1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki
yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki
soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang
yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar
ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah
mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila
pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa
Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati
syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama
aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga
sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang
hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam
hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka
Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang
solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang
wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh
pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk
dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan
Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri
yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan
penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala
12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah
di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
39. Dari Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua
kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel
yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya
selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah
celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan
dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar
mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab
mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di
doa'kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah
akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang,
Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan
benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan
memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah
akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-
taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
(menjaga aurat) iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. 55.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di
ta'atinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau
dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW
bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri (cemburu) untuk wanita dan
jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan
mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu
(iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan
menerima ganjaran seorang syahid”.
(Rujukan : Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin,
Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab dan lain-lain.)