Sedikit nasihat buat anak-anak remaja.
Nirvana bermaksud:
nirwana, puncak nikmat yang tercapai oleh rohani mengikut kepercayaan agama Hindu dan Buddha.
Juga bermaksud :
Nirvana membawa maksud bogel atau suci seperti cahaya . Bogel disini bukanlah
bogel tanpa pakaian, tetapi bersih dan suci dari semua komitmen , karma , perasaan dan kehendak .
Gauthama Budda dan Guru-guru hindu mengunakan perkataan nirvana untuk menerangkan keadaan manusia yang bersih dan suci dari segi badan , roh , hati dan aura.
Dalam Agama Hindu digelar Rishi
Dalam Agama Cristian digelar Saints
Seseorang manusia mencapai tahap nirvana apabila :
Badanya bersih tanpa sebarang kotoran makanan seperti darah binatang dan bersih dari memakan daging binatang , minum arak , mengambil dadah , bahan-bahan yang memudaratkan .
Hanya makan makanan yang bersih , suci dan sayur-sayuran , buah-buahan dan air sahaja.
hatinya bersih tanpa sebarang keinginanan , kehendak , cita-cita , musuhan , ibarat air yang jernih .
Hatinya bersih seperti sehelai kain putih. Langsung tiada perasaan gembira . Sedih , suka atau duka walau apa sahaja yang berlaku.
Rohnya bersih tanpa sebarang ikatan karma .
Tidak melakukan sebarang dosa besar atau kecil , walau sekecil biji sawi sekali pun.
Apa yang mereka lakukan hanya kerana kehendak atau perintah Allah dan bukan atas kehendak mereka sendiri semata-mata.
Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Tetapi harus diingat !!!...Apabila disebut Hukum Karma, ianya tidak boleh lari dari kepercayaan penganut- penganut agama Hindu akan pembalasan baik dan buruk ini.
Sayidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
kita sebagai Umat Islam yakin dengan akidah yang tidak berbelah bagi bahawa ; Jika kita melakukan dosa maka kita akan diseksa dengan Kifarah, Azab Kubur, Seksaan di Padang Mashar, dan Pembalasan mutlak di Syurga dan Neraka.
Adapun konsep Karma itu sangat berbeza dan jauh terpesong dari pemahaman kita sebagai umat islam.
Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.
Maka percayalah kepada Qada dan Qadar Allah. Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.
Orang Islam menganut konsep 'dugaan', makanya kita dapat menerima realiti yang menunjukkan banyaknya orang-orang jahat tidak menerima sebarang hukuman di dunia ini, manakala kita menyaksikan banyaknya orang-orang baik ditimpa malang yang berat-berat.
Maka islam hanya ada Kifarah. Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di
antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Hukum karma dari Nirvana adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri. Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.
Firman Allah S.W.T,
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19)
Dan firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85)
Maka islamkah kita atau sebaliknya?...Fikir-fikirkan....