Ahmad Ibni Muhammad, terdapatnya banyak taman-taman binatang atau zoo merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat dan menunjukkan bahawa kiamat begitu hampir sekali. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan apabila binatang liar dikumpulkan". (surah At Takwir ayat 5)
Di dalam zoo berjenis-jenis binatang liar dan bebas dikumpulkan di satu tempat yang dikhaskan untuk tujuan itu, sedangkan sebenarnya perbuatan seumpama itu adalah haram di sisi syarak kerana beberapa sebab:
1. Mengurung binatang-binatang tersebut dalam sangkar seolah-olah menyeksanya dan menyekat kebebasan yang tidak sesuai dengan fitrahnya tanpa sebab-sebab syar'iyah.
2. Diantara binatang-binatang itu ada binatang yang kotor dan keji yang wajib dibunuh bila berjumpa dengannya. Maka sudah tentu tidak layak kita memeliharanya.
3. Kos penjagaan binatang-binatang tersebut terpaksa dikeluarkan setiap hari. Jika segala perbelanjaan itu disedekahkan kepada orang miskin beserta keluarga mereka, sudah pasti segala hajat mereka itu akan terpenuhi.
4. Mensia-sia harta adalah ditegah oleh syarak.
Dari sumber diatas sebagai bukti bahawa burung merupakan binatang yang secara fitrahnya hidup dengan terbang bebas di alam ini. Jika kita mengurungnya bererti kita telah melakukan penganiayaan terhadapnya. Menganiaya sesama makhluk sudah tentu sangat ditegah dan dilarang. Kecualilah jika pemeliharaan itu bertujuan untuk kemaslahatan umum, seperti menternak burung puyuh secara besar-besaran yang berguna untuk keperluan manusia. Maka memelihara burung seperti ini harus hukumnya.