Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu
yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Apa saja di dalam syurga semuanya
nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam
kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang
dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan
sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.
Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon
rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan,
tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih
tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak
lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya
keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di
sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam
a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu
untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang
tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa
kesepian Adam.
Ketika Adam a.s sudah
berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia
lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani
serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung
membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar
kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah
Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang
rusuk Adam a.s
dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam
a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat
Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang
manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah
Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan
sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan
seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Hawa yang duduk bersandar pada bantal lembut di
atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu
manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki
kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang
di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang
datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang
berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya
ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah
di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring
mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan
perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit
di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan
melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan
paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan,
kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan
segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang
mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang
menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari
kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada
wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan
kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya
makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan
bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun
temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT
kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak
semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam
a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya,
memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam.
Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang,
namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk
fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia
seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat
kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah
dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat
Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu,
yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan
tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat pada
rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang
bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat
berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun
cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam
syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari
segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling
harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar
merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini?
Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan,
lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu
itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam
syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah
yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu,
gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar
Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus:
“Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah
kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang
dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik,
suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula
cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian.
Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada
Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s
menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus,
penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah
menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam
dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku,
engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi
harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh
langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita
itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya,
menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan
bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam
sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada
rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu
bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi
menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis
yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia
yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya
bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta
hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah
panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya
dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua
manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Allah SWT.
Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua
hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari
penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta
membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.
Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul
bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan
Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad
pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku,
segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan
segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu
hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan
Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya
bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Setelah akad nikah
selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan
mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin
agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan
isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang
disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar
bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu
haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan.
Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian
pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya
Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Pergaulan hidup
adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah
menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar
yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s
berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah,
intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat
atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh
pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya.
Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan
keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar
Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang
membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para
anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai
Rohaniah,
kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh
alam).Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai
Hawa mendengarkannya dan menerimanya
sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai
Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta
nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua
mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi
zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak
lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang
pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh
kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin
dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa
terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya
Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi
untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT
dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba
yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami
berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku
kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada
kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah:
38)