hadir pada waktu wafatnya Al-Imaam Abu Bakr. Ia menggerak-gerakkan jari telunjuknya bersyahadat saat menjelang wafatnya” [At-Taqyiid, hal. 17].
Tulisannya
·         Al-Haakim berkata :
مُصنفاته تزيد على مائة وأربعين كتابًا، سوى المسائل، والمسائل المصنفة أكثر من مائة جزء، وإن فقه حديث بريرة ثلاثة أجزاء، ومسألة الحج خمسة أجزاء
“Tulisan-tulisannya lebih dari 140 kitab selain dari Al-Masaail (permasalahan-permasalahan tertentu) yang mencapai lebih dari 100 juz. Dan tulisannya tentang fiqh hadits ada 3 juz, serta permasalahan haji ada 5 juz” [Ma’rifatu ‘Uluumil-Hadiits, hal. 284].
·         Kitaabut-Tauhiid wa Itsbaati Shifaatir-Rabb [Siyaru A’laamin-Nubalaa’ 14/374 dan Al-Alaam oleh Az-Zirkiliy 6/29].
·         Shahiih Ibni Khuzaimah [Al-Majma’ul-Muassas li-Mu’jamil-Mufahras oleh Ibnu Hajar 1/286 & 502 dan Al-A’laam oleh Az-Zirkiliy 6/29].
Perkataan-Perkataannya dalam Permasalahan ‘Aqidah
o    Sifat Istiwaa’ dan ‘Ulluw Allah di atas makhluk-Nya
من لم يُقرّ بأن الله تعالى على عرشه قد استوى فوق سبع سمواته فهو كافر بربه، يُستتاب فإن تاب وإلا ضُربت عنقه
“Barangsiapa yang tidak mengatakan bahasannya Allah ta’ala di atas ‘Arsy, di atas tujuh lagit, maka ia telah kafir terhadap Rabbnya. Ia diminta untuk bertaubat. Jika mau bertaubat, maka diterima, jika tidak, dipenggal lehernya” [Ma’rifatu ‘Uluumil-Hadiits hal. 285].
Ia berkata tentang firman Allah ta’ala QS. Al-Ghaafir ayat 36-37 :
وفي قوله {وإني لأظنه كاذبا} دلالة على أن موسى قد كان أعلمه أن ربه جلا وعلا أعلى وفوق
“Dan dalam firman-Nya : ‘dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta’(QS. Ghaafir : 37) merupakan petunjuk bahwasannya Muusaa memberitahukan kepadanya (Fir’aun) bahwa Rabbnya adalah Tinggi dan Di atas (segala sesuatu)” [At-Tauhiid wa Itsbaati Shifaatir-Rabb ‘Azza wa Jalla oleh Ibnu Khuzaimah, 1/264].
o    Sifat Ru’yah.
Ibnu Khuzaimah berkata dalam Kitaabut-Tauhiid :
باب ذكر البيان إن رؤية الله التي يختص بها أولياءه يوم القيامة هي التي ذكر في قوله { وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ}
ويفضل بهذه الفضيلة أولياءه من المؤمنين، ويُحجب جميع أعدائه عن النظر إليه من مشرك ومتهود ومتنصر ومتمجس ومنافق كما أعلم في قوله {كلا إنهم عن ربهم يومئذ لمحجوبون}،
“Baab : Penyebutan penjelasan bahwasannya ru’yatullah (melihat Allah) yang dikhususnya denganya para wali-Nya pada hari kiamat yang disebutkan dalam firman-Nya : Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat” (QS. Al-Qiyaamah : 22-23). Dan Allah melebihkan para wali-Nya dari kalangan orang-orang yang beriman dengan kelebihan ini. Dan Allah akan menghijab seluruh musuh-musuh-Nya dari kalangan orang-orang musyrik, Yahudi, Nashrani, Majusi, dan munafiq untuk melihat-Nya; sebagaimana diketahui dalam firman-Nya : Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhan mereka’ (QS. Al-Muthaffifiin : 15)”.
o    Sifat Nuzuul dan Kaifiyyah.
رواها علماء الحجاز والعراق عن النبي في نزول الرب جل وعلا إلى السماء الدنيا كل ليلة، نشهد شهادة مقر بلسانه، مصدق بقلبه، مستيقن بما في هذه الأخبار من ذكر نزول الرب من غير أن نصف الكيفية، لأن نبينا المصطفى لم يصف لنا كيفية نزول خالقنا إلى سماء الدنيا، وأعلمنا أنه ينزل، والله جل وعلا لم يترك، ولا نبيه عليه السلام بيان ما بالمسلمين الحاجة إليه من أمر دينهم، فنحن قائلون مصدقون بما في هذه الأخبار من ذكر النزول غير متكلفين القول بصفته أو بصفة الكيفية إذ النبي لم يصف لنا كيفية النزول
“Para ulama Hijaaz dan ‘Iraaq telah meriwayatkan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam hadits tentang turunnya Rabb jalla wa ‘alaa ke langit dunia pada setiap malam. Kami bersaksi dengan satu persaksian yang terucap oleh lisan dan dibenarkan oleh hati, meyakini seluruh khabar yang menyebutkan turunnya Rabb tanpa mensifatkan adanya kaifiyyah. Hal itu dikarenakan Nabi kita Al-Mushthafaatidak menjelaskan kepada kami kaifiyah turunnya Allah ke langit dunia. Namun kami mengetahui bahwasannya Allah itu turun. Dan Allah jalla wa ‘alaa dan Nabi-Nyashallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak meninggalkan penjelasan yang dibutuhkan kaum muslimin dari perkara agama mereka. Kami adalah orang-orang yang mengatakan dan membenarkan khabar-khabar ini tentang penyebutan an-nuzuul tanpa memperberat diri dalam perkataan tentang sifat-Nya atau sifat kaifiyyah saat Nabishallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menjelaskan kepada kami kaifiyah turunnya (Allah)” [At-Tauhiid 2/289-290].
o    Permasalahan Tasybiih.
نحن نقول: إن الله سميع بصير كما أعلمنا خالقنا وبارؤنا، ونقول: من له سمع وبصر من بني آدم فهو سميع بصير، ولا نقول أن هذا تشبيه المخلوق بالخالق
“Kami berkata : Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat sebagaimana Khaaliq kami telah memberitahukan kepada kami. Kami berkata kepada orang yang mempunyai pendengaran dan penglihatan : ‘Bahwasannya Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat’. Kami tidak mengatakan hal ini sebagai bentuk penyerupaan makhluk kepada Khaaliq” [idem, 1/61].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)