Menjadi Mukmin sejati, perlu kepada pengorbanan dan usaha-usaha yang berterusan, iaitu berkorban dan berusha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Muraqabah terhadap Allah s.w.t adalah sifat jiwa seorang Mukmin.
Ketika malaikat Jibril a.s. pada suatu kesempatan mengunjungi baginda Rasulullah s.a.w. , baginda menanyakan hal mengenai Islam, Iman dan Ihsan .Muraqabah adalah suatu jalan yang sangat berkaitan dengan Ihsan—ketika kita beribadah kepada Allah , seakan-akan kita melihat Dia. Walaupun kita tidak mampu melihat Dia; Dia pasti melihat kita. Ini adalah bentuk tarbiyah untuk menjadi Ihsan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'.
Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"
Para sahabat menjawab:" Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya." Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Riwayat Imam Tirmizi)
Peribadi Tenang.
Nabi s.a.w pernah berpesan : "Seorang Mukmin itu tidak akan mencuri, ketika mana melakukan perbuatan itu dia adalam Mukmin." Maknanya , ketika dalam hati sesaorang itu ada iman atau hatinya hadir, maka dia tidak akan melakukan kesalahan. Orang beriman tidak akan mencuri jika dia merasai pengawasan Allah s.w.t. Ini kerana, hati yang di miliki itu adalah hati yang sedar dan mampu merasai Allah s.w.t melihat serta mengawasi segala amalannya. Itulah hakikat muraqabah.
Hati yang sentiasa mahu menerima Tarbiyah:
Firman Allah s.w.t :
فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ
"Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat." (Surah al-A'laa, ayat 9).
Dengan saling memberi peringatan ini juga akan melahirkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan terhadap Allah s.w.t seperti firman Allah :
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ
"Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran." (Surah al- A'laa, ayat 10).
Sayyidina Umar al- Khattab r.a berkata, "Hisablah dirimu sebelum di hisab pada hari kiamat"
Firman Allah s.w.t bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan" (Surah ai- Hasyr ayat 18).
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah s.w.t"
( Riwayat Imam Tirmizi)
Imam Mubarakfuri berkata : "Orang yang lemah adalah bersambong dengan lemahnya ketaatan kepada Allah s.w.t dan selalu ikut hawa nafsunya tidak
pernah minta ampun kepada Allah s.w.t bahkan selalu berangan-angan bahawa Allah s.w.t mengampunkan doas-dosanya"
Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa berdo'a kepada Allah s.w.t maksudnya : " Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan do'a yang tidak di kabulkan"
(Hadis Riwayat Muslim)
والله تعالى اعلم