.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, November 18, 2014

KERISAUAN??? : MAKA BERSALAWATLAH



Suatu hari Ubai bin Ka’ab datang bertemu Rasulullah SAW hendak bertanya tentang selawat.
Ubai berkata:

“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan selawat kepadamu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepadamu?”

Baginda bersabda “Sebanyak yang hati kamu inginkan.”
Saya bertanya lagi “Wahai Rasulullah, jika satu perempat?”
Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu.”
Tanya Saya “Jika separuh?”
Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu.”
Saya bertanya lagi “Jika dua pertiga?”

Baginda bersabda “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik bagi kamu.”

Lalu, saya berkata “Jika demikian, saya jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada tuan.”
Baginda bersabda “Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu.”
(RIWAYAT AT-TIRMIZI) 

Imam Sufyan Ats-Tsauri adalah pemimpin ulama-ulama Islam. Nama lengkapnya adalah Sufyan bin Said bin Masruq bin Rafi’ bin Abdillah bin Muhabah bin Abi Abdillah bin Manqad bin Nashr bin Al-Harits bin Tsa’labah bin Amir bin Mulkan bin Tsur bin Abdumanat Adda bin Thabikhah bin Ilyas.
Imam Sufyan Ats-Tsauri lahir pada tahun 77 H di Kufah pada masa khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.
Imam Sufyan ats-Tsauri menceritakan, “ Aku pergi haji. Ketika Tawaf di Ka’bah, aku melihat seorang pemuda yang tak berdoa apapun selain hanya berselawat kepada Nabi SAW.
Sufyan bertanya: “Sesungguhnya engkau telah telah tinggalkan tasbih dan tahlil, sedang engkau hanya melakukan Selawat atas Nabi. Apakah ada bagimu landasan yang khusus?”
Orang itu menjawab: “Siapakah engkau? Semoga Allah mengampunimu.”
Sufyan menjawab: “Saya adalah Sufyan ats Tsauri”.
Orang itu berkata: “seandainya kamu bukanlah orang yang istimewa di masamu ini nescaya saya tidak akan memberitahu masalah ini dan menunjukkan rahsiaku ini”.
Kemudian orang itu berkata kepada Sufyan: “Sewaktu saya mengerjakan haji bersama ayahku, dan ketika berada dekat kepalanya ayahku meninggal dan mukanya nampak hitam, lalu saya mengucapkan “innalillah wa inna ilahi rajiun” dan saya menutup mukanya dengan kain.
Kemudian saya tertidur dan bermimpi, di mana saya melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih
dan mengusap muka ayahku, lalu muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih.
Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas saya pegang pakaiannya sambil bertanya: “wahai hamba Allah siapakah engkau? Bagaimana lantaran kamu Allah menjadikan muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?.
Orang itu menjawab: “apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah yang membawa al-Quran. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang melampaui batas (banyak dosanya) akan tetapi ia banyak membaca Selawat atasku.
Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku, maka akupun memberi pertolongan kepadanya, kerana aku suka memberi pertolongan kepada orang yang banyak memperbanyak Selawat atasku”. Setelah itu saya terbangun dari tidur, dan saya lihat muka ayahku berubah menjadi putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)