.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, November 18, 2014

TAUBAT : RIYADHUS SHOLIHIN (IMAM NAWAWI)



Mukadimah Bab Taubat: Syarat-Syarat Taubat
- باب التوبة
قَالَ العلماءُ : التَّوْبَةُ وَاجبَةٌ مِنْ كُلِّ ذَنْب ، فإنْ كَانتِ المَعْصِيَةُ بَيْنَ العَبْدِ وبَيْنَ اللهِ تَعَالَى لاَ تَتَعلَّقُ بحقّ آدَمِيٍّ فَلَهَا ثَلاثَةُ شُرُوط
Bab Taubat:
Ulama’ berkata: Bertaubat daripada segala dosa wajib hukumnya. Seandainya maksiat tersebut adalah antara hamba dan Allah, dan tidak berkaitan dengan hak manusia, maka taubat tersebut mempunyai tiga syarat:

أحَدُها : أنْ يُقلِعَ عَنِ المَعصِيَةِ
Pertama: Meninggalkan maksiat tersebut
.
والثَّانِي : أَنْ يَنْدَمَ عَلَى فِعْلِهَا
Kedua: Menyesal kerana melakukan maksiat tersebut.
.
والثَّالثُ : أنْ يَعْزِمَ أَنْ لا يعُودَ إِلَيْهَا أَبَداً . فَإِنْ فُقِدَ أَحَدُ الثَّلاثَةِ لَمْ تَصِحَّ تَوبَتُهُ
Ketiga: Berazam untuk tidak kembali kepada maksiat tersebut selama-lamanya. Seandainya hilang salah satu daripada tiga syarat ini, maka tidak sah taubatnya.
.
وإنْ كَانَتِ المَعْصِيةُ تَتَعَلقُ بآدَمِيٍّ فَشُرُوطُهَا أرْبَعَةٌ : هذِهِ الثَّلاثَةُ ، وأنْ يَبْرَأ مِنْ حَقّ صَاحِبِها ، فَإِنْ كَانَتْ مالاً أَوْ نَحْوَهُ رَدَّهُ إِلَيْه ، وإنْ كَانَت حَدَّ قَذْفٍ ونَحْوَهُ مَكَّنَهُ مِنْهُ أَوْ طَلَبَ عَفْوَهُ ، وإنْ كَانْت غِيبَةً استَحَلَّهُ مِنْهَا . .
Seandainya maksiat itu berkait dengan insan lain, maka syaratnya ada empat, termasuk tiga syarat ini (yang di atas), iaitu melepaskan diri daripada hak saudaranya. Seandainya ia berkaitan harta dan semisalnya, hendaklah dia memulangkannya. Seandainya ia berkaitan tuduhan fitnah seperti zina dan semisalnya, hendaklah dia mencabut tuduhan tersebut atau meminta maaf, seandainya ia berkaitan mengumpat, hendaklah dia memohon penghalalan daripada yang diumpat.

ويجِبُ أنْ يَتُوبَ مِنْ جميعِ الذُّنُوبِ ، فَإِنْ تَابَ مِنْ بَعْضِها صَحَّتْ تَوْبَتُهُ عِنْدَ أهْلِ الحَقِّ مِنْ ذلِكَ الذَّنْبِ وبَقِيَ عَلَيهِ البَاقي . وَقَدْ تَظَاهَرَتْ دَلائِلُ الكتَابِ والسُّنَّةِ ، وإجْمَاعِ الأُمَّةِ عَلَى وُجوبِ التَّوبةِ
Wajib untuk bertaubat daripada semua dosa. Seandainya seseorang bertaubat daripada sebahagian dosa sahaja, taubatnya untuk dosa tersebut sah pada pandangan ulama , dan dosa lain masih kekal. Dalil-dalil al-Quran, as-Sunnah, dan kesepakatan ulama menunjukkan wajibnya bertaubat.

قَالَ الله تَعَالَى : وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ]النور : 31 ]
Allah berfirman: Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Moga-moga kamu menjadi orang yang berjaya

، وَقالَ تَعَالَى : اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ] هود : 3 ] ،
Firman Allah: Mohonlah keampunan Tuhan mu, kemudian bertaubatlah kepadanya [Hud:3]

وَقالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحا ]التحريم : 8 [.
Firman Allah: Wahai orang-orang beriman, taubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha [at-Tahrim:8

Hadis 13- Banyaknya istighfar Nabi SAW setiap hari
‎13- وعَنْ أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قال : سمِعتُ رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « واللَّه إِنِّي لأَسْتَغْفرُ الله ، وَأَتُوبُ إِليْه ، في اليَوْمِ ، أَكثر مِنْ سَبْعِين مرَّةً » رواه البخاري

Abu Hurairah RA menyatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih daripada tujuh puluh kali [HR al-Bukhari]

Hadis 14- 

14- وعن الأَغَرِّ بْن يَسار المُزنِيِّ رضي الله عنه قال : قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « يا أَيُّها النَّاس تُوبُوا إِلى اللَّهِ واسْتغْفرُوهُ فإِني أَتوبُ في اليَوْمِ مائة مَرَّة » رواه مسلم .

Al-Aghar bin Yasar al-Muzani ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah, dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya aku bertaubat setiap hari seratus kali [HR Muslim]

Hadis 15- Allah gembira dengan orang bertaubat, lebih hebat daripada gembiranya orang yang kehilangan unta lalu menemuinya

وعنْ أبي حَمْزَةَ أَنَس بن مَالِكٍ الأَنْصَارِيِّ خَادِمِ رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، رضي الله عنه قال : قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : للَّهُ أَفْرحُ بتْوبةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ سقطَ عَلَى بعِيرِهِ وقد أَضلَّهُ في أَرضٍ فَلاةٍ متفقٌ عليه

Daripada Abu Hamzah iaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:”Nescayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah yang luas.” [Al-Bukhari dan Muslim].
.
Dalam riwayat Muslim:
وفي رواية لمُسْلمٍ : « للَّهُ أَشدُّ فرحاً بِتَوْبةِ عَبْدِهِ حِين يتُوبُ إِلْيهِ مِنْ أَحَدِكُمْ كان عَلَى راحِلَتِهِ بِأَرْضٍ فلاةٍ ، فانْفلتتْ مِنْهُ وعلَيْها طعامُهُ وشرَابُهُ فأَيِسَ مِنْهَا ، فأَتَى شَجَرةً فاضْطَجَعَ في ظِلِّهَا ، وقد أَيِسَ مِنْ رَاحِلتِهِ ، فَبَيْنما هوَ كَذَلِكَ إِذْ هُوَ بِها قَائِمة عِنْدَهُ ، فَأَخذ بِخطامِهَا ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الفَرحِ : اللَّهُمَّ أَنت عبْدِي وأَنا ربُّكَ، أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الفرح »

“Nescayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya ketika ia bertaubat kepadaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang berada di atas kenderaannya – yang dimaksud ialah untanya – dan berada di suatu tanah yang luas, kemudian menyingkirkan kenderaannya itu dari dirinya, sedangkan di situ ada makanan dan minumannya. Orang tadi lalu berputus-asa. Kemudian ia mendatangi sebuah pohon terus tidur berbaring di bawah naungannya, sedang hatinya sudah berputus asa sama sekali dari kenderaannya tersebut. Tiba-tiba di kala ia berkeadaan sebagaimana di atas itu, kenderaannya itu nampak berdiri di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Oleh sebab sangat gembiranya maka ia berkata: ”Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu”. Ia menjadi salah ucapannya kerana amat gembiranya.”

Hadis 16- Allah membentangkan TanganNya kepada orang bertaubat

‎- وعن أبي مُوسى عَبْدِ اللَّهِ بنِ قَيْسٍ الأَشْعَرِيِّ ، رضِي الله عنه ، عن النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال: « إِن الله تعالى يبْسُطُ يدهُ بِاللَّيْلِ ليتُوب مُسيءُ النَّهَارِ وَيبْسُطُ يَدهُ بالنَّهَارِ ليَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِن مغْرِبِها » رواه مسلم .

Abu Musa Abdullah Bin Qais al-Asyaari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah membentangkan TanganNya pada waktu malam kepada taubat pelaku dosa di waktu siang, dan Dia membentangkan TanganNya di waktu siang kepada taubat pelaku dosa di waktu malam, hinggalah matahari terbit dari barat [HR Muslim]

Hadis 17 dan 18- Ketika mana taubat sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

17- وعَنْ أبي هُريْرةَ رضي الله عنه قال : قال رسول الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « مَنْ تاب قَبْلَ أَنْ تطلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مغْرِبِهَا تَابَ الله علَيْه » رواه مسلم .

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, Allah akan menerima taubatnya [HR Muslim]

18- وعَنْ أبي عَبْدِ الرَّحْمن عَبْدِ اللَّهِ بن عُمرَ بن الخطَّاب رضي الله عنهما عن النَّبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال: «إِنَّ الله عزَّ وجَلَّ يقْبَلُ توْبة العبْدِ مَالَم يُغرْغرِ» رواه الترمذي وقال: حديث حسنٌ .

Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya selagi mana nyawa belum sampai ke kerongkong [HR at-Tirmizi: Hadis Hasan].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)